AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Sabtu, 14 Mei 2011

BILA HATI BERBICARA BAB 1

BAB 1
“kak Farina, knp telefon pagi-pagi nie?.
“alah, kak Farina nk ingatkan kamu tu aje. Kalau x diingatkan mesti kamu lupa!”.
“tentang apa kak Farina?”
“kan kak Farina dah kata tadi, kamu tu mesti lupa. Lain kali tulis besar-besar di pintu bilik tidur kamu tu!”. Marah farina kepada adik angkatnya.
Kedengaran bunyi ketawa yang perlahan di corong telefon.
“kita tgh marahkan dia, dia boleh ketawa pulak!” bebel Farina sendirian.
“Dirani tak lupa lah, kak Farina. Dirani siap masukkan dlm reminder telefon lagi.”
“okeylah kalau mcm tu. kak Farina ada ramai client nie. Ingat tau, malam nanti!”.
“yelah kak Farina”.
“assalamualaikum”.
“waalaikumussalam”
Dirani tau kak farina sukakan kanak-kanak. melalui itu, kak Farina telah membuka sebuah tadika kanak-kanak yang di beri nama ‘PERMATA FANTASIA’. Dirani selaku adik angkatnya telah diberi kesempatan untuk bekerja disitu.
Antara Dirani dan kak Farina jarak umur bukanlah berbeza sangat. Cuma lima tahun sahaja. Walaupun Dirani nie cuma adik angkatnya, kak Farina tetap menyayangi Dirani seperti adik kandungnya sendiri.
Farina telah menjadi anak yatim sejak dibangku sekolah lagi. Farina hanya ada seorang kakak angkat dan seorang adik angkat. Merekalah saudara Farina didunia nie. Rozita dan Dirani lah tempat Farina mengadu. Walaupun Rozita cuma kakak angkatnya, semua cerita dikongsi bersama.
Dirani kagum dengan kak Farina. Dalam usia yang begitu muda, kak Farina sudah memeiliki sebuah pusat jagaan kanak-kanak. Walaupun kak Farina hanya sekolah hingga tingkatan 3, namun tidak sedikit pun mematahkan niatnya unutk membuka pusat jagaan kanak-kanak. Mujur ada Encik Aliff yang sudi memberi bimbingan, galakan dan dorongan kepada kak Farina tentang penubuhan pusat jagaan itu. Kak Farina telah membuat pinjaman bank.
Terdengar bunyi ketukan di balik pintu bilik tidurnya. Ukiran senyuman yang bermain di bibir Dirani hilang seketika.
“masuk”, Dirani memberikan arahan.
“maaf mengganggu, Cik Khadeeja Dirani. Ada tetamu nak jumpa ngan Cik Khadeeja Dirani, tapi cik belum bangun tidur lagi. Ada juga saya call telefon Cik Khadeeja Dirani tadi, tapi tak terjawab,” kata Rozita.
“awak call rumah ke handphone?” tanya Dirani meminta kepastian.
Kedengaran bunyi ketawa yang perlahan.
“alah, kenapa ibu ketawa pulak?” tanya Dirani lagi.
“hmmm…jangan nak mengadalah, bangun sekarang, pergi mandi dan pergi kerja. Farina dah tunggu tu,” bebel Rozita sendirian.
“baiklah ibu” balas Dirani tenang.
Sambil melemparkan senyuman, Rozita melangkah keluar untuk meneruskan kerja-kerja yang belum selesai.

 “Assalamualaikum kak Farina……maaf kerana terpaksa menunggu”.
“Waalaikumussalam…..tak mengapa”.
“dah ramai ke adik-adik yang datang kak?”. Tanya Dirani meminta kepastian.
“takdelah ramai sangat. Hari kan masih awal lagi”.
“Anum tak datang lagi ke?”…tanya Dirani lagi.
“hmmm…lupa akak nak cakap, sebenarnya Anum tak sihat, sebab tu dia tak datang”…
“teruk ke?”
“tak tau pulak kak Farina….”

Selesai solat maghrib, Dirani terdengar suara kak Farina memanggil.
“Dirani, lama lagi ke?. cepatlah sikit. Dah lama kak Farina tunggu nie!”. Jerit Farina dari ruang tamu.
“kamu nie Farina, kejap lagi siaplah Dirani tu. Kamu jugak yang suruh dia pakai lawa-lawa.” kata Rozita kepada Farina yang sedang menunggu.
Dirani mendengar ibu membelanya di hadapan kakak angkat kesayangannya. Dirani tidak mendengar sebarang jawapan balas daripada kak Farina. Mungkin kak Farina hanya mendiamkan diri seperti yang sering dilakukan bila kehabisan idea untuk berbicara.
Dirani melihat jam di dinding. Baru pukul  7.45 minit malam! kak Farina kata majlis tu mula pukul 8.30. Tapi kenapa nak pergi awal sangat?. Rumah Datuk tu tak sampai sejam dari rumah! getus Dirani di dalam hati.
Dirani memakai jubah seluar yang dihadiahkan oleh kak Farina. Warna hitam bercampur merah berlabuci penuh pada baju dan dipadamkan dengan warna tudung yang sesuai. Sambil memandang cermin, tangan Dirani lincah mencalit lipstick yang berwarna natural ke bibirnya. Dirani mencapai tas tangan kecil berwarna hitam yang dihadiahkan oleh Anum.
Setelah selesai merapikan diri, Dirani keluar dari bilik mendapatkan kak Farina. Kak Farina kelihatan anggun bersama gaun malam warna biru laut. Dipadankan pula dengan selendang mengikut gaya penyanyi Waheeda.
Farina yang memandang tersenyum tanda puas hati. Akhirnya Dirani mengikut juga cadangannya.
Pada mulanya Dirani tidak mahu memakai jubah seluar pemberiannya. Baginya, jubah seluar itu terlalu cantik. Dirani takut dirinya terlalu menyerlah berbanding tetamu yang lain. Padahal tujuannya ke sana hanya untuk menemani kak Farina. Itu majlis kak Farina, bukannya majlisnya!.
Dirani mencebik bibir ke arah kak Farina tanda tidak puas hati kerana senyuman yang menguntum di bibir kak Farina seakan megejeknya.
Dirani bersalaman dengan ibunya dan berpesan agar tidak menunggu mereka pulang. Kebiasaannya kalau pergi ke mana-mana bersama kak Farina, Dirani pasti akan pulang lewat malam. Paling awal pun pukul 12 tengah malam.
Sebelum melangkah masuk ke dalam kereta kak Farina, Rozita sempat berkata “anak ibu memang cantik malam nie”.
Mata antara Rozita dan Khadeeja Dirani bertaut.
“malam nie je ke Dirani cantik, ibu?”. Tanya Dirani dengan senyuman.
Langkah kaki di susun rapi ketika memasuki perkarangan rumah Datuk Norman dan Datin Hajar. Setelah sampai ke ballroom, mereka mencari tempat duduk dengan dibantu oleh pelayan tetamu.
Wah! kali nie kak Farina dapat meja vip. Semua jemputan yang duduk di meja nie nampak bergaya. Nasib baik aku pakai baju yang kak Farina bg nie, bisik Dirani dalam hati.
Dirani hanya tersenyum memerhatikan tetamu yang ada di meja tersebut. Cara mereka berpakaian, cara percakapan, sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka bukan datang dari golongan sembarangan.
Dirani tersenyum kepada wanita di sebelahnya. Dia dapat merasakan seperti pernah berjumpa dengan wanita ini. Tetapi di mana ya?. Dirani mula memerah otak untuk mengingati kembali di mana mereka pernah berjumpa. Untuk bertanya, Dirani malu kerana beranggapan dia yang muda boleh lupa, sedangkan wanita yang agak veteran itu mungkin mengingatinya. Kenapalah lambat sangat aku nak ingat nie! getus hati Dirani seraya cuba memaniskan senyumannya. Dirani berharap wanita di sebelahnya akan memulakan perbualan terlebih dahulu. Mungkin secara tidak langsung Dirani boleh mengingatinya semula.
Farina kelihatan mudah menyesuaikan diri dalam majlis tersebut. Dia juga amat senang didampingi oleh sesiapa jua. Sikapnya yang peramah membuatkan dirinya disenangi oleh semua orang.
“kenapa dari tadi auntie tengok kamu senyap je?” suara yang lunak kedengaran.
Harapan Dirani agar wanita di sebelahnya memulakan bicara menjadi kenyataan.
“tak tau apa nak dibualkan dengan auntie,” balas Dirani agak malu- malu.
“hari tu masa auntie jumpa kamu di pusat jagaan kanak-kanak milik Farina, cantik. Tapi malam nie kamu lagi cantik,” puji wanita disebelah Dirani yang hanya membahasakan dirinya sebagai auntie.
“terima kasih, tapi auntie lagi cantik berbanding saya……” kata Dirani sambil otaknya ligat memikirkan kata-kata wanita tersebut. Auntie disebelahnya hanya tersenyum.
Baru aku ingat…perempuan nielah yang datang ke pusat jagaan milik kak Farina beberapa hari lepas. Aku pernah berbuual ngan auntie nie!. Katanya dia telah menghantar anak bongsunya di pusat jagaan kanak-kanak milik kak Farina. Dirani tersenyum sendiri.
“dah lama auntie sampai?”.
“baru aja. Tak sampai sepuluh minit.”
“auntie ahli persatuan nie ke?”.
“ya, tapi auntie baru lagi, baru 5 bulan”.
Perbualan bertambah rancak. Dirani senang sekali berbual ngan auntie Jasmine . Auntie Jasmine begitu bersahaja  dan merendah diri. Susah untuk berjumpa dengan orang seperti auntie Jasmine.
Ucapan, makan malam dan nyanyian karaoke merupakan atur cara majlis makan malam ini. Majlis berlangsung dengan meriah sekali. Tepukan bergemuruh nyata menggamatkan lagi suasana majlis.
Tepat pukul 11.45 minit malam, majlis selesai. Dirani sempat bersalaman dengan tetamu semeja termasuk auntie Jasmine, sebelum mengucapkan selamat tinggal. Bagi Farina, majlis ini belum selesai. Ini kerana Farina akan menggunakan masa sebaiknya untuk mencari pelanggan baru untk pusat jagaannya. Walaupun penat, Dirani harus menunggu kak Farina.
Apabila Dirani dan Farina melangkah ke perkarangan rumah Datuk Norman, kelihatan auntie Jasmine sedang mendail telefon bimbitnya. Raut wajah auntie Jasmine tidak lagi seceria tadi, sebaliknya raut wajah resah yang dipamerkan.
“tunggu sape, Datin?” tanya Farina berbudi bahasa.
Dirani mencari-cari dengan siapa kak Farina bercakap. Setahu aku hanya kak Farina dan auntie Jasmine yang ada kat sini. Siapa Datin yang kak Farina maksudkan?. Oh tidak!. Biar betul?!. Takkan auntie Jasmine nie Datin! Dirani gusar dengan soalan spontan yang terbit dari nalurinya.
“tunggu anak saya.” kata Datin Jasmine.
Pendengaran Dirani mencari kebenaran. Sah! aku dah tersalah panggil lah kalau macam tu. Dirani terkedu seketika. Sesungguhnya dia kesal dengan kesilapan itu.
“mana driver Datin?” tanya Farina.
“Azrul ada di hospital, tunggu isteri dia yang sakit.” balas Datin  Jasmine menerangkan dengan raut wajahnya yang resah.
“Datin nak tunggu anak Datin sampai pukul berapa?” tanya Farina lagi.
“itulah, dia janji nak datang pukul 12 belas. Tapi sampai sekarang tak sampai-sampai lagi,” kata Datin Jasmine yang tampak resah gelisah.
“Datin tak call ke?.” Farina bertanya lagi.
“dah puas saya call, tapi tak berjawab pun. Mesin yang tolong angkat!” Datin Jasmine membalas.
“kalau macam tu , biar saya je yang hantar Datin balik. Lagi pun jalan ke rumah saya pun satu hala,” pelawa Farina bersungguh-sungguh.
“tak menyusahkan Farina ke?” tanya Datin Jasmine inginkan kepastian.
“tkdelah Datin, nak susah apa pulak,” kata Farina sambil melemparkan sebuah senyuman yang ikhlas.
“kalau begitu saya tumpang kamu jelah, nak tunggu anak saya datang ambik tak tau lah pukul berapa br saya boleh balik,” kata Datin Jasmine yang setuju dengan cadangan Farina sebentar tadi.
Dirani dari tadi tidak berkata apa kerana masih memikirkan kesalahan penggunaan gelaran ke atas Datin Jasmine. Sungguh dia kesal. Dirani menurut mereka berdua hingga ke pintu pagar.
“Datin tunggu dulu ye, saya nak ambil kereta,” kata Farina yang kian mempercepatkan langkahnya.
“kita pergi sekalilah, Farina!” balas Datin Jasmine.
“hujan renyai-renyai nie Datin. Nanti Datin demam pula. Macam mana Datin nak hantar Mia kalau dah demam!” kata Farina sambil ketawa.
Tidak sempat Datin Jasmine memberi jawapan, Farina sudah ke tempat parkir kereta yang tidak jauh dari situ. Dirani menggunakan kesempatan yang ada untuk meminta maaf daripada Datin Jasmine.
“Datin, maafkan saya. Saya panggil Datin Jasmine dengan panggilan auntie tadi,” kata Dirani lembut.
Datin Jasmine hanya tersenyum.
“oh, sebab tu Dirani senyap je dari tadi, ya?. Rupa-rupanya fikirkan tentang nie!. Datin Jasmine meneka.
Dirani hanya mampu tersenyum kelat.
“Dirani….Dirani…auntie tak kisah pun,” balas Datin Jasmine. Senyuman menguntum dibibirnya.
Dirani membalas senyuman Datin Jasmine. Kereta Fiat Brava milik Farina menghampiri mereka.
Dalam perjalanan sewaktu menghantar Datin Jasmine pulang ke rumah, telefon bimbit Dirani tiba-tiba berbunyi.
“maaf Datin…kak Farina..” pinta Dirani hormat sebelum menjawab panggilan tersebut.
“waalaikumussalam”.
Dirani tekun mendengar.
“okey. Macam mana kalau esok ko sambung cuti lagi, takut ko tak sihat balik?”.
Dirani mengangguk tanda faham akan maksud si pemanggil walau dia tau si pemanggil itu tidak dapat melihatnya.
“kita akan mendapat adik baru pukul 9 pagi esok. Lepas tu aku free”.
Dirani masih tekun mendengar.
“boleh, aku akan gtau kak Farina”.
“ko jangan lupa bawak rekod adik2 di pusat penjagaan ‘PERMATA FANTASIA’.
Diam..
“jumpa esok, Anum..”
“bye”.
Farina memandang cermin pandang belakang. Dirani yakin kak Farina pasti ingin tau tentang panggilan yang baru diterimanya tadi. Tanpa sebarang soalan drpd kak Farina, Dirani terus menceritakan tentang penggilan yang baru diterima daripada Anum tadi.
“Anum…dia kata dia perlu cuti lagi sbb masih tak berapa sihat. Dia cakap akan singgah ke pusat jagaan dulu sebelum pergi ke klinik”. Dirani menerangkan.
“Dirani keje sampai pukul berapa?” tanya Datin Jasmine.
“24 jam auntie”, balas Dirani bersahaja.
“habis bila waktu bersama keluarga?” Datin Jasmine bertanya lagi.
“24 jam jugak auntie…sambil menyelam minum air” kata Dirani dalam nada bergurau.
“Dirani, bahaya kalau macam tu. Bayangkan kalau Dirani menyelam dan sambil tu jugak Dirani minum air. Macam mana nak balance?” kata Datin Jasmine dalam nada gurau, tapi ttp tegas maksud yang ingin disampaikan.
Farina dan Datin Jasmine ketawa memandang Dirani.
Dirani juga turut ketawa. Ada benarnya kata Datin Jasmine tadi. Dirani sekadar mengakui di dalam hatinya.



CERPEN OD KU YANG KE 2........BILA HATI BERBICARA - JUST 4 SHAHIRATICS