AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Isnin, 23 Mei 2011

BILA HATI BERBICARA - BAB 21

BAB 21
Pagi yang cerah, Dirani membuka matanya. Sakitnya terasa kurang sedikit. Dia melihat sekitar ruang biliknya. Mencari seseorang yang sangat di rindui. Namun, tidak ada sesiapa pun dalam bilik kecuali dia. Dirani cuba untuk bangun, dengan perlahan dia menyandar badannya pada hujung katil. Tekaknya terasa haus, dia cuba mencapai botol mineral di atas almari kecil berhampiran katilnya. Tiba-tiba pintu biliknya dibuka. Syahril bergegas ke tempat Dirani apabila melihat isterinya hendak mencapai botol air mineral. Pakaiannya sudah bersalin dengan yang baru. Pagi-pagi lagi selepas subuh,dia balik ke vila untuk menukar pakaian.
“sayang….tunggu, biar abang yang ambilkan,” Syahril mematikan perbuatan Dirani.
Syahril mengambil botol yang berisi air dan menuangkannya ke dalam gelas. Dia kemudiannya menyuakan gelas itu ke mulut isterinya. Dirani membuka sedikit mulutnya untuk meminum air bagi menghilangkan rasa haus.
“nak lagi?” soal Syahril.
Dirani menggelengkan kepalanya.
“abang pergi mana?” soal Dirani pada Syahril.
“abang ada kat luar, malas nak kacau sayang tengah tido tadi,” jawab Syahril ringkas.
Dirani menurunkan kakinya ke bawah.
“sayang nak pergi mana nie?” soal Syahril apabila melihat Dirani cuba untuk berjalan.
“hmmm….Dira nak pergi bilik air jap,” jawab Dirani seakan malu.
“dah, biar abang yang tolong,” kata Syahril.
“tak payahlah, Dira boleh jalan sendiri,” balas Dirani menolak  pertolongan suaminya.
Syahril melihat isterinya. Kesian melihat isterinya yang cuba berjalan menuju ke arah bilik air.
“ouch….!” terlepas kata-kata itu dari mulut Dirani.
“sayang ok ke?” soal Syahril apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut isterinya.
“hmmm…..” seperti biasa. Ringkas jawapan yang diberikan Dirani.
Syahril sudah masak benar dengan perangai isterinya. Berpura-pura baik dan sihat sedangkan diri sedang menahan kesakitan. Syahril menuju ke bilik air. Lampu bilik air di pasang. Dirani kehairanan melihat suaminya.
Kita yang nak pergi tandas, dia pulak yang masuk dulu! Dirani mengomel di dalam hati.
Syahril kemudian mendapatkan isterinya yang berada di tepi katil.
“selain sakit kat tangan, kaki dengan muka, ada lagi tak tempat lain yang sakit?” Syahril bertanya Dirani.
Dirani hairan dengan soalan yang ditanya oleh suaminya. Apa pulak kaitannya dengan hajatku untuk ke tandas.
“tempat lain tak sakit,” jawab Dirani selamba.
Setelah mendengar jawapan daripada isterinya, Syahril terus mencempung Dirani menuju ke bilik air.
Dirani yang terkejut dengan perbuatan suaminya, hanya mendiamkan diri. Dia tidak sangka Syahril sanggup berbuat begitu padanya.
Dirani diletakkan di atas mangkuk tandas. Sebelum Syahril melangkah keluar, sempat lagi dia mengusik isterinya.
“nak suruh abang tunggu kat dalam atau………….kat luar?” kata Syahril sambil melontarkan senyuman nakal.
Dirani tidak menjawab, sebaliknya Syahril terus keluar. Walaupun Syahril telah menjadi suaminya, perasaan malu masih ada di dalam diri.
Setelah mendengar Dirani memanggilnya, Syahril datang sekali menghulurkan bantuan yang sama. Dirani diangkat perlahan menuju ke katil.
Dirani duduk di atas katil mengadap Syahril yang berada di atas kerusi di tepi katilnya. Belum pun sempat dia berbual-bual dengan suaminya, tiba-tiba pintu biliknya di ketuk dari luar. Dirani mengambil tudung di tepinya lalu menyarungkan di kepala.Setelah pintu dibuka, dia melihat kawan baiknya di syarikat iaitu Stacy dan Akim datang dengan membawa sebakul buah-buahan.
“hai, Dirani….” ucap Stacy sambil memeluk Dirani dengan erat.
“hai….” balas Dirani dengan lembut.
Akim bergerak ke tempat Syahril yang sudah berada di sofa dalam bilik itu. Manakalanya kerusi yang diduduki nya tadi telah diambil alih oleh Stacy.
“sori bha, baru dapat lawat kau ari nie,” kata Stacy.
“tkpe, aku tak marah pun,” balas Dirani ikhlas.
“kau camner sekarang, dh rasa ok sikit?” soal Stacy.
“hmm…aku dah ok sikit,” jawab Dirani dengan senyuman dibibir.
“Syahril, kau tak buat laporan polis ke?” soal Akim tiba-tiba pada Syahril yang berada disebelahnya.
“aku dh suruh polis siasat tentang kemalangan tu. Dua tiga hari lagi mungkin aku ke balai polis lagi,” jawab Syahril.
“lama ke kau cuti nie?” Akim bertanya pada Syahril.
“lama tu tak jugak, tapi biarlah Dira sembuh dulu, baru aku masuk pejabat,” ujar Syahril.
“En. Syahril, bila Dirani boleh keluar dari hospital?” soal Stacy pada Syahril yang berada di sofa.
“sehari dua lagi. Kata doktor yang merawat Dira, biarlah dia duduk kat sini dulu. Bimbang kalau ada apa-apa yang berlaku kalau dia balik kat rumah tu nanti,” jawab Syahril dengan panjang lebar.
“oooo….” balas Stacy ringkas.
“hah! Akim, cmner ngan kerja kat pejabat tu?” soal Syahril pada teman nya.
“yang tu kau jangan risau, aku dah uruskan semuanya. Kerja kau pun aku dah handle kan sekali. Cuma ada beberapa dokumen yang perlu kau sain nanti,” kata Akim memberitahu kepada Syahril.
“kalau macam tu oklah, buat masa nie aku serahkan hal syarikat kat kau,” ujar Syahril. Dia percaya akan kebolehan temannya itu.
Setelah sejam berada di dalam bilik itu, Akim dan Stacy meminta diri untuk pulang ke pejabat.
……………………
Setelah seminggu berada di hospital, akhirnya Dirani pulang ke rumah ibu mentuanya. Syahril membaringkan isterinya di atas katil di dalam bilik. Datin Jasmine menyediakan makanan berkhasiat buat menantunya. Syahril setia menemani isterinya di dalam bilik.
“sayang nak apa-apa tak?” soal Syahril.
Dirani menggelengkan kepalanya.
“kalau sayang nak apa-apa, gtau kat abang k,” pinta Syahril.
“hmmm…abang, Dira nak tido kejap,” Dirani memberirtahu Syahril.
“yelah,” jawab Syahril sambil tangannya menarik kain selimut dan menyelimuti tubuh isterinya.
Setelah Dirani lena, Syahril turun ke bawah, dan terus menuju ke dapur. Kelihatan Datin Jasmine turut berada di dapur.
“mama buat apa kt dapur nie?” soal Syahril.
“mama masakkan bubur untuk Dirani. Hah! yang kamu turun nie, sape yang jaga Dirani kat atas?” soal Datin Jasmine pada anak lelakinya.
“Dira dah tido mama, letih sangat kot. Syahril turun nie pun sebab nak minum air, dahaga,” jawab Syahril.
“elok jugak kamu turun, kejap lagi kamu tolong bawakkan bubur nie kat atas. Bagi bubur nie kat Dirani, kesian dia. Tentu dia lapar,” pinta Datin Jasmine.
“hmmm…yelah. Aishah ngan Mia mana ma?” soal Syahril.
“Aishah bawak Mia keluar, katanya nak pergi rumah kawan sekelas dia,” Datin Jasmine memberitahu Syahril.
Setengah jam kemudian Syahril kembali ke biliknya dengan membawa dulang berisi semangkuk bubur nasi dan segelas air suam. Dirani masih lagi lena tido. Syahril menghampiri isterinya dan mengejutkan Dirani dari tido.
“sayang.....sayang…..”Syahril menggoyangkan badan Dirani beberapa kali.
Dirani membuka matanya dengan perlahan.
“sayang, bangun dulu. Sayang belum makan lagi,” pinta Syahril seraya membantu Dirani bangun dari baringnya.
Syahril membantu isterinya untuk bangun.
“abang, Dira nak pergi bilik air, nak basuh muka dulu,” kata Dirani pada Syahril.
“sayang tak payah pergi mana-mana, duduk je atas katil nie,” ujar Syahril.
Syahril kemudiannya ke bilik air. Tidak lama kemudian dia keluar dengan membawa bekas air dan tuala kecil. Dia merendamkan tuala dalam bekas air lalu memerahkan hingga kering. Kemudian Syahril mengelapkan muka Dirani dengan lembut. Ini kerana kesan luka pada wajah isterinya masih belum hilang sepenuhnya.
“abang nie, Dira bukannya budak-budak lagi. Tak payah lah susahkan diri abang buat semua nie,” luah Dirani.
“memanglah sayang bukan budak-budak lagi. Tapi sayangkan tengah sakit sekarang nie, apa salahnya kalau abang buat semua nie untuk sayang,” ujar Syahril dengan ikhlas.
Dirani hanya tersenyum mendengar kata-kata yang keluar dari mulut suaminya.
“sayang makan dulu ye, mama dah masakkan bubur untuk sayang,” ujar Syahril sambil mengambil mangkuk yang berisi bubur di atas meja kecil tepi katilnya.
Syahril membantu isterinya. Bar u 3 mulut Dirani makan, dia sudah menyuruh Syahril berhenti dari menyuapkannya.
“hmmm…dahlah bang, Dira dah kenyang,” kata Dirani.
“tapikan sayang, bubur nie belum habis lagi sayang makan. Takkan dah kenyang?” soal Syahril.
“tkpelah, abang letak je bubur tu kat situ. Nanti kalau Dira nak makan, Dira ambik sendiri,” jawab Dirani.
“yelah-yelah,” balas Syahril sambil tangannya mengambil gelas yang berisi air susu dan menghulurkan pada Dirani.
Dirani menyambut gelas dari tangan suaminya dan meminumnya. Dia kemudian kembali berbaring di atas katil. Syahril masih setia menemani isterinya sambil berbaring di sebelah Dirani.

BILA HATI BERBICARA - BAB 20

BAB 20
Sudah 2 hari Syahril berada di bandar Singapore. 2 hari juga Dirani merindukan suami yang jauh darinya. Namun Dirani hanya bersabar menanti kepulangan suami yang dikahwini atas pilihan keluarnya. Akan tetapi dia tetap cuba mencintai dan menyayangi suaminya dengan seikhlas hati. Kata-kata cinta buat suaminya masih belum terucap dari bibirnya. Sekadar perasaan sayang yang telah w ujud dalam diri untuk suaminya. Dia meneruskan kerja di pejabat seperti biasa. Dia juga terpaksa menghandle kerja-kerja yang dilakukan oleh Syahril sementara Syahril berada di Singapore untuk menyelesaikan perbincangan mengenai projek yang dihandle oleh syarikat milik mentuanya.
Setelah 9 jam menjalankan tugas, Dirani memandu laju keretanya menghala ke rumah. Penat di tempat kerja seakan ingin dihamburkan di atas tilam empuk. Pemanduannya petang ini ditemani oleh celoteh DJ yang bertugas. Kedengaran Linda Onn rancak memberikan trafik kepada pendengar. Alunan muzik yang kedengaran dijadikan halwa telinga.
Dirani dapat merasakan kelainan dalam pemanduannya hari ini. Perjalanannya seperti diekori oleh sebuah kereta. Dari pejabat lagi Dirani meyedari akan perkara ini. Pada mulanya Dirani hanya menyangka ia secara kebetulan, tetapi bila Dirani memberhentikan kereta di bahu jalan dan kereta tersebut turut berbuat demikian, ia sudah cukup memberikan andaian yang hampir tepat. Jarak antara kereta Dirani dan kereta itu juga bertambah dekat. Dirani mula melajukan pemanduan.
Bila kereta Dirani pantas memecut, Dirani hilang kawalan untuk berhenti. Pedal brek di tekan berkali-kali tetapi tiada tanda mahu berhenti. Brek tangan ditarik, juga tidak menampakkan hasil. Dirani buntu. Mulut Dirani terkumat-kamit berdoa.
Dirani terbabas ke bahu jalan setelah melanggar dengan sebatang pokok saga yang besar. Dirani hanya melihat asap yang banyak keluar dari enjin keretanya. Penglihatan Dirani mula kabur dan dia tidak menyedari lagi apa yang terjadi selepas itu.
……………….
Kepala Dirani terasa pening. Berdenyut-denyut yang teramat sangat. Walaupun terasa sedikit sakit di bahagian muka, kelopak matanya tetap dibuka. Pandangan Dirani masih kelam. Kabur sekali penglihatannya. Dirani seperti tidak boleh nampak sebarang imej mahu pun objek dihadapannya.
Tangan dan kepala yang terasa sakit cuba ditahan. Hampir seluruh tubuh badannya terasa sakit bercampul sengal. Beberapa minit kemudian setelah dicuba berulang kali, barulah Dirani dapat melihat dengan jelas.
Kelihatan wajah risau ibu mentua, ibu, kak Farina yang tengah berbadan dua dan juga abang Aliff terbentuk di pandangan mata. Dirani seperi mencari-cari seseorang. Tetapi sayang, orang yang dicari tiada di hadapan mata. Syahril tidak kelihatan langsung di ruang bilik itu. Dirani sedih.
Dirani melihat tangan kanannya berbalut. Rasa perit dirasakan kini. Dirani cuba menyentuhnya lembut. Bahagian kulit tidak dirasai langsung, Cuma plaster yang terlekat di situ. Dirani cuba mengingati semula apa yang telah terjadi, namun dia gagal. Dirani bertanya kepada ibu dan mamanya. Ingin sekali Dirani mengetahui punca dirinya merasai kesakitan ini.
Datin Jasmine dan ibunya tidak memberikan sebarang jawapan, sebaliknya hanya menitiskan air mata. Sementara itu Aliff suami Farina dengan tenang memulakan cerita.
“Dirani kemalangan,” perlahan-lahan Aliff menuturkannya.
Dirani memandang kea rah Aliff. Dia tertanya-tanya.
“bila?” tanya Dirani ingin tahu.
“petang semalam, masa balik kerja,” Aliff memberitahu.
“punca?” Dirani masih bertanya walaupun dirinya sedang menahan kesakitan.
“brek tidak berfungsi,” ringkas jawapan Aliff.
Dirani mula teringat akan kejadian itu. Betapa cemasnya dia apabila pedal brek tidak member sebarang tindak balas. Entah mengapa, kata-kata yang berundur ancaman daripada Diana semasa di syarikat tempoh hari timbul semula difikirannya. Tetapi dia tidak mahu menuduh tanpa usul periksa.
Terasa rindu kepada suami datang menerpa. Sihat kah dia? Sudah makankah dia? Dimana suaminya pada waktu aku betul-betul memerlukannya. Dirani menoleh ke arah Datin Jasmine dan bertanya akan anak lelakinya. Walaupun dalam keadaan sebak, Dirani masih dapat menangkap kata-kata yang keluar dari mulu mentuanya.
“Syahril masih di Singapore. Mesyuarat habis minggu depan,” Datin Jasmine memberitahu.
Hati Dirani pilu sendiri. Bukan esok dapat berjumpa dengan suaminya, tetapi seminggu………….
Dirani menghargai mama, ibu, kak Farina, dan abang Aliff  yang sudi menemankannya di hospital. Dirani tahu, pasti mereka tidak cukup tidur kerana menjaganya di hospital. Dirani meminta mereka balik ke rumah untuk berehat.
Diana yang mendengar berita kemalangan Dirani daripada orang suruhan Hafiz ketawa sepuas-puasnya.
“hahahaha….padam muka kau Dirani. Tu baru sikit aku buat, jangan ingat senang-senang je kau dapat si Syahril tu,” ketawa Diana memenuhi ruang rumahnya.
Hafiz sekadar melihat wajah Diana yang penuh dengan dendam. Sesekali dia menyesal kerana membantu Diana dalam rancangannya untuk memusnahkan kebahagiaan rumah tangga mereka.
Kantin hospital lengang. Datin Jasmine dan Rozita masih duduk di meja yang bernombor 2. Nyata mereka berdua risau dengan keadaan Dirani yang terlantar di hospital.
Mereka tidak boleh meninggalkan Dirani keseorangan. Dirani masih memerlukan bantuan mereka. Walaupun Dirani menyuruh mereka balik berehat, mereka tetap berdegil untuk menjaga Dirani.
“aku tahu kau sedih dengan nasib yang menimpa Dirani, tapi kau kena kuat. Aku kenal ngan anak aku, dia tidak mudah mengalah,” kata Rozita kepada besannya.
“tapi, aku sedih mengingatkan kejadian yang menimpa dirinya, Zita. Tambahan pulak Syahril masih lagi di Singapore. Aku tau dia pasti sedih bila aku bagitahu Syahril masih lagi berada di sana,” luah Datin Jasmine.
“kau baliklah dulu, anak-anak kau kat rumah tu tentu tengah tunggu kau,” pinta Rozita.
“tkpelah, Zita. Aku nak tunggu Dirani sampai Syahril datang,” ujar Datin Jasmine.
“tapi Syahrilkan masih lagi bermesyuarat di sana. Kita pun tak tau bila dia nak balik kat sini. Kau baliklah dulu,” balas Rozita.
Datin Jasmine tidak membantah, sebaliknya mengikut sahaja cadangan Rozita.
Rozita kembali ke bilik Dirani. Dia melihat puterinya sedang lena beradu. Rozita tidak mahu mengganggu tidur anaknya malam ini. Rozita hanya ke katil membetulkan lipatan selimut Dirani. Rozita kemudiannya merehatkan diri di sofa yang disediakan si sudut bilik. Masa yang ada diisi dengan membaca majalah yang ada disitu.
Hari ini Rozita tidak langsung menjejakkan kakinya ke restoran. Hilang tumpuannya pada restoran setelah menerima panggilan dari hospital senja semalam. Rozita meminta pekerja yang dipercayainya untuk menguruskan restoran. Dirani tetap diberi keutamaan dalam segala hal.
Mengingatkan diri belum menunaikan kewajipan kepada Yang Esa. Rozita ke bilik air untuk berwuduk. Selesai mengerjakan solat isyak, Rozita duduk disisi katil anaknya. Dia memandang tepat wajah Dirani yang masih belum terjaga. Wajah puterinya diamati. Wajah puterinya yang mirip wajah suaminya kelihatan pucat lesi. Bayangan suaminya datang menerpa. Dia terlalu rindu kepada arwah suaminya. Tanpa disedari, air matanya bergenang di kelopak mata. Abang, Zita terlalu rindukan abang. Rozita menyeka air mata apabila mendengar pintu bilik dikuak.
Megat Syahril Arfan yang masih berkemeja tergesa-gesa melangkah ke dalam bilik. Tangan Rozita disalam. Syahril memandang isterinya yang sedang nyenyak tido.
“ibu, kenapa dengan isteri Syahril?” tanya Syahril cemas.
“bila Syahril sampai?” tanya Rozita setelah bersalaman dengan menantunya.
“baru aja, ibu,” balas Syahril.
“meeting dah habis ke?” tanya Rozita.
“sepatutnya minggu depan baru habis meeting, tapi bila Akim bagitau Dirani kemalangan, Syahril terus booked tiket balik sini,” Syahril memberitahu ibu mentuanya.
Tiada lagi soalan yang lahir dari mulut kedua-duanya. Rozita berundur ke sofa. Dia mahu memberi peluang kepada Syahril melihat isterinya.
Syahril sedih melihat wajah isterinya yang bertampal plaster. Tangan kanan Dirani yang berbalut juga dipandang dengan seribu satu macam perasaan yang bergolak. Syahril memandang wajah isterinya tanpa kata. Renungan bersalah lahir pada wajahnya. Terlalu rindu dia pada isterinya. Jari-jemari kiri Dirani digenggam erat lantas diciumnya. Seandainya ciuman seorang lelaki bergelar suami boleh menyembuhkan sakit yang dialami oleh seorang isteri, dia pasti akan melakukannya.
Syahril menuju ke tempat ibu mentuanya yang berada di kerusi sofa. Dia ingin mengetahui cerita sebenar daripada ibu mentuanya.
Rozita menceritakan apa yang diketahuinya. Nyata Syahril terkejut dengan cerita yang di sampaikan oleh ibu mentuanya.
Syahril menghantar Rozita ke muka pintu. Syahril meminta ibu mentuanya balik dan berehat di rumah sahaja. Syahril tau ibu mentuanya pasti penat menjaga Dirani seharian.
Syaril kembali ke tempat isterinya. Dia duduk di atas kerusi yang telah disediakan. Lengan kemeja dilipat hingga ke paras lengan.
Rambut Dirani dielus lembut. Dahi isterinya dikucup mesra. Macam mana lah keadaan isterinya? Masih takut lagi ke? Syahril mengambil botol mineral yang terdapat di sebelah katil isterinya. Tekaknya terasa haus pulak.
Setelah selesai dia kembali merenung wajah pucat milik isterinya. Sungguh dia tidak menyangka akan mendengar berita itu daripada Akim. Dia kesal kerana membiarkan isterinya keseorangan. Syahril lantas mengingatkan kata-kata isterinya sebelum dia hendak berangkat ke Singapore. Dia meraut mukanya dengan telapak tangannya. Kesal kerana tidak membalas ucapan sayang yang terbit dari mulut isterinya.
Mungkin kerana genggaman tangan Syahril yang terlalu erat, Dirani terjaga dari tido. Syahril memandang wajah isterinya tanpa kelip.
Dirani yang baru membuka kelopak mata terkejut melihat wajah Syahril yang berada di sisinya. Dia cuba untuk bangun, tetapi gagal kerana kesakitan yang dialaminya kembali lagi. Syahril yang melihat keadaan Dirani segera membantu isterinya untuk bangun dan menyandarkan badan isterinya pada bantal yang dikepala katilnya.
Dirani  tidak berkata-kata apa, hanya memandang suami yang dirinduinya. Air mata mengalir perlahan di pipinya. Syahril bangun dan duduk di atas katil Dirani dan memeluk isterinya dengan lembut. Dirani menangis di bahu Syahril. Semakin lama tangisannya semakin jelas kedengaran di telinga Syahril.
“shhhhh…abang dah ada depan mata sayang nie,” kata Syahril sambil menggosok belakang badan isterinya.
“Dira takut…..” luah Dirani perlahan sambil air matanya laju mengalir.
“abang tahu, abang janji takkan tinggalkan sayang lagi, ok” ujar Syahril yang masih lagi memujuk isterinya supaya berhenti menangis.
Dirani mengangguk lembut, dia kembali melihat wajah Syahril. Rasa rindu terubat dengan kepulangan suaminya. Walaupun rasa cintanya pada Syahril masih belum ada, tetapi dia tetap menyayangi Syahril denagn sepenuhnya. Tangisannya berhenti, Dirani mengukirkan senyuman buat Syahril walaupun sakit. Syahril menyentuh wajah pucat isterinya dengan lembut.
“sayang tido dulu ye,” pinta Syahril pada Dirani.
“tapi Dira nak tengok abang, Dira nak borak ngan abang,” balas Dirani lembut.
“esokkan sayang boleh tengok abang lagi, boleh borak ngan abang. Sekarang nie sayang kena rehat, sayangkan sakit lagi,” Syahril memberitahu pada Dirani.
“abang temankan Dira kat sini ye,” pinta Dirani pada suaminya.
“ye, abang akan temankan sayang tido kat sini,” jawab Syahril.
“abang dah makan?” soal Dirani pada Syahril.
“dah, abang dah makan tadi. Sayang tidolah, tak payah risaukan pasal abang,” balas Syahril dengan melihat wajah isterinya.
Syahril membantu isterinya berbaring. Dia menarik kain selimut dihujung kaki Dirani dan menyelimutkan tubuh isterinya. Syahril kembali duduk di atas kerusi disebelah katil Dirani. Dirani dengan sendiri mencapai tangan kanan suaminya. Jari jemari itu menjadi bantal malam ini. Kali pertama Dirani melakukan perkara sedemikian.
Syahril hanya membiarkannya sahaja. Dia dan isterinya tertidur setelah mengucapkan selamat malam.




BILA HATI BERBICARA - BAB 19

BAB 19
Berita tentang Diana yang menyerang Dirani sampai kepada pengetahuan Datin Jasmine. Datin Jasmine kelihatan begitu marah apabila mengetahui perkara itu. Walaupun dia tidak bekerja di syarikat itu, tetapi dia selalu mengambil tahu akan perkara yang berlaku di syarikat milik arwah suaminya. Kebetulan waktu tengah hari itu dia menghubungi syarikat milik arwah. Lisa sebagai personal assistant anaknya menjawab panggilan telefon pada masa itu. Dari situlah dia mendapat tau mengenai Diana yang membuat kecoh di pejabat anaknya.
Syahril dan Dirani baru pulang dari pejabat. Setelah membersihkan diri dan mengerjakan solat, mereka turun ke bawah. Datin Jasmine yang baru keluar dari dapur terus menuju ke tempat anak dan menantunya duduk.  Sebenarnya ada perkara yang ingin ditanya kepada Syahril.
“Syahril….Dirani…” panggil Datin Jasmine.
“ye, mama…” jawab Syahril dan Dirani serentak.
“hmm…mama dengar Diana buat kecoh kat syarikat, betul ke?” soal Datin Jasmine.
“mana mama tahu pasal hal nie?” soal Syahril sebelum dia menjawab soalan daripada mamanya. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu merisaukan mamanya tentang perkara nie.
“tadi mama ada telefon kat pejabat kamu, kebetulan Lisa yang jawab panggilan mama. Dialah yang bagitahu kat mama tentang perkara nie. Menantu mama pun hampir nak kena dengan penampar si Diana tu, betul kan?.” tanya Datin Jasmine lagi.
Syahril dan Dirani berpandangan…
“hmmm…betul tu mama. Mujur Syahril sempat, kalau tak tentu pipi Dira dah merah kena penampar dia,” jawab Syahril.
“apa nak jadi ngan Diana tu, tak habis-habis nak buat hal. Dulu di majlis perkahwinan kamu berdua. Tulah, dari dulu lagi mama tak suka kamu berkawan ngan Diana. Tengok, apa dah jadi sekarang,” luah Datin Jasmine.
“dahlah, mama…lagi pun Dirani tak apa-apa,” balas Dirani supaya mamanya dapat bertenang.
“mama bukan apa Dirani, mama tak nak kamu disakiti lagi dengan budak Diana tu,” kata Datin Jasmine.
“mama, tkpelah, benda dah nak jadi. Lagi pun nasib baik abang ada kat pejabat tadi,” balas Dirani dengan lembut sambil menggenggam tangan ibu mentuanya.
Datin tidak membalas. Hanya merenung sahaja wajah polos menantunya. Dia bersyukur sangat dapat menantu seperti Dirani.
…………………………..
Pintu bilik Syahril di ketuk beberapa kali. Setelah mendapat arahan untuk masuk, Akim memboloskan dirinya  ke dalam bilik Syahril. Tanpa sempat untuk duduk, dia terus bertanya kan tentang kejadian yang berlaku semalam.
“apa nie Syahril?. aku dengar pasal Diana buat kecoh kat ofis semalam?” soal Akim dengan tiba-tiba.
“kot ye pun, kau duduklah dulu. Barulah aku boleh cerita kat kau,” kata Syahril.
“yelah-yelah…” sambil duduk berhadapan dengan Syahril.
“macam mana kau tau nie?” soal Syahril apabila melihat Akim yang sudah duduk di kerusi.
“alah Ril, dah heboh satu ofis pasal Diana serang bini kau tu,” jawab Akim.
“hmmm…ntahlah Kim, susah aku nak cakap. Tak sangka Diana sanggup buat macam tu kat Dira. Nasib baik aku sempat halang, kalau tak….”
“kalau tak apa? soal Akim tidak sabar.
“kalau tak, dah tentu Dira dah kena penampar dia semalam,’ jawab Syahril.
“kau tak boleh biarkan perkara nie Ril, kau kena buat laporan polis. Tak pasal-pasal dia ganggu kau dan Dira lagi lepas nie. Orang macam Diana tu bukannya boleh percaya sangat,” ujar Akim.
“nie yang buat aku susah hati nie Kim. Kau kan tahu esok aku kena outstation kt Singapore, nak selesaikan projek kita kat sana. Kalau sehari dua tkpelah, nie aku kena duk sana sampai selesai perbincangan tu. Aku tak sanggup nak tinggalkan dia lama-lama,” luah Syahril.
“hmm..apa kata kau bincang ngan Dira pasal nie. Kau ajak dia join sekali perbincanagn tentang projek nie kat sana. Tkdelah kau risau sangat nak tinggalkan dia kt sini,” Akim memberikan cadangan kepada Syahril.
“aku dah cakap ngan bini aku tu, tapi dia tak nak ikut. Risau takut kerja-kerja kat pejabat nie tertangguh,” kata Syahril.
“ntahlah Ril, kalau dah tu kata dia, kau ikut jelah. Harap-harap dia tkde apa-apalah. Lagipun kan mama ngan ibu mentua kau ada, diorang mesti akan jaga Dira,” ujar Akim supaya dapat menghilangkan rasa bimbang dihati Syahril.
“aku harap macam tulah. Aku tak sanggup nak kehilangan Dira,” luah Syahril dengan perlahan.
“dahlah, sape yang hantar kau ke airport pagi esok?” soal Akim.
“sape lagi, bini akulah. Aku ingat nak suruh Azrul je hantar aku pergi airport, tapi dia sibuk-sibuk nak hantar aku kat sana,” balas Syahril.
“biarlah dia nak hantar kau. Dia pun nak bermanja jugak dengan suaminya yang sorang nie,” kata Akim dengan senyuman dibibirnya.
“pandailah kau. Nanti kau suruh Stacy tolong tengok-tengok bini aku tu, kesian dia sorang-sorang masa aku takde nanti,” pinta Syahril kepada Akim.
“kau jangan risaulah, aku ngan Stacy kan ada. Kita orang akan tengokkan dia,” jawab Akim.
Berlainan pula dengan Diana. Dia sudah pun merancang sesuatu. Hanya menunggu masa yang sesuai untuk menjalankan rancangannya. Dia sudah tau tentang Syahril yang akan Singapore, dengan mudah dia dapat menyelesaikan tugasnya.
“kau nie Diana gila ke apa?” tanya Hafiz.
“kenapa pulak?”
yelah, kau sebenarnya berdendam ngan siapa?” tanya Hafiz. Nyata dia tidak faham dengan tindakan temannya itu.
“Puan Khadeeja Dirani Binti Fahrin Ahmad!” kata Diana.
“aku sanggup habiskan berapa banyak duit sekalipun, asalkan impian aku tercapai!” Diana menyambung kata.
 “Diana, setinggi gunung pun harta kau, kalau ditarah tiap-tiap hari licin jugak!” Hafiz mengingatkan.
“eh, Fiz! Kau tak rasa apa yang aku rasa. Kau tak pernah jadi macam aku!”
“lupakanlah perkara tu, Diana. Kau cari je lelaki yang lain, banyak lagi kat luar sana….” Hafiz masih menasihati temannya.
“Hafiz, kau ingat senang ke nak dapat lelaki macam si Syahril tu, payah Fiz,” ujar Diana.
“Diana, aku nak tengok kau happy,” Hafiz masih lagi menasihati.
“kalau kau nak tengok aku happy, kau tolong aku carikan orang untuk lancarkan rancangan aku aku nie,” kata Diana tegas.
“aku tak kisah kalau tido kat lokap sekali pun, asalkan dendam aku berbalas.” Diana menyambung lagi kata-katanya.
“kau nie Diana, dendam sikit-sikit sudahlah. Ini tak, dendam kau dah tahap kronik tau!”
“alah, kau cakap senanglah. Cuba kau rasa apa yang aku rasa. Kau tak tahu betapa malunya aku dihalau macam tu je dari syarikat dia. Perempuan tu pulak senang-senang nak sakitkan hati aku depan staf-staf dia kat pejabat tu….”lancar sekali Diana bercerita.
“ah, yang dah lepas biarlah lepas….” Hafiz cuba memujuk temannya.
“mana boleh, selagi dendam aku tak berbalas, aku takkan duduk diam. Kalau Syahril aku tak dapat, perempuan tu pun takkan lama dapat hidup ngan Syahril. Fiz, aku nak kau rancang kemalangan pada Dirani. Tapi ingat, kemalangan yang bukan membawa maut! Aku puas bila tengok dia terseksa. Dia akan mati dalam tekanan. Pastikan juga masa kemalangan tu nanti si Syahril, suami kesayangan perempuan tu takde di KL” Diana memberi arahan kepada Hafiz. Matanya bersinar dendam.
Dirani memasukkan beberapa helai pakaian milik Syahril ke dalam beg. Ini kerana Syahril terpaksa ke Singapore untuk beberapa hari bagi menyelesaikan tugasnya di sana. Selesai memasukkan pakaian Syahril, Dirani bergerak menuju ke tempat suaminya.
“abang, Dira dah kemaskan semua pakaian dalam beg tu,” kata Dirani dengan lembut.
“sayang betul-betul tak nak ikut abang pergi sana?” soal Syahril pada isterinya.
“tkpelah, bang. Lagi pun kerja Dira banyak lagi yang tak siap kat ofis tu,” balas Dirani menolak sekali lagi ajakan suaminya yang mahu dia ikut sama ke sana.
“abang risau sangat nak tinggalkan sayang sorang-sorang kat sini. Abang takut Diana kacau sayang lagi,” ujar Syahril dengan perasaan bimbang.
“alahh…mama ngan ibu kan ada. Aishah, Mia, mak, Salmah, kak Farina dan abang Alif  pun boleh tengok-tengokkan Dira. Abang tak payah lah nak risaukan Dira. Abang siapkan kerja abang kat sana cepat, pastu baliklah sini.” Kata Dirani sambil menggenggam tangan suaminya.
“oklah, tapi sayang kena janji ngan abang. Kalau ada apa-apa sayang terus call abang ye,” pinta Syahril pada Dirani.
“ok, Dira janji. Abang pun kena janji ngan Dira jaga diri baik-baik kat sana. Jangan cuba-cuba nak pandang wanita lain kat sana k?” pinta Dirani kepada Syahril.
“abang janji sayang, abang takkan pandang wanita lain kat sana tu. Tapi kalau diorang yang pandang abang, abang tak boleh nak elak,” jawab Syahril dengan ketawa mendengar permintaan dari isterinya.
Dirani ikut ketawa mendengar jawapan dari Syahril.
“dahlah, abang pergilah masuk tido. Esok awal-awal pagi abang dah bertolak pergi Singapore,” kata Dirani menyuruh suaminya masuk tido.
“hmm…kejap lagi lah. Abang nak berbual-bual dulu ngan sayang. Lagi pun abang tak puas lagi tengok isteri abang nie,” luah Syahril.
“tapi kalau abang terlewat esok, jangan salahkan Dira pulak tau,” ujar Dirani pada Syahril.
“hehehe…takkanlah abang nak salahkan isteri abang nie,” kata Syahril sambil menarik hidung milik Dirani.
“adooiiiii! sakit lah bang. Nape abang suka tarik hidung Dira nie?” soal Dirani seraya menggosok hidungnya.
“sebab abang suka tengok hidung sayang,” kata Syahril.
“abang suka tengok hidung Dira?” soal Dirani.
“hmmm…abang suka tengok hidung sayang….”
 “Dira suka mata abang yang coklat tu,” balas Dirani.
“ooo….sayang suka mata abang yang coklat,” ajuk Syahril.
“hmm…Dira suka betul,” balas Dirani.
“abang suka tengok kening sayang,” kata Syahril.
 “abang suka tengok kening Dira?.”
“hmm..abang suka kening sayang.”
“Dira suka tengok mata abang,” balas Dirani.
“ooo…sayang suka tengok mata abang. Abang suka tengok bulu mata sayang.”
“abang suka tengok bulu mata Dira?” soal Dirani
“ye, abang suka tengok bulu mata sayang.”
“abang suka tengok bulu mata Dira?”
“ye, abang su………..ka tengok bulu mata sayang.”
“Dira suka tengok hidung abang,” ucap Dirani.
“ooo….sayang suka tengok hidung abang.”
“aahh…Dira suka betul.”
“haaa…..”
abang cakap haa…haa pun Dira suka.”
“abang cakap haa…haaa pun sayang suka?” soal Syahril.
“ye……”
Dira suka sangat tengok rambut abang yang serabut tu,”
“sayang su….ka tengok rambut abang yang serabut…..betul?” soal Syahril.
“betul…..” kata Dirani.
( excited sangat tengok part nie dalam diari, sampai tertulis dalam dialog nie. Tapi tak sama sangat dalam percakapan diorang masa kat diari af….hehehe ).
Masing-masing tersenyum…Syahril merenung wajah yang mula dirinduinya mulai esok. Dirani membalas renungan suaminya dengan penuh kasih sayang.
………………………..
Dirani menghantar Syahril ke airport. Walaupun sudah dilarang oleh Syahril, dia tetap mahu menghantar suaminya ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Seboleh-bolehnya Syahril tidak mahu Dirani menghantarnya ke airport. Dia pasti sedih untuk berpisah dengan Dirani nanti.
“sayang jaga diri baik-baik ye,” pesan Syahril pada isterinya.
“insya allah..abang pun sama, jaga diri abang kat sana,” balas Dirani.
Pengumuman untuk berlepas ke Singapore diumumkan….Syahril memandang sayu wajah Dirani.
“abang pergi dulu ye,” kata Syahril.
“hmmm….,” sambil menganggukkan kepalanya Dirani menyalami lembut tangan suaminya.
Syahril mengucup lembut dahi isterinya.
“abang, Dira sayang kat abang,” ucap Dirani. Itulah kali pertama dia menyebutnya di depan Syahril.
Syahril hanya tersenyum mendengar pngakuan dari isterinya. Dia tidak membalas akan ucapan isterinya tadi. Syahril melangkah masuk dengan perasaan yang gembira.