AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Isnin, 13 Jun 2011

BILA HATI BERBICARA - BAB 35

BAB 35
Dirani kini hanya duduk di rumah. Setelah kandungannya mencecah 8 bulan, Syahril menyuruhnya berehat di rumah sahaja. Dirani terpaksa menurutkan kata suaminya. Dia tidak mahu dikatakan isteri yang menderhaka kepada suami. Datin Jasmine kini hanya berada di rumah. Dia hanya keluar apabila ada hal penting sahaja. Menjadi tanggungjawabnya apabila Syahril tiada di rumah, dialah yang akan memerhatikan Dirani. Rozita juga selalu mengunjungi vila itu. Stacy teman paling rapat Dirani di pejabat juga selalu datang ke vila milik Syahril untuk mengunjungi sahabatnya.
Dirani duduk termenung di balkoni luar biliknya. Sesekali dia menggosok perutnya yang semakin membesar dan hanya menunggu masa untuk ‘pecah’. Syahril yang baru menapak masuk ke dalam bilik terus menuju ke tempat isterinya.
“sayang buat apa sorang-sorang kat luar nie?.” soal Syahril lalu memeluk pinggang isterinya dari arah belakang.
“tak buat apa-apa pun, tengah kira bintang!” jawab Dirani selamba.
“kira bintang?” dah banyak ke bintang yang sayang kira tu?” soal Syahril dengan mengusik isterinya.
“banyaklah jugak,” jawab Dirani ringkas. Tangannya menyentuh lembut tangan Syahril yang berada di pinggannya.
“tak penat ke asyik kira bintang dari tadi?” tanya Syahril dengan sinis.
“penat jugak! dari tadi Dira kira, sampai sekarang tak habis-habis lagi!” jawab Dirani dengan ketawa.
“hahaha……dah lah tu, jom masuk dalam. Sejuk kat luar nie!” Syahril meleraikan pelukannya pada pinggang Dirani dan menarik lembut tangan itu masuk ke dalam bilik.
“abang……..”Dirani memanggil lembut Syahril setelahmereka berdua berada di atas katil.
“hhmmm…kenapa?” soal Syahril.
“hujung minggu nie abang sibuk tak?”tanya Dirani.
“hujung minggu nie, kenapa?” soal Syahril kembali.
“teman Dira pergi beli barang-barang baby, boleh?” ajak Dirani.
“boleh je, nanti hujung minggu abang bawak sayang keluar. Kita pergi shopping barang baby k,” ujar Syahril yang sudah meletakkan kepalanya di riba Dirani.
Perut isterinya di sentuh lembut. Perlahan-lahan tangannya menggosok perut yang membulat itu. Sesekali di bercakap dengan kandungan isterinya.
“tak sabar abang nak tengok anak kita nanti,” luah Syahril.
“Dira pun macam tu jugak. Tak sangkakan, hampir setahun Dira tunggu, akhirnya dapat jugak Dira mengandungkan anak dalam kandungan Dira nie,” kata Dirani bersyukur dengan rezeki yang diterimanya.
“Alhamdulillah, walaupun lambat tapi Allah tetap bagi kita anak,” ucap Syahril ikhlas.
“Stacy ngan Akim bila nak naik pelamin?” soal Dirani kepada Syahril.
“kata Akim hujung tahun nie, tapi tarikh tu dia tak comfirm lagi.” Syahril memberitahu kepada isterinya.
“ari tu Stacy ada jugak call Dira kat umah nie. tapi Dira lupa nak tanya dia pasal hal tu,” kata Dirani.
“selalu jugak ke Stacy call sayang kat umah?”soal Syahril yang ingin mengetahui.
“taklah selalu sangat, kadang-kadang bila time rehat je. Boring katanya, Dira tak ada kat ofis tu. Nasib baiklah Stacy call Dira, kalau tak Dira pun tak tau nak buat apa kat umah nie. Nak jalan-jalan kat taman pun, mama kena teman, takut Dira jatuh katanya.” ujar Dirani.
“eloklah tu mama temankan sayang. Kang takut jadi apa-apa kat sayang pulak.”
“hujung minggu nie abang jangan lupa pulak, temankan Dira pergi beli barang-barang!” Dirani mengingatkan Syahril sekali lagi.
“ye sayang…..abang janji!” tangan Syahril mencuit hidung isterinya.
“kalau abang lupa jugak, Dira cakap kat mama.” ujar Dirani seakan mengugut Syahril.
“asal pulak sayang nak cakap kat mama?” tanya Syahril.
“yelah, abang dah janji ngan Dira tadikan. Tapi kalau abang tak temankan Dira jugak hari tu, Dira cakap kat mama yang abang suka tipu Dira.”Dirani enjawab pertanyaan suaminya.
Syahril bangun dari riba Dirani. Tangannya melingkari leher isterinya. Syahril berdepan dengan Dirani.
“alah…mama takkan marah kat abang punya.” kata Syahril dengan yakin.
“ye, abang try lah buat camtu. Nanti Dira ngadu kat mama yang abang mungkir janji ngan Dira.
“eeiii…sayang nie memang suka tengok abang kena marah ngan mama ek!” ujar Syahril lalu mencubit pipi Dirani.
“aaaaaaaaa…….sakitlah bang!” kata Dirani seraya memukul lembut tangan Syahril supaya melepaskan pipinya.
“padan muka, sape suruh sayang buat macam tu!” balas Syahril.
“alahh….Dira belum buat lagi, kan Dira baru je cakap nie.” kata Dirani sambil menggosok pipinya yang kesakitan.
“sakit tau pipi Dira nie.” sambung Dirani lagi.
“sakit?. mana,biar abang tengokkan!!” Syahril menyentuh pipi isterinya. Sekali lagi dia mencubit pipi lembut isterinya.
“abangggggggg…………………..sakitlah. Aduh!” ucapan Dirani terhenti secara mengejut. Tapak tangannya mula memegang permukaan perut yang dilindungi dengan pakaian tidonya.
Syahril yangs edang tersenyum terkejut dengan jeritan kecil itu. Dia memandang Dirani. Dia ternampak Dirani sedang memegang perut.
“kenapa? nak bersalin ke?” pertanyaan Syahril hampir membuatkan Dirani meletuskan ketawanya. Dirani melihat wajah Syahril yang panik. Lucu sungguh.
“belum lagilah, abang nie!”
“dah tu?. kenapa sayang menjerit?”
“haa….cuba abang rasa nie…….cepat!” Dirani menarik tangan Syahril ke perutnya.
Syahril hanya menurut. Tiba-tiba mulutnya sedikit terbuka. Dia membalas pandangan Dirani yang sedang mengukir senyuman kepadanya.
“apa tu?” soal Syahril aneh.
“hmm…inilah baby punya siku. Anak kita dah cukup sifat,” jawab Dirani manja. Dirani sudah lupa akan kesakitan dipipinya.
Syahril terdiam. Terus membiarkan tangannya di perut Dirani. Dia pandang ke wajah Dirani yang sedang tersenyum sendirian. Syahril kemudiannya memeluk erat tubuh isterinya.
……………………………….
“Lisa, ada apa-apa oppoiment untuk saya ari nie?” soal Syahril kepada Lisa, sebagai PA nya.
“hmm…ari nie tuEn. Syahril takde apa-apa oppoiment. Tapi hujung minggu nie beberapa pemegang saham di syarikat nie nak ajak En. Syahril join diorang main golf.” beritahu Lisa lagi.
“hujung minggu nie?” tanya Syahril.
“ye, En. Syahril..kenapa?..tuan tak boleh pergi ke?” soal Lisa kembali.
“saya nak awak bagitahu diorang, hujung minggu nie saya ada hal. Nak temankan isteri saya pergi beli barang.” ujar Syahril.
“baiklah, En. Syahril!” jawab Lisa ringkas.
Syahril terus masuk ke dalam biliknya. Baru sahaja melabuhkan punggungnya ke atas kerusi, tiba-tiba pintu biliknya diketuk dari luar.
“masuk!” arah Syahril.
Pintu biliknya dibuka perlahan.
“assalamualaikum Ril,” ucap Akim lalu masuk ke dalam.
“waalaikumussalam….” balas Syahril.
“ko sibuk ke?” soal Akim ringkas.
“takdelah sibuk sangat, kenapa?” tanya Syahril.
“nie haa….aku nak jemput ko datang umah aku hujung minggu nie.” Akim mengajak Syahril.
“hujung minggu nie?. kau dah nak kawin ke?” tanya Syahril hairan.
“apelah kau nie, agak-agaklah aku nak kawin hujung minggu nie pun. Banyak lagi persiapan yang aku tak buat.” kata Akim dengan geram.
“dah tu, buat apa kau jemput aku pergi rumah kau hujung minggu nie?” tanya Syahril lagi.
“mama aku tu haa…sibuk sangat nak suruh kau pergi rumah aku. Lepas tu dia suruh bawak bini kau tu sekali nanti. Dah lama tak tengok katanya, last yang dia tengok bini kau tu masa majlis tunang aku tu dulu.” Akim memberitahu tujuannya mamanya.
“ooo…tu je ke?” soal Syahril lagi.
“kau jangan risaulah, mama aku akan sediakan banyak makanan untuk kau ngan bini kau tu. Kau ingat aku tak kenal ke ngan perangai kau tu. Kalau kau pergi rumah aku, mesti kau tanya pasal makanan kan!” Akim sengaja menguatkan suaranya.
Syahril ketawa besar mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Akim.
“alahh Kim, cam kau tak kenal aku cmner kan!” insyaallah, aku akan bawak sayang aku nanti. Tapi aku tak boleh nak duduk lamalah kat umah kau tu nanti, aku dah janji nak bawak sayang aku pergi beli barang-barang baby.” Syahril memberitahu kepada Akim.
“takpelah, janji kau pergi rumah aku hujung minggu nie. Mama aku mesti faham punya,” balas Akim.
“oklah, aku keluar dulu.” kata Akim seraya bangun dari tempat duduknya.
“laaa…tu je ke yang kau nak cakap?” tanya Syahril apabila melihat Akim sudah berdiri.
“yelah, nak tunggu kau belanja aku makan tak taulah dapat ke tak aku merasa duit kau tu,” usik Akim.
“banyaklah kau….habis selama nie bukan duit aku yang kau rasa!” balas Syahril lagi.
“hehehehe…aku gurau pun tak boleh. Apalah kau nie!” ujar Akim dengan ketawa.
Syahril turut ikut ketawa dengan Akim.
Malam itu Syahril memberitahu hajat mama Akim kepada Dirani.
“sayang……”panggil Syahril dengan lembut.
“ada apa?” soal Dirani sambil melihat kea rah suaminya.
“tadi Akim masuk bilik abang. Dia suruh kita pergi rumah dia hujung minggu nie.” beritahu Syahril.
“kan hujung minggu nie kita nak pergi beli barang-barang baby!”ujar Dirani.
“abang tau, abang dah cakap ngan dia. Tapi dia kata sekejap pun takpelah, mama Akim nak sangat tengok sayang. Katanya dah lama tak tengok, last jumpa masa Stacy tunang kat umah sayang ari tu,” Syahril memberitahu tujuan mama Akim kepadanya.
“mama Akim, Puan Fatimahkan?” tanya Dirani lagi.
“aahhh, sayang ingat lagi ke?” soal Syahril kepada Dirani.
“ingatlah jugak. Hmmm….kesian pulak kat mama Akim kalau kita tak pergi rumah dia.” kata Dirani perlahan.
“sayang macam mana?” Syahril bertanyakan Dirani.
“pagi kita pergi rumah Akim, lepas tu baru kita pergi shopping ok!” ujar Dirani.
“sayang nak pergilah nie?” tanya Syahril.
“pergilah, dah lama jugak Dira tak jumpa ngan mama Akim tu!” balas Dirani lagi.
“kalau macam tu, kita pergi awal sikitlah rumah Akim. Boleh duduk lama sikit kan!” kata Syahril kepada isterinya.
“hmmm…Dira tak kisah. Yang penting abang kena bawak Dira pergi beli barang-barang baby lepas balik dari rumah Akim,” ujar Dirani kepada suaminya.
“ye…ye…abang janji.”
Seperti yang dijanjikan, Syahril dan Dirani sampai awal di rumah Akim dan keluarganya. Syahril meletakkan keretanya di dalam garaj rumah Akim. Sementara Akim dan mamanya sudah menunggu mereka di muka pintu masuk rumah.
“assalamualaikum auntie….” Dirani memberi salam seraya menyalami tangan wanita itu.
“waalaikumussalam Dirani…masuklah. Akim jemput Syahril masuk sekali.” pinta Puan Fatimah.
Dirani sudah di tarik tangannya oleh Puan Fatimah untuk masuk ke dalam.
“jom Ril, masuk dalam!” ajak Akim.
“jom!” balas Syahril lalu mengikut jejak Akim.
“hai Dirani!” ujar Stacy yang baru keluar dari dapur rumah Puan Fatimah.
“Stacy?...bila kau sampai?” tanya Dirani yang terkejut melihat Stacy di rumah itu.
“pagi tadi, Akim yang datang ambik.” ujar Stacy.
“oooo….abang aku tak cakap pun yang kau ada sekali kat rumah nie?” beritahu Dirani dengan hairan.
“aku pun  terkejut jugak bila Akim datang pagi tadi. Dahlah aku tak mandi lagi masa tu,” balas Stacy.
“Dirani…..Stacy, dah lah tu. Jom kita pergi kat depan tu.” Ajak Puan Fatimah kepada Stacy dan Dirani.
“aaahhh…jomlah Dirani. Kesian aku tengok kau, susah nak berjalan!” kata Stacy lalu memimpin tangan Dirani menuju ke ruang tamu.
Stacy meletakkan Dirani di sebelah Syahril. Dia kemudiannya mengambil tempat bersebelahan dengan Puan Fatimah.
“maaf ye Dirani, auntie nak sangat nak jumpa ngan Dirani dan Syahril. Auntie pun tak tau yang Dirani sudi ke tak datang rumah auntie nie!” ujar Puan Farimah mesra.
“takpe auntie, Dira pun dah lama tak jumpa ngan auntie.” jawab Dirani ikhlas.
“kita sembang dululah, kejap lagi baru kita makan ye. Auntie pun dah siapkan makanan kegemaran semua.!” beritahu Puan Fatimah.
“menyusahkan auntie pulak kena masakkan untuk kami.” ujar Dirani perlahan.
“tak menyusahkan pun, lagi pun auntie yang jemput Dirani ngan Syahril kan. Jadi auntie kenalah sediakan semuanya.” kata Puan Fatimah lembut.
“terima kasih ye auntie!” ucap Syahril yang tadi hanya berdiam diri di sebelah isterinya.
“sama-sama Syahril.” Puan Fatimah membalasnya.
“bila due Dirani?” tanya Puan Fatimah apabila masing-masing tidak bersuara.
“bulan depan auntie.” Jawab Dirani ringkas.
“oooo….auntie tengok perut kamu tu macam dah nak ‘pecah’ je!” kata Puan Fatimah seakan bimbang apabila melihat perut Dirani yang membesar.
“tulah auntie, sayang Syahril aktif sangat. Tak pernah nak duduk diam kat rumah tu. Syahril pun risau jugak tengok perut dia tu,” balas Syahril sambil menyentuh perut Dirani.
“boringlah auntie tak buat apa-apa kat rumah tu!” ujar Dirani.
Syahril dan Dirani mengambil keputusan setelah berada hampir 1 jam lebih di rumah Akim dan Puan Fatimah.
“auntie, Syahril dan Dirani balik dulu ye!” ujar Syahril.
“hmmm yelah, Syahril bawak kereta tu elok-elok ye. Jangan bawak kereta laju sangat. Hati-hati masa nak pergi shopping tu nanti!” pesan Puan Fatimah lagi.
“insyaallah auntie…Kim, aku balik dulu ye,” kata Syahril sambil bersalaman dengan Akim, dan juga Puan Fatimah.
“ok. Jumpa kat ofis esok!”ujar Akim.
“auntie, Dirani balik dulu ye. Stacy, kalau kau ada masa datang lah kat vila tu. Bosan tau aku duk kat umah tu.” Dirani memberitahu Stacy.
“yelah-yelah…nanti kalau aku ada masa, aku lawat kau kat rumah ye!” ujar Stacy.
Hampir 15 minit kereta Syahril menyusuri jalan raya menuju ke tempat yang dituju. Dirani melihat suaminya yang sedang memandu. Syahril menjeling isterinya di sebelah tempat duduknya.
“sayang nie, dari tadi asyik duk tengok abang je kenapa?” soal Syahril.
“Dira tengok abang pun tak boleh ke?” tanya Dirani lalu mencubit pipi Syahril.
Syahril menjerit kecil.
“apa sayang nie, selalu cubit pipi abang!”
“hehehe….’sayang’ tak suka ek Dira cubit pipi ‘sayang’?” soal Dirani dengan selamba. Sengaja dia hendak mengusik suaminya dengan memanggil ‘sayang’.
“sayang panggil abang apa tadi?” tanya Syahril dengan senyuman dibibirnya.
“Dira panggil ‘sayang’, kenapa?” tanya Dirani apabila melihat senyuman dibibir suaminya.
“abang suka sayang panggil abang dengan panggilan ‘sayang’. Kan best kalau dari dulu sayang panggil abang dengan panggilan tu!” ujar Syahril yang masih lagi tersenyum.
“dah lah, mengada betul abang nie!” kata Dirani.
 Pandangannya tertancak pada cermin pandang belakang dalam kereta Syahril. Dirani perasan akan kereta yang berada dibelakang itu seolah-olah sedang mengekori kereta mereka. Namun dia masih tidak memberitahu suaminya.
Syahril membelok keretanya ke pusat membeli-belah Mid Valley. Berpusing jugak dia mencari tempat untuk parking, maklumlah, ari minggu. Kebanyakkan mereka yang bekerja akan menghabiskan masa bersama dengan family setelah penat bekerja.
Dirani kembali melihat di cermin pandang belakang dalam kereta Syahril. Kereta itu tadi masih berada di belakang.
“abang….Dira rasa kereta tu macam ikut kita je.” Dirani memberitahu kepada Syahril akan kegusaran hatinya.
“mana?” soal Syahril.
“tu….kat belakang tu, cuba abang tengok betul-betul.” Dirani menunjukkan jarinya ke arah kereta yang berada di belakang.
Syahril memusingkan kepalanya ke arah yang di tunjukkan oleh isterinya.
“mungkin orang tu nak pergi beli-belah jugak kot!” kata Syahril sebelum memasukkan keretanya di tempat parking yang kosong.
“mungkin jugak kot…..” balas Dirani.
“jomlah, kang lambat pulak kita balik nanti.” Ujar Syahril lalu keluar dari perut keretanya.
Dirani menanggalkan tali pinggang keledar. Dia kemudiannya turut keluar dari kereta milik Syahril.
“jom!!....Syahril menggenggam erat jari jemari isterinya.
Baru beberapa langkah mereka berjalan, tiba-tiba terdengar Syahril mengaduh.
“alahh…abang lupalah nak ambik beg duit abang. Sayang tunggu kejap ye, abang pergi kat kereta ambik beg duit abang!” pesan Syahril supaya Dirani menunggunya di situ.
Dirani hanya menganggukkan kepalanya. Dirani menunggu suaminya di tepi jalan berdekatan dengan kereta-kereta yang ada di parking di situ. Agak lama jugak Syahril pergi ambik beg duit di dalam keretanya.
“abang…lambat lagi ke?” Dirani menjerit memanggil suaminya.
“keja-kejap, abang dah pergi nie!” ujar Syahril dengan menutup pintu kereta dan mengunci pintu keretanya.
“cepatlah!” kata Dirani lalu berjalan dahulu. Disebabkan kandungannya yang semakin membesar, membuatkan dirinya lambat untuk berjalan.
Tanpa dia sedari sebuah kereta menuju ke arahnya dengan laju. Syahril yang ingin menuju ke tempat isterinya beralih melihat ke arah kereta yang begitu laju dipandu.. Semakin lama semakin dekat kereta itu menuju ke arah isterinya yang sedang berjalan dengan perlahan untuk sampai ke pusat membeli-belah. Syahril berlari dengan sekuat hati menuju ke arah isterinya. Dia memanggil dengan kuat isterinya.
“sayangggggggggg………………” panggil Syahril dengan sekuat hati.
Dirani berpaling melihat Syahril. Syahril berlari ke arahnya dengan laju dan segera menarik tangan isterinya sebelum kereta yang dipandu laju itu melanggar Dirani. Dirani tidak dapat mengimbangkan badannya lalu jatuh bersama-sama dengan Syahril. Kereta yang dipandu dengan laju itu tidak dapat dikawal lalu merempuh van yang menuju dari arah depan. Kedengaran satu bunyi yang agak kuat. Orang ramai yang berada di situ berpusu-pusu melihat kemalangan itu.
Syahril melihat isterinya yang sudah tidak sedarkan diri. Banyak darah yang keluar. Syahril menjerit meminta tolong kepada orang ramai yang berada di situ. Dia tidak putus-putus memanggil isterinya.
“sayang…………..sayang………bangunlah. Kenapa dengan sayang nie?” tanya Syahril dengan menggoncangkan tubuh isterinya.
“tolong……tolong…….cik, tolong panggilkan ambulan! Tolong cik….” Jerit Syahri sekuat hatinya.
Syahril berjalan mundar-mandir di hadapan pintu wad kecemasan. Bila punggungnya dilabuhkan diatas kerusi, dia rasa tidak selesa. Baju yang dipakainya pagi tadi dihiasi dengan darah milik isterinya. Ingin berdiri di satu tempat secara satatik pun, Syahril tetap tidak senang hati.
Air matanya mengali perlahan. Rasa bersalah kerana tidak dapat menjaga isterinya dengan baik. Hatinya gelisah. Ahli-ahli keluarganya yang lain turut sama membisu. Rozita dan Datin Jasmine masing-masing turut mengalirkan air mata mengenngkan nasib Dirani yang bertarung nyawa di dalam wad kecemasan.
Syahril terasa bagaikan ingin merempuh pintu wad kecemasan itu sekuat hati. Tidak sabar mahu mengetahui perkembangan diri isterinya. SElamatkah kedua-duanya?.
Ya Allah, selamatkanlah isteri dan anakku. Doa Syahril di dalam hati.
Syahril melangkah mendekati pintu wad. Cuba mengintai di celah-celah cermin kecil yang terdapat di pintu itu. Tiada langsung ruang yang membolehkan dia melihat situasi di dalam.
Syahril semakin tidak tentu hala. Dia mengalihkan pandangan pada Dtin Jasmine dan kemudian pada Rozita, ibu mentuanya serta ahli-ahli keluarganya yang lain.
Kelihatan Akim dan Stacy berlari menuju ke arah Syahril dan juga yang lain. Langkah kaki Akim terus mendapatkan tubuh Syahril yang berada di depan wad kecemasan. Stacy menapak ke tempat duduk Rozita dan juga yang lain.
“assalamualaikum Ril……………” ucap Akim seraya menyentuh bahu Syahril.
“Kim….waalaikumussalam..” balas Syahril dengan wajah yang begitu sedih.
“kenapa boleh jadi macam nie Ril. Apa yang sebenarnya yang telah berlaku kat Dira?” soal Akim dengan tidak sabar.
Syahril menceritakan perkara itu dari awal hingga akhir. Akim yang mendengarnya terkejut besar.
“kau dah buat laporan polis belum nie?. soal Akim.
“aku tak sempat nak buat laporan polis. Mybe orang ramai yang ada kat tempat kejadian tu dah buat laporan polis kot..” Syahril memberitahu kepada Akim.
“Kim, aku rasa bersalah sangat. Nie kali kedua perkara buruk menimpa sayang aku. Kalau aku tak tinggal dompet aku dalam kereta, mesti perkara nie takkan berlaku!” ujar Syahril dengan tangisan.
“Ril, kau tak boleh cakap macam tu. Kita tak tau apa yang apa yang dah tertulis untuk kita ari nie. Kau tak boleh salahkan diri kau semata-mata. Kau kena kuat, banyakkan berdoa kepada Allah. Aku yakin Dira takkan apa-apa, semuanya selamat.” ucap Akim dengan menggosok bahu Syahril.
Tiba-tiba pintu wad kecemasan itu terkuak. Seorang doktor wanita lengkap berpakaian jubah putih keluar.
“boleh saya tau siapa suami kepada pesakit yang berada di dalam?” soal doktor itu.
“saya doktor, saya suami kepada pesakit!” jawab Syahril dengan pantas.
“sebenarnya isteri encik banyak kehilangan darah. Keadaannya jugak agak tenat. Kami bimbang akan anak yang berada dalam kandungannya. Dan sebab itu kami nak minta persetujuan dari suami pesakit untuk menjalankan pembedahan ke atas isteri encik. Kalau encik setuju, encik boleh sain di atas kertas nie.” doktor tersebut menghulurkan satu boring kepada Syahril.
“isteri dan anak saya selamatkan lepas pembedahan nie dilakukan?” soal Syahril dengan nada perlahan.
“apa-apa pun kami akan berusaha sedaya upaya kami. Kami harap encik dan keuarga yang lain banyakkan bersabar.” ujar doktor tersebut.
“saya nakkan isteri saya selamat doktor. Apa pun yang berlaku isteri saya kena selamat!” kata Syahril meraup mukanya.
“Syahril!” panggil Datin Jasmine kuat.
“Syahril tau mama, tapi Syahril tak boleh kehilangan sayang Syahril. Syahril tak boleh mama! Mungkin nie bukan masanya untuk kami menimang cahaya mata. Mungkin Tuhan dah tetapkan kententuannya untuk kami.” ucap Syahril.
“encik dan keluarga banyakkan bersabar. Insyaallah, kedua-duanya akan selamat!” balas doktor tersebut lalu masuk semula ke dalam bilik kecemasan.
Syahril, Akim dan keluarga yang lain setia menunggu di luar pintu kecemasan. Rozita kelihatan begitu resah sekali memikirkan keadaan anak juga cucunya. Farina dan Aliff yang baru saje sampai melangkah laju ke arah Rozita.
“kak, Dirani macam mana?” soal Farina yang sedang mendukung anaknya.
“akak tak tau lah Farina…dah lama dia duk kat dalam tu. Doktor cakap Dirani banyak kehilangan darah. Dia terpaksa di bedah untuk menyelamatkan anak dalam kandungannya.” Rozita menjelaskan kepada Farina.
“Syahril, abang harap kau dapat bersabar. Abang tau Dirani tidak mudah mengalah. Dia pasti akan selamat dengan anak yang dikandungnya.” Aliff menepuk bahu perlahan.
Syahril hanya mengangguk perlahan.
“Megat Syahril Arfan Bin Jamal” Asp. Shah bersama seorang lagi pegawai polis mendekati Syahril.
Syahril menoleh ke arah suara tersebut. Kesemua yang lain terkejut dengan kehadiran polis di situ. Masing-masing datang mendekati Syahril yang sudah berada berhadapan dengan pegawai polis tersebut.
“ye, saya..kenapa encik?” soal Syahril dengan nada terkejut.
“tentu En. Syahril masih ingat dengan saya lagi. Saya Asp. Shah yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan kes yang melibatkan isteri encik dulu.” ujar Asp. Shah.
“ye….ye…saya masih ingat lagi. Kenapa ye?” tanya Syahril lagi.
“sebenarnya kami dah dapat kenal pasti siapa dalang dalam kemalangan yang telah melibatkan isteri encik dulu. Kami harap encik dapat bekerjasama dengan kami bagi menyelesaikan kes ini dengan cepat.” kata Asp. Shah.
“saya akan bagitahu apa yang yang saya tau, asalkan kes nie dapat diselesaikan.” balas Syahril lagi.
“kalau macam tu, encik boleh ikut kami ke sana sekejap?” pinta Asp. Shah kepada Syahril.
Syahril memandang orang disekelilingnya.
“takpe Ril, aku temankan kau pergi.” ujar Akim dengan ikhlas.
“baiklah!” jawab Syahril.
“mama…ibu…tolong tunggu sayang Syahril sekejap. Syahril ngan Akim ada hal yang perlu diuruskan.
Syahril, Akim, Asp. Shah dan juga seorang lagi pegawai polis sudah bergerak ke tempat yang dimaksudkan.
Asp. Shah membawa Syahril dan Akim masuk ke bilik mayat. Syahril dan Akim seakan bingung mengapa mereka di bawa masuk ke situ.
“encik, kenapa encik bawak kami ke sini?” soal Syahril.
“kami nak mintak En. Syahril dan kawan encik untuk mengenal pasti mayat yang ada di dalam nie.” jawab Asp. Shah.
“mayat?” soal Akim kepada Asp. Shah.
“ye…kami harap En. Syahril dan En. Akim sudah bersedia.” ujar Asp. Shah lagi.
Syahril dan Akim saling berpandangan sesama sendiri.
Pegawai polis berkenaan membuka kain yang menutupi mayat tersebut. Sedikit demi sedikit kain itu dibuka.
“Diana!!!!...kata Syahril dan Akim serentak.
“En. Syahril kenal dengan mayat nie?” soal Asp. Shah.
“ye…dia Diana, bekas teman wanita Syahril yang pernah saya cakapkan dulu semasa kami menemui encik di balai polis,” ujar Akim yang masih terkejut.
“kenapa ngan wanita nie encik?” tanya Akim lagi.
“sebenarnya dialah yang cuba melanggar isteri En. Syahril di tempat membeli-belah tadi. Dan dia jugalah yang telah mengupah seseorang untuk merosakkan kereta isteri En. Syahril.” Asp. Shah memberitahu kepada Akim.
“apa???........Syahril terkejut mendengar berita itu.
“ye…Diana Rozieyta Binti Ahmad Tarmizi atau pun lebih dikenali dengan panggilan Diana. Dialah yang merancang semuanya, termasuk kemalangan yang melibatkan isteri En. Syahril tadi!” kata Asp. Shah dengan tegas.
“tapi…tak mungkin dia buat macam tu.” balas Syahril.
“kami telah menemukan bukti-bukti di dalam kereta milik mangsa. Termasuk nombor telefon milik lelaki dan juga seorang lagi kawan mangsa. Kedua-duanya sudah kami tahan untuk membantu siasatan.”
“ya Allah Diana…sanggup kau hancurkan rumah tangga aku. Apa salah isteri aku sampai kau sanggup buat macam tu. Apa dosa isteri kau kat kau?” soal Syahril bertalu-talu.
“Ril, kau tanya banyak kali pun dia takkan dapat jawab. Yang penting kita dah tau siapa dalang semua nie. Sekarang nie kita kena balik semula ke tempat isteri kau. Mungkin diorang sedang tunggu kau kat situ.” ujar Akim seraya menenangkan Syahril yang masih terkejut.
“dah, jom kita pergi!” ujar Akim.
“terima kasih banyak-banyak encik…” ucap Syahril lalu bersalam dengan Asp. Shah.
“sama-sama…dah menjadi tanggungjawab kami untuk menyelasikan kes ini. Kami harap En. Syahril dapat hadir ke balai polis untuk prosedur yang selanjutnya.” pinta Asp. Shah.
“insyaallah….” jawab Syahril ringkas.
Hampir 2 jan menunggu, akhirnya pintu bilik kecemasan dibuka. Doktor wanita tadi keluar lalu menanggalkan sarung tangannya. Syahril pantas menuju ke arah doktor itu. Begitu juga dengan Akim dan Stacy serta ahi keluarga yang lain.
“doktor, bagaimana dnegan keadaan isteri saya?” soal Syahril cemas.
Doktor wanita itu hanya tersenyum.
“Alhamdulillah semuanya selamat. Tahniah, encik dapat anak lelaki,” beritahu doktor itu dengan senyuman.
Syahril tersenyum lebar. Suara riuh ahli-ahli keluarganya yang lain turut kedengaran ceria.
Syahril memanjat kesyukuran kepada Allah yang Maha Esa.
“boleh saya tengok isteri saya?” tanya Syahril tidak sabar-sabar lagi.
“boleh. Tapi encik kena tunggu kami pindahkan isteri encik ke wad dulu. Nanti, encik boleh pergi tengok dia. Buat masa nie, isteri encik tidak sedarkan diri lagi. Dia masih lemah kerana kehilangan banyak darah.
“terima kasih doktor.”
“sama-sama. Anak encik terpaksa kami tahan dulu disebabkan masalah jantungnya yang agak lemah.” sambung doktor itu lagi.
“tapi anak saya takde apa-apa kan?” soal Syahril dengan nada yang cemas.
“insyaallah, anak encik tkde apa-apa. “
Syahril setia menemani Dirani di dalam bilik. Ahli-ahli keluarga yang lain semuanya sudah beransur pulang. Manakala Akim dan Stacy ke kantin untuk membeli makanan dan minuman.
5 minit kemudian Akim dan Stacy kembali dengan membawa sebungkus roti dan sebotol air mineral untuk Syahril. Pintu bilik dibuka perlahan. Syahril dilihat sudah terlena di sebelah isterinya. Akim menepuk bahu Syahril dengan perlahan. Tidak mahu Syahril terkejut.
“Ril….Ril….”panggil Akim kepada Syahril yang sedang tido di sebelahnya.
Syahril membuka luas matanya.
“pergi basuh muka dulu, aku ada belikan makanan utnuk kau nie. Dari tadi kau tak makan, nanti kau sakit pulak.” ujar Akim.
“terima kasih Kim…” ucap Syahril lalu melangkah masuk ke bilik air yang sudah tersedia di dalam bilik itu.
Syahril keluar dengan muka yang segar. Langkahnya di aturkan ke sofa. Akim sudah berada di atas kerusi itu. Stacy mengambil tempat di sebelah Dirani. Perlahan-lahan tangannya mengusap jari lembut Dirani. Hatinya begitu sedih mengenangkan nasib yang menimpa kawan rapatnya itu. Sudah 2 kali kejadian itu berlalu kepada Dirani.
“Ril, aku harap lepas nie takde sape-sape lagi yang akan mengganggu kebahagiaan kau lagi.” ujar Akim dengan maksud yang mendalam.
“aku pun harap macam tu jugak Kim,” luah Syahril.
“aku ngan Stacy nak beredar dulu. Esok kami datang lagi tengok Dirani. Kau makanlah dulu.” Akim memberitahu kepada Syahril.
“terima kasih banyak-banyak Kim. Kau selalu tolong aku!” kata Syahril ikhlas.
“sama-sama Ril. Kau kawan baik aku, takkan aku nak biarkan kau tanggung sendiri. Aku balik dulu, kalau ada apa-apa kau call aku. Esok aku bawak mama aku sekali datang sini.”
Syahril bersalaman dengan Akim.
Setelah menghantar dengan mata pemergian Akim dan Stacy, Syahril kembali kepada isterinya. Dia duduk di atas kerusi bersebelahan dengan katil itu. Jari-jemari Dirani di genggam dengan erat. Dikucup lembut tangan itu oleh Syahril. Dia merebahkan kepalanya di sisi tubuh isterinya. Matanya kian kuyu. kedua-duanya tertido.
……………………………
Jam menunjukkan ke angka 7 pagi. Dirani membuka matanya dengan perlahan. Terasa yang amat sakit pada perutnya. Dia ingin mengangkat tangannya namun tangannya tidak dapat diangkat seolah-solah sedang dihempap sesuatu. Pandangannya di alihkan ke sisi. Syahril yang lena tido tidak sedar akan isterinya. Dirani memanggil suaminya dengan perlahan.
“abang…abang…..” panggil Dirani.
Namun Syahril tidak sedikit pun membuka mata. Dirani meletakkan tangan kanannya pada bahu Syahril. Di goncang bahu itu dengan sedaya upayanya.
“abang…abang, bangunlah!” kata Dirani lagi.
Syahril terasa seperti ada orng yang bercakap segera membuka matanya. Dia terkejut melihat isterinya yang sudah sedar.
“sayang….sayang dah sedar?” soal Syahril memandang isterinya.
“hmmm…..Dira kat mana nie?” tanya Dirani kembali.
“sayang ada kat hospital!” jawab Syahril dengan ringkas.
“hospital?”
Tiba-tiba Dirani terasa sakit di bahagian perutnya. Dia cuba menyentuh perutnya dengan perlahan. Perutnya tidak lagi buncit. Dia memandang ke atas perutnya.
“baby…baby…abang, baby Dira mana?. abang cakaplah, baby Dira mana?” soal Dirani dengan tangisan.
“hisyyyy….hisyyyy...anak kita ada. Sayang jangan risau. Anak kita selamat, cuma jantungnya agak lemah.” Syahril menenangkan isterinya.
“Dira nak jumpa ngan anak kita.” ujar Dirani perlahan.
“sayang lemah lagi nie, nanti bila sayang dah ok abang bawak sayang jumpa ngan anak kita okey!” kata Syahril kepada Dirani.
Dirani tersenyum manis.
“anak kita comel tak?”
“emm…macam walidnya lah.”
“perasan.”
Syahril ketawa kecil. Jari-jemari Dirani dibawa ke mulutnya lalu dikucup lembut.
“sayang……”
“hmm……”
“abang ada sesuatu nak bagitahu kat sayang. Abang harap sayang tak cepat melatah ye,” kata Syahril. Dia agak risau kalau-kalau isterinya itu akan terkejut besar selepas mengetahui siapa sebenarnya Diana.
“abang nak cakap apa nie?. Anak Dira sihat kan?” soal Dirani dengan cemas.
“tak, bukan anak kita. Tapi………” kata-kata Syahril terhenti di situ.
“tapi apa bang?” tanya Dirani yang cuba bangun dari pembaringannya.
Syahril membantu isterinya untuk bangun. Bantal diletakkan di kepala katil.
 Dirani menyandarkan badannya pada bantal tersebut.
“sebenarnya orang yang cuba melanggar sayang ari tu adalah Diana. Dan dia jugak yang upah orang untuk rosakkan kereta sayang masa abang berada di Singapore dulu.” ujar Syahril dengan melihat wajah isterinya.
Dirani agak terkejut dengan penerangan daripada suaminya. Namun dia tidak cepat melatah.
“tapi, kenapa dia buat Dira macam tu. Apa salah Dira kat dia. Dira tak pernah ganggu hidup dia….”
“abang tau…sayang tak pernah ganggu hidup dia. Sebenarnya dia buat macam tu disebab kan dia cemburu dengan sayang. Dia marah sebab abang lebih cintakan sayang dari dia.” kata Syahril yang sudah duduk di atas katil bersama-sama dengan Dirani.
“mana abang tau semua nie?” tanya Dirani lagi.
“polis dah buat siasatan. Semuanya sudah selesai.”
“abang dah jumpa ngan Diana?” Abang tolong bawak Dira jumpa ngan Diana boleh?” pinta Dirani dengan memegang erat tangan Syahril.
“Diana dah meninggal sayang……..” ujar Syahril perlahan.
“meninggal?. bila?.” soal Dirani terkejut.
“hari yang sama semasa dia cuba melanggar sayang. Kereta yang dibawanya dengan laju tidak dapat dikawal lalu merempuh van yang datang dari arah hadapan.” Syahril menceritakan kepada Dirani.
“innalillahiwainnailaihirojiun…” ucap Dirani perlahan.
“abang, Dira lupa nak tanya abang…anak kita tu lelaki ke perempuan?” sambung Dirani lagi.
Syahril ketawa dengan pertanyaan isterinya.
“abang ingatkan sayang dah lupa nak tanya tadi. Kita dapat anak lelaki sayang, comel sangat-sangat.” ujar Syahril dengan senyuman di bibirnya.
“thanks sayang….I LOVE YOU.”
I LOVE YOU TOOO”……
EMPAT BULAN KEMUDIAN……………..
“tahniah Kim…Stacy.” ucap Syahril dengan gembira.
“terima kasih Ril…” balas Akim.
“Dirani, kenapa tak bawak anak kau sekali?” tanya Stacy kepada Dirani.
“ingatkan memang nak bawak tadi, tapi masa kita orang nak pergi tadi dia belum bangun lagi dari tido.” kata Dirani yang berada di sisi Syahril.
“laa…aku ingat dapatlah tengok dia kat sini.” ujar Stacy yang agak kecewa.
“kau datang je kat vila kami, bukan nya jauh pun dari rumah Akim nie haa….” balas Dirani sambil mencubit pipi teman rapatnya itu.
“sakitlah, kau nie selalu buat kat aku macam tu!” Stacy menjerit kecil apabila pipinya di cubit oleh Dirani.
“ololollolollo…sakit ye, mai sini biar abang gosokkan!” ujar Akim dengan ketawa.
“wahhhhh…romantiknya kau orang berdua.” Syahril mengusik Akim dan Stacy.
“mestilah…kita orang pun nak beromantik macam kau jugak.” balas Akim selamba.
“dah lah, kau tu memang asyik nak ikut aku je. Tapi kan, aku rasa kau tak boleh nak lawan ngan aku.” ujar Syahril kepada Akim.
“kenapa pulak?” soal Akim.
“sebab kau tak pandai nak tunjukkan sifat romantik kau kat Stacy. Tak macam aku!” kata Syahril yang dengan bersungguh-sungguh.
“mana kau tau aku tak boleh lawan ngan kau?” tanya Akim dengan geram.
“aku taulah….aku dah kenal ngan kau dah lama kawan. Kau tu mana reti nak tunjukkan sifat romantik kau.” ujar Syahril lagi.
Dirani dan Stacy masing-masing berpandangan.
“abang nie, takkan kat majlis nie pun nak cakap pasal tu jugak,” kata Dirani yang tadi hanya mendengar perbualan suaminya dengan Akim.
“entah Akim nie. Pasal tu pun nak bertekak!” balas Stacy dengan nada yang agak geram.
Syahril dan Akim ketawa besar.
“haa…yang abang tetiba ketawa nie kenapa pulak?” soal Dirani hairan.
“abang gurau jelah ngan Akim nie. Dah lama abang tak usik si Akim nie,” kata Syahril lalu menarik rapat isterinya.
“yelah nak usik. Kesian kat Stacy nie. Tengok kan dah merah muka dia.” ujar Dirani sambil mencubit pinggang Syahril.
“aduh….tangan sayang nie kan dah macam ketam.” kata Syahril seraya menggosok pinggangnya yang sakit.
“dah tu, sape suruh abang usik Akim ngan Stacy macam tu, kan dah kena cubit ngan tangan ‘ketam’ nie!” balas Dirani dengan ketawa.
“hehehehe….kesian kat kau Ril, dah kena cubit ngan bini kau tu,” Akim ketawa melihat Syahril dan Dirani.
“alahh Kim, sayang aku nie memang macam nie. Kau tengoklah lepas nie, mesti nak bermanja-manja ngan aku. Dah ada anak pun masih nak bermanja ngan aku lagi,”
“abangggg……..” panggil Dirani dengan kuat.
“ye sayanggg……!” Syahril mengusik isterinya lagi.
“geram betul Dira ngan abang nie!” ujar Dirani dengan memuncungkan mulutnya.
Syahril mengucup lembut pipi Dirani. Akim dan Stacy tersenyum melihat perangai Syahril yang romantik itu. Dirani tertunduk malu apabila Syahril berbuat begitu.
I LOVE YOU SO MUCH sayang…..” ucap Syahril ikhlas di telinga Dirani.
Dirani memandang wajah suaminya.
I LOVE YOU TOO sayang…..” balas Dirani dengan perlahan.
Terima kasih, TUHAN-ku! Kekalkanlah kebahagiaan ini di antara kami MEGAT SYAHRIL ARFANKHADEEJA DIRANI dan MEGAT SYAHMI IKHWAN. Doa Dirani sambil menerapkan senyuman manis. Penuh kebahagiaan yang tersirat.