KETENTUAN CINTA DIA - BAB 33 & 34
BAB 33
Waktu pagi yang nyaman dan dingin. Jam menunjukkan tepat pukul 5.40 ketika Dira Zulaikha terjaga dari tidonya. Perlahan wajahnya menoleh ke wajah suami yang sedang nyenyak tido di sebelahnya. Tangan kasar lelaki itu memeluk erat pinggangnya. Dira Zulaikha mengalihkan tangan itu ke bawah supaya dia dapat bangun dari baringnya.
Dira Zulaikha turun dari katil dan menuju ke ampaian untuk mengambil tuala sebelum masuk ke dalam bilik air. Shahir Safwan yang sedang enak tido tidak di kejutkan lagi. Pintu bilik air ditutup rapat. Bunyi air yang keluar dari pancuran paip menyelubungi seluruh dalam bilik air itu. Dira Zulaikha mengambil masa selama hampir 30 minit untuk keluar dari bilik air tersebut.
Dia kemudiannya menuju ke almari pakaian dan mengeluarkan pakaian untuk di pakai pada pagi itu. Setelah selesai memakai baju, dia mengejutkan suaminya yang sedang tido. Badan Shahir Safwan di liputi dengan kain selimut di gerakkan perlahan.
“abang…abang…bangunlah. dah masuk waktu subuh nie. kang terlepas pulak nak solat!” gerak Dira Zulaikha.
Lelaki itu terjaga dan memandang ke arah isterinya dalam keadaan terkebil-kebil.
“bangunlah, pergi mandi dulu. Lepas tu kita solat subuh sama-sama.” Ujar Dira Zulaikha lembut.
Shahir Safwan bingkas bangun dan menuju ke arah bilik air. Dira Zulaikha menyarungkan kain telekung ke badannya. Sejadah sudah siap dibentangkan. Gadis itu menunggu suaminya bersiap untuk menunaikan solat bersama.
Usai solat subuh, Dira Zulaikha menyalami tangan Shahir Safwan, dan lelaki itu membalas dengan kucupan di dahinya. Cara ini akan menyemarakkan lagi cinta mereka yang bukan sekadar cinta biasa, tetapi cinta kerana ILAHI.
Dira Zulaikha melipat kain telekungnya dan diletakkan ke atas tepi katil tidonya. Shahir Safwan yang sudah berada di atas katil dihampirinya. Dia sudah bersila di atas katil, manakala Shahir Safwan mengesot perlahan ke arah isterinya lalu membaringkan kepalanya di atas ribaan Dira Zulaikha.
“abang mintak maaf, sebab tak dapat nak bawak sayang abang pergi honeymoon sempena perkahwinan kita nie. Tapi abang akan cuba cari waktu yang sesuai supaya kita dapat pergi bersama.” Shahir Safwan bersuara perlahan.
“tak payah nak mintak maaf ngan Dira bang, lagi pun Dira faham tugas abang sebagai seorang doktor. Dira tak kisah kalau tak dapat pergi honeymoon!” balas Dira Zulaikha lembut.
“lusa abang dah masuk keje balik. Sayang nak abang hantarkan kat rumah mak atau nak duduk ngan mama dan papa kat rumah nie?” tanya Shahir Safwan ingin tau.
“hmm…takpelah, pagi Dira temankan mama ngan papa dulu kat rumah nie. Kalau Dira rasa nak pergi rumah mak, nanti Dira ajak mama temankan Dira balik rumah mak,” jawab Dira Zulaikha dengan melurut rambut suaminya ke belakang.
“tapi kalau sayang nak abang hantarkan sebelum abang pergi keje boleh jugak,” kata Shahir Safwan yang mahu memberikan pertolongannya.
“Dira tak nak susahkan abang, kang jalan nak pergi rumah Dira ngan hospital tak sehala. Kalau abang hantarkan Dira dulu, nanti abang lambat sampai kat hospital tu!”
“betul nie?” soal lelaki itu.
“betul…dah, bangun cepat. Dira nak turun kat bawah. Dah pukul berapa nie,” arah Dira Zulaikha kepada lelaki itu.
“tunggulah kejap, abang belum puas lagi nak sembang ngan sayang nie!” pinta Shahir Safwan manja.
“cik abang, Dira bukannya nak pergi jalan-jalan ke. Dira cuma nak turun kat bawah, nak sediakan sarapan pagi untuk suami Dira nie. Dan untuk mama ngan papa,” beritahu Dira Zulaikha.
“bangun eh,” ujarnya lagi seraya mengangkat kepala Shahir Safwan dari ribaan nya.
“oklah, jom kita turun!” ajak Shahir Safwan.
Shahir Safwan turun dari katil dengan menarik tangan isterinya itu. Tombol pintu bilik dipulas perlahan. Langkah merekanya kemudiannya di halakan ke tangga untuk sampai ke tingkat bawah.
Shahir Safwan mengikut langkah isterinya masuk ke dapur. Dr. Norman dan Dr. Syikin masih belum turun lagi. Mungkin masih berada di dalam bilik tido agaknya. Dira Zulaikha laju menuju ke peti ais, manalaka Shahir Safwan hanya duduk di meja makan yang berada di ruang dapur itu.
“mama biasanya buat sarapan apa pagi-pagi macam nie ye?” soal Dira Zulaikha ingin tau sebelum memulakan kejenya.
“macam-macam sayang…kadang-kadang mama buatkan mee, nasi goreng. Kadang-kadang tu mama sediakan roti ngan kuih-muih je!” beritahu Shahir Safwan.
Pintu peti ais dibuka. Terdapat beberapa jenis sayur yang terdapat didalam peti ais. Dira Zulaikha mengeluarkan sedikit sayur, sos, kicap, cili yang telah di kisar dan bahan-bahan basah yang lain. Gadis itu mula melakukan keje untuk menyediakan sarapan pagi.
“hmm Dira masak mihun goreng untuk sarapan pagi nie jelah,” ujar Dira Zulaikha.
“abang tak kisah. Bihun ada ke?” soal Shahir Safwan.
“tu ha…mama dah beli banyak tu!” tunjuk Dira Zulaikha pada satu tempat yang menempatkan mihun yang dibelinya.
Dira Zulaikha merendamkan mihun terlebih dahulu. Sayur, beberapa ulas bawang serta bahan basah yang lain seperti ayam dan udang di letakkan ke atas meja.
“nak abang tolong tak?” Shahir Safwan dengan baik hatinya mahu menghulurkan pertolongan.
“hmm..boleh jugak. Abang pandai kupas bawang tak?” soal Dira Zulaikha.
“kupas bawang?. Alah, senang je tu,” ujar Shahir Safwan bangga.
“ok, kalau abang dah biasa kupas bawang apa kata abang tolong Dira kupas bawang nie dulu!” kata Dira Zulaikha dengan meletakkan beberapa ulas bawang di depan suaminya itu.
“pisau mana?” Tanya lelaki itu.
“pisau?. Aaa..abang guna pisau yang nie,” gadis itu memberikan pisau yang diambilnya sebentar tadi.
Shahir Safwan mengambil pisau di tangan isterinya itu. Dira Zulaikha yang masih berdiri berundur semula ke belakang untuk mengambil sebilah lagi pisau untuk dia memotong sayur, ayam dan juga udang yang diambil di bahagian dingin beku dalam peti ais.
Shahir Safwan mula mengupas bawang di depannya itu. Baru sahaja mengupas 2 ulas bawang matanya sudah berair. Berkali-kali dia menggosok matanya dengan lengannya itu. Dira Zulaikha yang leka memotong sayur hanya membiarkannya sahaja.
Kini ayam pula yang dipotong kecil-kecil oleh gadis itu. Shahir Safwan masih belum siap mengupas bawang sehingga habis.
“aii, tak siap-siap lagi ke?” sindir Dira Zulaikha.
“abang saja nak buat lambat-lambat. Lagi pun sayang belum siap lagi potong bahan-bahan tu,” lelaki itu memberi alasan.
Dira Zulaikha mencebik mulutnya ke depan. Lelaki itu masih cuba mengupas bawang sehingga habis.
Setelah 10 minit berlalu Dira Zulaikha sudah siap memotong kesemua bahan-bahan yang diperlukan. Bahan-bahan tersebut di bawa ke sink untuk di basuh terlebih dahulu. Selepas mencuci sayur, ayam dan juga udang dengan bersih, dia kembali semula ke meja makan yang diduduki oleh suaminya tadi.
Kerusi di tarik berhadapan dengan tempat duduk suaminya. Lelaki itu belum habis sepenuhnya mengupas bawang yang di berikan oleh nya tadi. Dira Zulaikha ketawa melihat gelagat suaminya yang dari tadi asyik menggosok matanya yang pedih semasa memotong bawang.
“tulah, tadi cakap besar sangat, tengok Dira dah habis potong sayur, udang dan ayam pun abang masih tak siap-siap kupas bawang nie!” perli Dira Zulaikha.
“mana abang tau jadi macam nie. kalau tak baik abang potong sayur je tadi!” kata Shahir Safwan.
Dr. Norman dan Dr. Syikin yang baru turun mendengar bunyi bising dari arah dapur.
“sape pulak yang buat bising kat dapur tu bang?” Tanya Dr. Syikin.
“manalah abang tau, kan abang baru turun dengan Syikin kat bawah nie!” jawab Dr. Norman.
“apa kata kita pergi tengok kat dapur tu,” cadang Dr. Syikin.
“dahlah, meh sini Dira yang buatkan. Nak tunggu abang kupas bawang nie sampai habis alamatnya tengah hari nantilah baru dapat makan sarapan pagi,” ujar Dira Zulaikha. Pisau ditangan suaminya di ambil dengan berhati-hati.
Shahir Safwan menggosok lagi matanya yang pedih itu.
“jadilah gosok mata tu, nanti lagi pedih.” Kata Dira Zulaikha sambil menurunkan tangan suaminya yang sedang menggenyeh matanya.
“pedihlah mata abang nie!” beritahu Shahir Safwan dengan mata yang terpejam.
“abang jangan buat apa-apa tau.” Pesan gadis itu seraya bangun dan bergerak ke sink. Tangannya di basuh sekali lagi. Kemudian dia menadah telapak tangannya ke mulut paip itu. Perlahan-lahan dia melangkah semula ke arah Shahir Safwan. Disapu air itu ke muka suaminya.
Hujung lengan bajunya di gunakan untuk menyapu air yang membasahi muka lelaki itu.
“tengok, kan dah pedih mata tu. Lain kali kalau tak reti nak kupas bawang cakaplah. Dira kan boleh buat sendiri,” bebel Dira Zulaikha.
Dr. Norman dan Dr. Syikin berada di sebalik dinding dapur tidak terus masuk ke dalam sebaliknya hanya melihat dari jarak jauh sahaja. Dira Zulaikha yang tidak sedar akan kewujudan ibu dan ayah mertuanya terus membebel kepada lelaki di depannya itu.
“dah, abang duduk je sini. Bawang nie biar Dira yang kupaskan!” ujar Dira Zulaikha.
Pisau yang berada di atas meja itu digunakan bagi mengupas kulit bawang yang masih terdapat di sekitar bawang tersebut. Hanya sekejap masa yang diambil oleh Dira untuk menyiapkan kupasan bawang-bawang tersebut. Bawang-bawang yang telah siap dikupas kulitnya di potong dadu sebelum di kisar.
Gadis itu bangun dari kerusi yang didudukinya tadi menuju ke tempat memasak. Shahir Safwan turut bangun mengekori langkah isterinya ke tempat memasak.
Minyak di dalam kuali dipanaskan terlebih dahulu sebelum dia memasukkan bahan yang telah dikisar didalamnya. Api di kecilkan sedikit supaya bahan itu tidak hangus. Lelaki itu hanya berdiri di sebelah isterinya yang sedang memasak.
Apabila semua bahan-bahan dimasukkan ke dalam kuali, Dira Zulaikha meminta Shahir Safwan untuk mengacaunya sementara dia pergi mengambil mihun yang telah di asingkan daripada air rendaman itu tadi.
“abang kacau bahan-bahan nie dulu, Dira nak ambik mihun yang Dira rendam tadi tu!” pinta Dira Zulaikha lalu meyerahkan sudip ke tangan lelaki itu.
“ok…” kata Shahir Safwan ringkas. Tangannya mula mengacau bahan-bahan yang telah diletakkan oleh Dira Zulaikha ke dalam kuali itu.
Dira Zulaikha kembali semula dengan menuang kesemua mihun yang direndam tadi ke dalam kuali itu. Shahir Safwan masih lagi mengacaunya dengan berhati-hati. Setelah mihun itu rata di kacau, gadis itu kemudiannya mengambil sudu untuk merasa masakannya itu.
Dia mengambil sedikit mihun di dalam kuali itu lalu ditiup perlahan.
“nah, abang rasa ok ke tak mihun nie!” ujar Dira Zulaikha. Sudu itu disuakan ke mulut suaminya.
Shahir Safwan membuka mulutnya luas agar mee itu dapat masuk ke dalam mulutnya untuk dirasa…. “hmmm bolehlah!” beritahu Shahir Safwan.
“bolehlah!!..tak ok ke mihun nie?” tanya Dira Zulaikha ingin tau.
“ok…semua cukup rasa!” jawab Shahir Safwan.
“hmm..kalau macam tu, abang kacau dulu. Kejap lagi baru padamkan api tu tau,” pesan Dira Zulaikha.
“ye..sayang nak buat apa lagi?” soal Shahir Safwan pelik apabila melihat Dira Zualikha seperti mencari sesuatu.
“abang tau tak kat mana mama letakkan teko?” tanya gadis itu.
“teko?...sayang tengok kat dalam kabinet atas tu!” arah Shahir Safwan dengan menunjukkan kabinet yang dimaksudkan.
Dira Zulaikha menganggukkan kepalanya. Dengan segera dia membuka pintu kabinet itu. Air panas di masukkan ke dalam teko itu, tak sampai 2 minit air itu sudah siap dibancuh oleh gadis itu. Shahir Safwan yang masih berada di depan kuali tersebut di hampirinya.
“Dira rasa dah ok mihun nie…abang tutup api tu dulu!” arah Dira Zualikha kepada lelaki itu.
Shahir Safwan mengikut arahan isterinya.
“mesti sedapkan mihun nie,” ujar Shahir Safwan tiba-tiba.
“kenapa pulak abang kata macam tu?” soal gadis itu.
“yelah, abang yang tolong kacau mihun nie. Mestilah sedap!” jawab Shahir Safwan tersengih.
“erk….tapi Dira yang letakkan bahan-bahan kat dalam nie kan. Kalau Dira takde tadi tentu mihun nie tak sedap,” balas Dira Zulaikha tidak mahu mengalah.
“alahh..abang pun boleh letak tadi. Setakat nak masukkan bahan nie, bukannya susah sangat pun. Letak garam sikit, gula, kicap, lada oklah,” kata Shahir Safwan.
“pandailah abang…tadi kupas bawang pun bersusah payah Dira tengok!” sindir gadis itu perlahan.
Hidung isterinya di cuit lembut… “tadi tu memang abang tak tahan, kalau tak habis dah bawang tu abang tolong kupaskan.”
“yelah tu abang..lain kali abang jelah yang masakkan untuk kami bertiga kat rumah nie pulak!” pinta Dira Zulaikha.
“mana boleh, kalau abang je yang tolong masakkan nanti terpaksalah abang kena berhenti keje kat hospital tu. Jadi tukang masak kat rumah nie pulak,” balas Shahir Safwan. Kedua belah tangannya sudah melingkari leher gadis itu.
“abang pergi panggil mama ngan papa dulu boleh. Dira hidangkan mihun nie kat atas meja dulu,” ujar Dira Zulaikha.
“tak payah sayang…mama ngan papa dah turun nie haa…” sampuk Dr. Syikin tiba-tiba. Dia dan Dr. Norman yang tadi hanya berselindung di sebalik dinding itu tidak disedari oleh mereka berdua.
“sejak bila pulak lah anak lelaki papa boleh tolong orang lain masak kat dapur nie!” perli Dr. Norman sambil melihat ke arah anak lelakinya itu.
“sejak dah ada isteri lah bang. Kalau dulu nak tolong mama sendiri masak pun susah. Tapi bila dah ada isteri nie, rasa ringan pulak tulang dia tu nak tolong isteri dia kat dapur nie,” usik Dr. Syikin pula.
Gadis itu tersenyum apabila ibu dan ayah mertuanya sedang menyindir kepada suaminya.
“ishh mama ngan papa nie. Pagi-pagi lagi dah kenakan along,” ujar Shahir Safwan geram.
“Dira baru nak suruh abang pergi panggil mama ngan papa!” sampuk Dira Zulaikha.
“mama ngan papa dah lama turun kat bawah nie. Cuma kami saja tak nak ganggu kamu berdua kat dapur nie.” beritahu Dr. Syikin sambil melihat ke arah menantu kesayanganya itu.
“mana ada mama ganggu,” balas Dira Zulaikha.
“hmm…sarapan apa kita pagi nie ye?” soal Dr. Norman ingin tau.
“mari ma..pa..Dira ngan abang masakkan mihun goreng untuk sarapan pagi nie,” ajak Dira Zulaikha lembut.
“mihun goreng?..wahh, mesti sedap mihun yang Dira masakkan nie!” puji Dr. Norman ikhlas.
“mestila sedap papa, along yang tolong kacaukan tadi!” jawab Shahir Safwan.
“yelah tu along, kupas bawang pun sampai berair mata tu mama tengok. Setakat kacau mihun tu, budak kecil pun pandai buat,” sindir Dr. Syikin sambil ketawa perlahan.
Bergema dapur itu apabila masing-masing mengetawakan Shahir Safwan.
COMELNYA!” Dira Zulaikha menarik perlahan seekor arnab yang berwarna kelabu yang berada di dalam reban di belakang dapur rumah itu. Haiwan itu meronta-ronta ingin dilepaskan. Gadis itu hanya tertawa melihat arnab kecil itu.
Shahir Safwan yang baru sahaja menjengah isterinya di situ tersenyum melihat telatah Dira Zulaikha dan dia terus merakamkan kenangan isterinya bersama arnab-arnab itu di dalam handphone.
“abang tak nak pegang ke?” tanya Dira Zulaikha.
Lelaki itu menggeleng. Bukan tidak mahu, tetapi dia sudah terhibur melihat gelagat Dira Zulaikha yang sejak tadi lagi tidak lekang dengan senyuman.
“kenapalah kau comel sangat nie haa…” Dira Zulaikha menggoyangkan badan arnab seperti mengacah bayi. Tawa Shahir Safwan terus meletus.
“kenapa?” soal Dira Zulaikha pelik.
“sayang nak baby ke?” usik Shahir Safwan. Gadis itu tergelak kecil dan melepaskan arnab tersebut. Dia bingkas bangun dan menarik lengan Shahir Safwan.
“jom!
“nak pergi mana?” Shahir Safwan berkerut.
“kata nak baby?” Dira Zulaikha menjungkitkan badannya dan berbisik ke telinga Shahir Safwan.
Lelaki itu menarik pipi Dira Zulaikha yang gebu. “ hish…hish…hish..siapa yang gatal sekarang nie?”
“abang!” Dira Zulaikha segera berlari bila melihat Shahir Safwan yang mahu mengejarnya.
Gadis itu menunaikan tawaf di sekeliling reban arnab tersebut kerana di kejar oleh suaminya. Dira Zulaikha sedaya upaya berlari namun langkah besar kaki lelaki itu mampu untuk mendapatkannya walaupun dia berlari dengan kuat. Shahir Safwan menggeletek pinggang isterinya itu. Gadis tersebut menggelupur di dalam pelukan suaminya yang erat itu.
“haaaa…rasakan. Oooo…suka mainkan abang ye!” ujar Shahir Safwan sambil tangannya masih lagi berada di pinggang isterinya itu.
“alahh…xmo lah macam nie. Gelilah bang!” kata Dira Zulaikha.
Shahir Safwan melepaskan pinggang Dira Zulaikha. Gadis itu menarik nafas menahan lelahnya akibat di geletek oleh suaminya itu. Shahir Safwan tersenyum melihat wajah kemerahan isterinya itu.
Mulutnya di muncungkan ke depan. Matanya menjeling manja lelaki itu.
“kita pergi rumah mak nak?” ajak Shahir Safwan.
“sekarang?” Tanya Dira Zulaikha.
“hmmm petang nantilah, tengok baju tu dah kotor. Takkan nak pergi rumah mak nak pakai baju yang kotor macam tu,” ujar Shahir Safwan sambil menunjukkan baju yang dipakai oleh isterinya sudah kotor selepas bermain dengan arnab itu tadi.
Seperti yang dijanjikan, Shahir Safwan membawa Dira Zulaikha balik ke rumah ibu mertuanya itu. Shahir Safwan singgah ke pasaraya terlebih dahulu sebelum ke rumah ibu mertuanya.
Setelah memakirkan keretanya di tempat parking yang telah disediakan, mereka berdua masuk ke dalam pasaraya tersebut. Tangan isterinya di pimpin erat ketika melangkah masuk ke dalam pasaraya tersebut.
Troli ditolak oleh lelaki itu untuk mengisi barang-barang yang di ambil oleh mereka sebentar lagi. Shahir Safwan terlebih dahulu mengajak isterinya pergi ke bahagian yang meyediakan barang-barang dapur.
Satu persatu barang-barang dapur di ambilnya dan diletakkan ke dalam troli itu. Dira Zulaikha hanya memerhatikan saje perbuatan suaminya itu.
“nak apa-apa tak?” Tanya Shahir Safwan kepada gadis itu.
Dira Zulaikha menggelengkan kepalanya… “banyaknya abang beli!” kata Dira Zulaikha.
“kenalah beli banyak, nanti mak tak payahlah nak keluar pergi beli barang lagi. Kan senang bila kita dah beli banyak macam nie!” balas Shahir Safwan.
Setelah selesai membuat pembayaran, mereka berdua keluar dari pasaraya itu dan bergerak ke tempat kereta. Tangan lelaki itu dipenuhi dengan beg-beg plastic yang berisi barang-barang dapur. Dira Zulaikha menyelit tangannya pada lengan suaminya.
Setengah jam kemudian, kereta mula memasuki lorong ke rumah Mak Zeera. Shahir Safwan memperlahankan kenderaan ketika melalui lorong itu.
Pintu depan terbuka luas. Dira Zulaikha menanggalkan tali pinggang keledar dan keluar dari dalam kereta suaminya itu. Shahir Safwan turut berbuat demikian. Pintu kereta belakang dibuka untuk mengeluarkan barang-barang yang dibelinya tadi. Dira Zulaikha membantu suaminya dengan membawa beg plastik tersebut.
“assalamualaikum………” Dira Zulaikha memberi salam.
“mak….mak…….” panggil gadis itu kuat.
“waalaikumussalam………” balas Mak Zeera dari arah dalam.
Tidak lama selepas itu kelibat Mak Zeera sudah berada di depan pintu masuk rumahnya.
“kak long…Shahir. Masuklah, kenapa tercegat kat situ je!” kata Mak Zeera lembut.
Gadis itu meletakkan beg palstik ke bawah. Tangan ibu tua itu dicapai dan di cium lembut.
“mak sihat?” soal Dira Zulaikha ambil berat.
“mak sihat, Alhamdulillah. Marilah masuk dulu,” ajak Mak Zeera.
Shahir Safwan dan Dira Zulaikha masuk ke dalam rumah itu. Beg plastic yang berada di tangan Shahir Safwan di ambil oleh gadis itu untuk di bawa ke dapur. Mak Zeera yang berada di atas kerusi itu di hampiri oleh Shahir Safwan. Tangan dihulurkan kepada ibu tua itu untuk disalam.
Mak Zeera menyambut huluran tangan menantunya itu. Shahir Safwan tunduk hormat semasa meyalami tangan ibu mertuanya.
“duduklah Shahir!” arah Mak Zeera.
“yelah mak,” balas Shahir Safwan ringkas.
“mak kat dapur tadi. Dah lama ke kamu sampai?” soal Mak Zeera.
“takdelah mak, kami baru je sampai. Tengok pintu depan terbuka luas je,” jawab Shahir Safwan.
“tulah, cuaca panas ari nie. Tu yang mak buka luas pintu tu. Kamu ngan Dira dari mana lagi?” Tanya Mak Zeera lagi.
“dari rumah mak. Luse Shahir dah masuk keje balik, kebetulan ada masa nie Shahir ajak Dira balik sini!” beritahu Shahir Safwan.
Dira Zulaikha yang tadinya hilang ke dapur kembali semula dengan membawa dulang berisi cawan di atasnya.
“mak….abang, jemput minum!” kata Dira Zulaikha lembut. Cawan yang berisi air di dalamnya di letakkan di hadapan ibu dan juga suaminya.
Dia kemudiannya mengambil tempat di sebelah ibunya.
“mak dah makan?” Dira Zulaikha bersuara.
“mak dah makan tengah hari tadi. Kak long ngan Shahir dah makan ke belum nie?” soal Mak Zeera pula.
“kami dah makan tadi mak. Lepas tu terus datang sini, jenguk mak!” beritahu Dira Zulaikha.
“hmm…mama ngan papa mertua kamu sihat?” Tanya Mak Zeera mengenai kesihatan besannya itu.
“Alhamdulillah, sihat mak.” Sampuk Shahir Safwan.
“kak long ada buat perangai tak elok tak masa duduk kat rumah tu Shahir?”.
“apa mak nie, kak long kan dah ada suami. Takkan kak long nak buat perangai lagi!” kata Dira Zulaikha geram.
“manalah mak tau, kak long tukan perangai macam budak-budak sikit. Kalau tak cari gaduh ngan si Shahir nie, tentu kak long ada usik apa-apa kat dia,” balas Mak Zeera lagi.
“takde, kan bang. Dira tak buat macam tu kan bang!” ujar Dira Zulaikha sambil melihat mata suaminya itu.
Shahir Safwan tersengih melihat wajah gadis itu… “takdelah mak, Dira baik-baik je. Dia tak kacau pun Shahir!” kata lelaki itu bagi pihak Dira Zulaikha.
“tengok, kan kak long dah kata. Mak je yang ingat perangai kak long macam tu lagi!” rengek Dira Zulaikha manja.
Sepetang mereka berada di rumah Mak Zeera. Ketika jam hampir menunjukkan pukul 10 malam, Shahir Safwan dan Dira Zulaikha meminta izin untuk pulang ke rumah Dr. Syikin dan Dr. Norman.
BAB 34
Setelah bercuti hampir seminggu, Shahir Safwan harus kembali bekerja. Pada malam itu Dira Zulaikha sibuk menyeterikakan baju kemeja milik lelaki itu. Sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang isteri untuk meyediakan segala keperluan yang diperlukan oleh seorang suami.
Ketika sedang ralit menggosok baju kemeja itu, Shahir Safwan yang b aru sahaja melangkah mausk ke dalam bilik tido mereka segera menapak ke tempat Dira Zulaikha. Pinggang gadis itu dipeluk erat dari belakang.
“bertuah abang dapat isteri macam sayang nie. Rajin tolong abang gosok baju kemeja nie,” ujar Shahir Safwan ikhlas.
“yelah, kalau Dira tak tolong abang gosok baju nie sape lagi nak tolong. Takkan abang nak pakai yang berkedut pergi tempat keje,” balas Dira Zulaikha lembut.
“hehehe…sebab tulah abang sayang sangat kat sayang abang nie!” kata lelaki itu dengan mengucup pipi gadis itu.
“ishh, abang nie. Dira tengah buat keje nie!” marah Dira Zulaikha apabila pipinya tiba-tiba dikucup oleh suaminya itu.
“sayang buat jelah keje tu, abang tak kacau pun. Tapi satu je yang abang nak mintak kat sayang,” pinta Shahir Safwan perlahan.
“apa dia?” soal gadis itu ringkas.
“hmmm…sayang nie kurus sangat, abang nak peluk kuat-kuat pun tak berani. Sayang makanlah banyak sikit, biar cepat gemuk!” kata Shahir Safwan selamba.
“mengada betullah abang nie. Ok lah badan Dira macam nie, nanti kalau gemuk sangat abang kata Dira makan terlebih hak pulak.” Balas Dira Zulaikha.
“takdenya macam tu, ok apa kalau sayang gemuk. Orang gemuk comel tau tak!” ujar lelaki itu. Tangannya masih lagi berada di pinggang milik isterirnya.
“habis kalau orang kurus macam Dira nie tak comellah ye!”
“shomell..sapa kata tak comel. Sayang abang nie comel sangat-sangat, cantik, baik hati, suka tolong abang, bertanggungajwab, prihatin…………
“haaa….sudah-sudah. Rasa terlebih pujian abang kat Dira nie.” Gadis itu memotong percakapan lelaki itu.
“hahaha….terlebih pujian untuk isteri tak salah. Tapi terlebih pujian untuk orang lain tu yang jadi masalahnya.” Kata Shahir Safwan.
“dah, Dira dah siapkan gosok baju abang nie. Abang tolong sangkut kat penyangkut baju tu boleh,” pinta Dira Zulaikha.
“ok!! Kata Shahir Safwan dengan melepaskan pelukan di pinggang isterinya itu.
Baju yang dihulurkan oleh gadis itu di ambil lalu di sangkutkan pada penyangkut baju. Dira Zulaikha mematikan suis seterika yang digunakannya tadi sebelum masuk ke bilik air. Shahir Safwan sudah berada di atas kerusi di dalam biliknya. Majalah yang diambil di atas rak tadi di belek sehelai demi sehelai. Dira Zulaikha yang baru sahaja keluar dari bilik air dipanggil oleh Shahir Safwan.
“sayang……..” panggil lelaki itu.
Dengan pantas langkah gadis itu menghampiri lelaki itu. Punggungnya dihenyak ke atas kerusi bersebelahan dengan tubuh suaminya.
“ada apa?” soal Dira Zulaikha.
“nanti kita pergi bercuti kat tempat nie nak tak?” Tanya Shahir Safwan sambil menunjukkan gambar tempat percutian yang berada di dalam majalah di tangannya.
“erk…kat mana tempat nie?” Tanya Dira Zulaikha ingin tau.
“hmm..Sarawak!” jawab Shahir Safwan ringkas.
“Sarawak??...tak nak lah Dira.”
“kenapa pulak? Best apa tempat nie!” ujar Shahir Safwan sambil melihat ke arah isterinya yang berada di sebelah.
“abang tak ingat ke macam mana wajah Dira masa nak naik flight masa ikut rombongan kawan abang ke sana dulu!” gadis itu mengingatkan kepada Shahir Safwan betapa cemasnya dia ketika pertama kali dia menaiki flight tersebut.
“takpe, tu dulu. Mana tau lepas sayang naik untuk kali kedua sayang dah tak rasa cemas lagi. Boleh ek, kita pergi honeymoon kat sana!” Shahir Safwan memujuk isterinya seraya memberikan cadangan tersebut.
“hmm…takde tempat lain ke yang abang nak pergi?” Dira Zulaikha masih lagi mengharap agar terdapat tempat lain yang menjadi destinasi untuk mereka berdua bercuti.
“ada, tapi tempat yang satu lagi tu jauh lagi dari tempat yang abang pilih nie!” beritahu Shahir Safwan.
“kat mana?” soal Dira Zulaikha pantas.
“London……” ujar Shahir Safwan selamba.
Dira Zulaikha menghembuskan nafasnya. Shahir Safwan tersenyum melihat wajah itu.
“boleh tak nie kita pergi honeymoon kat Sarawak. Atau sayang nak abang bawak pergi honeymoon kat kota London?” usik lelaki itu.
“aaa…ermm, kita pergi yang dekat jelah ek. Cepat sikit sampai kan!” Dira Zulaikha lebih rela memilih Sarawak daripada kota London yang mengambil masa berbelas jam untuk sampai.
“ok, jadilah kan kita honeymoon kat Sarawak tu?” Tanya Shahir Safwan inginkan kepastian.
Dira Zulaikha mengangguk lemah.
“dah, jom kita tido. Esok abang dan mula keje balik,” ajak Shahir Safwan sambil menarik tangan isterinya.
Gadis itu hanya menurut sahaja perbuatan suaminya itu. Shahir Safwan menyimpan kembali majalah tersebut di atas rak.
Dira Zulaikha membaringkan tubuhnya di sebelah Shahir Safwan dengan berbantalkan lengan suaminya itu. Dia lebih suka tido di atas lengan lelaki itu berbanding tido di atas bantal. Shahir Safwan tidak pernah mengadu lenguh atau pun tidak selesa dengan kelakuan isterinya malah dia terasa bahagia jika isterinya berbuat demikian.
“abang……” Dira Zulaikha bersuara perlahan.
“eermmm…..”
“esok kalau abang terserempak dengan kawan-kawan Dira kat sana, abang tolong sampaikan salam rindu Dira kat diorang eh,” pinta gadis itu.
“yelah…kalau abang terserempak ngan kawan-kawan Dira tu, abang akan sampaikan salam rindu sayang kat diorang,” kata Shahir Safwan.
“agak-agak abanglah kan, kalau abang tak kawin ngan Dira dengan sapa abang akan kawin?” tanya Dira Zulaikha ingin tau. Badannya di kalih kan mengadap suaminya di yang berada di tepi.
Berkerut dahi Shahir Safwan mendengar soalan yang keluar dari mulut isterinya itu. Dia juga turut memusingkan badannya supaya dapat melihat wajah gadis itu.
“entahlah, abang pun tak tau dengan sapa abang akan kawin! Kenapa sayang abang tanya soalan macam tu kat abang?” soal Shahir Safwan kembali.
“saja…bila abang mula sukakan Dira?” gadis itu memberi jawapan dan juga memberikan satu lagi soalan kepada lelaki di sebelahnya itu.
“sejak sayang langgar abang masa kat kedai masa first time kita jumpa dulu!” beritahu Shahir Safwan.
“tipulah!” kata gadis itu tidak percaya.
“kenapa pulak sayang kata abang tipu?” tanya Shahir Safwan.
“sebab abang selalu cari gaduh ngan Dira. Takkan masa mula-mula kita jumpa dulu abang dah mula sukakan Dira,” balas Dira Zulaikha. Tangannya menyentuh kening lebat milik lelaki itu.
“yang tu abang tak tau, tapi abang pasti pada masa tulah abang mula suka kan sayang. Ye memang abang ngan sayang selalu gaduh dulukan. Tapi abang yakin cinta abang pada sayang sudah mula berputik masa mula-mula kita berjumpa. Walaupun abang selalu menafikannya,” terang Shahir Safwan.
“jadi abang tak marahkan kalau dulu Dira selalu panggil abang dengan panggilan mamat serabut tu?” gadis itu masih lagi mahu bertanya soalan kepada lelaki itu.
“tak…Cuma abang pelik sikit kenapa sayang panggil abang mamat serabut. Kenapa tak panggil dengan panggilan yang lain!”
“kalau abang nak tau, Dira suka tengok rambut abang malam tu. Entahlah, macam mana Dira boleh panggil abang macam tu Dira pun tak tau,” ujar gadis itu berterus terang.
“tapi tak sangkakan mamat serabut nielah yang jadi suami sayang akhirnya.” Kata Shahir Safwan yang sendiri tidak menyangka bahawa gadis yang selalu cari gaduh dengan dia dulu kini sudah menjadi isteri yang dicintainya.
“sebab hati abang dah ada pada Dira. Sebab tu sekarang nie abang dah jadi suami Dira. Suami yang paling Dira cinta dan sayang sampai akhir hayat Dira!” ucap Dira Zulaikha dengan penuh perasaan.
Shahir Safwan memeluk erat pinggang isterinya. Kain selimut di tarik sehingga ke bahagian atas. Dahi isterinya akan dikucup terlebih dahulu sebelum melelapkan matanya.
“dah lewat nie. Sayang tido dulu ye!” kata Shahir Safwan.
“abang pun sama, esok nak kena bangun awal kan.” Balas Dira Zulaikha lembut.
“selamat malam sayang…assalamualaikum!” ucap Shahir Safwan.
“selamat malam abang…waalaikumussalam!”
Merekanya akhirnya lena dibuai mimpi malam. Dira Zulaikha merapatkan wajahnya ke bidang dada lelaki itu. Shahir Safwan pula merapatkan lagi badannya supaya isterinya tidak kesejukkan semasa tido.
Awal-awal pagi Dira Zulaikha sudah bangun dari tidonya. Setelah membersihkan diri, dia keluar dan mengejutkan suaminya yang lena tido. Seperti biasa dirinya akan lengkap berpakaian dengan telekung labuh sementara menunggu suaminya keluar untuk berjemaah bersama-sama.
Setelah selesai, Dira Zulaikha meminta izin untuk turun ke bawah bagi menyediakan sarapan buat suaminya. Walaupun tinggal bersama-sama dengan keluarga mertua, namun gadis itu tidak mahu menyusahkan ibu mertuanya dalam menyediakan sarapan pagi buat meerka semua. Biarlah dia menyediakan dengan air tangannya sendiri.
Dr. Syikin yang baru sahaja turun ke bawah segera bergerak ke dapur. Dilihatnya Dira Zulaikha sudah hampir siap meyediakan sarapan pagi buat mereka semua. Walaupun dengan hanya menyediakan sarapan nasi goreng, ia sudah cukup buat mereka sekleuarga bersarapan.
“selamat pagi menantu mama…….” Ucap Dr. syikin perlahan.
“mama..! selamat pagi.” Balas Dira Zulaikha.
“awal Dira bangun pagi nie. Sarapan pun dah siap,” ujar Dr. Syikin sambil melihat sarapan yang disediakan oleh menantunya itu.
“takdelah awal sangat mama, lagi pun ari nie abang dah mula keje balik kan. Jadi Dira takut terlewat bangun, kesian pulak kat abang kalau-kalau dia tak sempat nak bersarapan pagi!” balas gadis itu lembut.
“bertuah along dapat isteri macam Dira nie. Dira goreng nasi nie?” tanya Dr. Syikin.
“aahh mama, Dira tengok nasi semalam masih ada lagi. Sayang pulak nak buang, lagi pun nasi nie belum basi lagi. Tu yang Dira ambik buat nasi goreng,” beritahu Dira Zulaikha.
“tak kisahlah Dira, janji mama, papa dan suami Dira kat atas tu boleh makan. Apa-apa pun mama tak kisah. Dira dah bangun awal-awal pagi macam nie, lepas tu siapkan sarapan lagi dah buat mama rasa bersalah pulak sebab dah menyusahkan Dira!” kata Dr. Syikin. Tangan gadis itu dicapai dan di usap lembut.
“mama nie, semua nie kan dah jadi tanggungjawab Dira selepas bergelar isteri. Mama duduklah dulu, Dira nak naik atas kejap, nak tengok abang dah siap ke belum!”
“hmm yelah…Dira pergilah tengok suami Dira kat atas tu. Tak payah nak risaukan mama kat dapur nie. Mama boleh uruskan sendiri.”
“kalau macam tu Dira naik atas dulu ye!” ujar Dira Zulaikha seraya meninggalkan Dr. Syikin keseorangan di dapur itu.
Baru sahaja beberapa langkah menaiki anak tangga, Dira Zulaikha bertembung dengan ayah mertuanya Dr. Norman. Senyuman diukir buat orang tua itu.
“selamat pagi papa..” ucap gadis itu dengan senyuman manis.
“selamat pagi…nak pergi mana pulak nie?” tegur Dr. Norman lembut.
“Dira nak masuk bilik kejap, nak tengok abang!” beritahu Dira Zulaikha.
“yelah…papa turun bawah dulu ye!” ujar Dr. Norman.
Gadis itu menganggukkan kepalanya. Dia kembali meneruskan langkah kakinya menuju ke bilik tido. Pintu bilik itu di ketuk terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke dalam. Kelihatan Shahir Safwan baru sahaja meyarungkan baju kemeja ke badannya.
“belum siap lagi ke?” tanya Dira Zulaikha.
“dah, dah nak siap lah nie.” ujar Shahir Safwan sambil tangannya laju membutangkan baju kemeja tersebut.
Dira Zulaikha menghampiri suaminya itu.
“biar Dira tolong butangkan baju abang,” kata gadis itu dengan memberikan pertolongan kepada Shahir Safwan.
Kini tangan Dira Zulaikha yang mengambil alih apa yang dilakukan oleh Shahir Safwan tadi. Setelah selesai membutangkan baju kemeja itu, tangannya kini beralih kepada kolar baju lelaki itu. Di kemaskan kolar itu supaya tidak nampak selekeh.
“ok dah, jom turun bawah. Dira dah siapkan sarapan pagi untuk abang kat bawah tu, mama ngan papa pun dah tunggu kat meja makan!” beritahu Dira Zulaikha.
Shahir Safwan mengucup dahinya sebagai balasan. Dira Zulaikha menarik tangan suaminya keluar dari bilik tido mereka dan turun ke bawah untuk bersarapan. Mereka berjalan beiringan semasa memasuki ruang meja makan di dapurnya.
“selamat pagi mama..papa!” ucap Shahir Safwan kepada orang tuanya itu.
“selamat pagi…” balas Dr. Syikin ngan Dr. Norman serentak.
Shahir Safwan mengambil tempat di hadapan mamanya. Manakala gadis itu pula menarik kerusi dan duduk bersebelahan dengan suaminya duduk. Mangkuk besar yang berisi nasi goreng di capainya. Dia kemudiannya menyeduk nasi goreng itu dan meletakkan ke dalam pinggan Shahir Safwan.
“terima kasih……” kata lelaki itu lembut.
Dira Zulaikha hanya tersenyum manis.
“along dah mula keje ari nie?” soal Dr. Norman memulakan bicara.
“ye pa..ari nie along dah mula bertugas balik!” lelaki itu memberi jawapan kepada pertanyaan Dr. Norman.
“tak sempat lah nak bawak menantu papa pergi honeymoon….” Ujar Dr. Norman lagi.
“belum sempat lagi papa..mama. Tapi along akan cari masa yang sesuai untuk kami pergi bercuti nanti.” Balas Shahir Safwan.
“hmm..kesian kat menantu mama nie. Orang lain yang baru berkahwin terus pergi honeymoon, tapi Dira duduk kat rumah je!” sampuk Dr. Syikin dengan melihat wajah menantunya itu.
“takpelah ma..pa. Dira faham keje abang macam mana!” kata gadis itu lembut.
“bertuah along dapat isteri macam Dira. Faham ngan tugas along kat hospital tu.” Puji Dr. Norman.
“hmm..sebab tu lah along sayang sangat kat dia pa…ma,” beritahu Shahir Safwan tanpa segan silu.
Gadis itu tertunduk malu mendengar pengakuan selamba lelaki itu.
Selepas 15 minit berada di meja makan, Shahir Safwan meminta diri untuk pergi ke tempat kejenya. Dr. Norman dan istrerinya hanya menghantar pemergian anaknya dengan ekoran mata sahaja. Dira Zulaikha bangun membuntuti suaminya di belakang. Briefcase milik suaminya di pegang sampai ke muka pintu.
Shahir Safwan menyarungkan kasutnya ke kaki. Dia bangun berhadapan dengan isterinya.
“abang pergi dulu ye!” ujar Shahir Safwan lembut.
“hati-hati pandu kereta…” pesan Dira Zulaikha kepada lelaki itu.
Shahir Safwan menganggukkan kepalanya… “ betul sayang tak nak abang hantarkan sayang kat rumah mak?” Tanya Shahir Safwan sebelum dia bertolak pergi.
“betul?…kalau Dira nak ke sana, Dira mintak mama temankan Dira nanti. Abang jangan risau lah, abang buat keje elok-elok ek. Jangan lupa makan tengah hari nanti!” pesannya lagi.
“ye sayang….abang tak lupa. Sayang jaga diri baik-baik kat rumah. Abang balik lambat lagi, jangan nak rindu kat abang tau,” usik lelaki itu.
“takdenya Dira nak rindu kat abang, entah-entah abang yang rindu kat Dira. Kejap-kejap telefon Dira, mesej kat Dira!” balas gadis itu dengan usikan.
“hehehe…rasa tak nak pergi keje lah pulak ari nie!” kata lelaki itu dengan nada gurauan.
“haaa..jangan nak mengada-ngada eh. Dah pergi cepat, dah pukul berapa nie. Kang lambat pulak sampai kat tempat keje tu!” arah Dira Zulaikha.
“hahaha….sayang tunggu abang kat rumah nie ye.” Jam ditangannya di pandang sekilas.
“abang pergi dulu!” kata Shahir Safwan dengan mengambil briefcase di tangan isterinya itu.
Dira Zulaikha mencapai tangan kasar lelaki itu. Dengan penuh hormat dia tunduk dan kemudiannya mengucup lembut tangan si suaminya.
“abang pergi ye…assalamualaikum!” ucap Shahir Safwan.
“waalaikumussalam……” balas gadis itu.
Dira Zulaikha masuk semula ke dalam selepas suaminya bertolak pergi ke tempat keje. Niatnya untuk ke dapur berhenti apabila di panggil oleh kedua ibu bapa mertuanya yang sudah berada di ruang tamu.
“Dira…” panggil Dr. Syikin lembut.
“hmmm…………”
“meh sini, Dira nak pergi mana tu?” soal Dr. Syikin.
“oo..nak pergi dapur kejap!” beritahu Dira Zulaikha.
“alahh, tak payah susah-susah. Mama dan bersihkan semuanya. Mari sini, sembang ngan papa dan mama!” ajak Dr. Syikin dengan melambaikan tangannya.
Gadis itu melangkah ke ruang tamu tempat ibu dan ayah mertuanya duduk. Dia kemudiannya mengambil tempat di sebelah Dr. Syikin.
Tepat jam 7.50 minit pagi, Shahir Safwan tiba di kawasan hospital tempat dia bekerja. Sejurus meletakkan kereta di parking, dia keluar dari dalam perut kereta tersebut. Semasa menutup pintu kereta, dia tersentak apabila seseorang membunyikan hon kereta kepadanya. Kereta tersebut di parking di sebelah keretanya. Shahir Safwan menundukkan badanya dan melihat pemandu itu melalui cermin.
Daus kemudiannya keluar dari dalam kereta itu. Dia memberikan senyuman kepada Shahir Safwan. Lelaki itu turut membalas senyuman Daus.
“assalamualaikum kawan……” Daus memulakan perbualannya.
“waalaikumussalam………” balas Shahir Safwan.
“aikk, cepatnya kau masuk keje Shahir. Takkan seminggu je kau ambik cuti kawin,” kata Daus.
“seminggu je Daus. Tak boleh nak cuti lama-lama.” Beritahu Shahir Safwan.
“jadi korang berdua belum pergi honeymoon lagi lah nie.” Ujar Daus lagi.
“belum lagilah..nantilah aku cari masa yang sesuai, baru dapat pergi bercuti,” balas lelaki itu.
“jangan lama-lama sangat, nanti dah tak jadi honeymoon lagi”! perli Daus.
“mentang-mentanglah kau dah pergi honeymoon ngan Ema, kau perli kat aku pulak ye. Takpe-takpe, nanti ko tengoklah macam mana romantiknya honeymoon aku tu nanti!”
“eleh…pergi pun belum dah nak tunjuk kat aku.” Sindir Daus dengan tawanya.
“hello kawan, kat bilik tido aku tu pun boleh honeymoon jugak tau. Tak payah nak pergi jauh-jauh macam kau,” Shahir Safwan membalas.
“biru betullah otak kau nie!”
“hahaha…tulah, lain kali tak payah nak sindir-sindir aku. Kang dah kena,” ujar Shahir Safwan ketawa besar. Daus turut ketawa bersama-sama dengan Shahir Safwan.
“dahlah, jom kita masuk. Sejak dah ada isteri nie perangai kau dah lain macam aku tengok.” Perli Daus.
“lain macam apa pulak, sama jelah macam dulu. Cuma sejak dah ada isteri nie rasa malas pulak nak datang keje. Nak berkepit je ngan dia kat rumah tu,” ujarnya lagi.
“dah..dah kes berat nie. Ubat apalah yang bini kau tu bagi kau makan, sampai macam nie sekali jadinya.” Sinis Daus berkata.
“mestilah ubat kasih sayang, kalau tak takdelah aku nak jadi macam nie sekali,” jawb Shahir Safwan selamba.
“aaa…..sudah, lagi teruk kau melalut sekarang nie. En. Shahir Safwan, apa kata kita masuk kat dalam je. Tekak aku nie rasa loyar pulak dengar kau bercakap kt sini,” kata Daus sambil telapak tangannya di cantumkan rapat seperti merayu kepada lelaki itu.
Langkah mereka berdua di halakan ke dalam bangunan tersebut. Ketika dalam perjalanan di sepanjang koridor hospital itu, Shahir Safwan bertembung dengan Anum dan juga Ain. Kawan rapat isterinya. Terlanjur berjumpa dengan mereka berdua, Shahir Safwan menyampaikan pesanan daripada isterinya kepada Anum dan juga Ain.
“Anum…..Ain..” panggil Shahir Safwan.
“laa Dr. Shahir. Ada apa ye?” soal Anum ringkas.
“saya ada pesanan untuk kamu berdua,” ujar Shahir Safwan.
“pesanan untuk kami berdua! Apa dia doctor?” Tanya Ain ingin tau.
“takde, isteri saya kat rumah tu kirim salam rindu kat kamu berdua.” Beritahu Shahir Safwan.
“ooo….waalaikumussalam. Kami pun rindu sangat-sangat kat Dira. Hmm..macam mana Dira, sihat ke tak?” soal Anum pula.
“Alhamdulillah, Dira sihat.” Balas lelaki itu.
“baguslah, harap-harap cepatlah ada berita baik untuk kami berdua nie.” Usik Ain tersengih.
“insyaallah………saya masuk bilik dulu ye!” ujar lelaki itu meminta diri.
“kawan-kawan Dira ke tu?” soal Daus yang masih lagi bersama dengan Shahir Safwan.
“aahh, kawan-kawan rapat dia kat sini dan kat kampung tu,” beritahu Shahir Safwan.
“ooo….mesti dorang berdua tu sunyi sebab Dira dah tak keje kat sini lagi!” kata Daus.
“mestilah, lagi pun sebelum aku mula keje kat sini diorang dah keje lama kat sini. Mana tak ingat, kalau aku sekali pun mesti takkan lupa punya.” Balas lelaki itu.
“tulah kan…takpelah, lama-lama nanti diorang dapat sesuaikan diri juga tanpa Dira kat sini. Hmm aku naik kat bilik dulu lah ye.” Ujar Daus dengan menepuk bahu lelaki itu.
“yelah, aku pun nak masuk bilik aku jugak nie!”
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama