AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Rabu, 1 Jun 2011

BILA HATI BERBICARA - BAB 30

BAB 30
Tanggal 8 April 2011, bermakna 2 hari lagi genaplah setahun perkahwinan antara Syahril dan juga Dirani. Jadual appoiment Syahril berjalan seperti biasa. Setiap hari pasti akan ada perbincangan dengan pemegang-pemegang saham di syarikatnya. Kerja-kerja yang dijalankan bukan hanya melibatkan Syahril seorang, malah ada ramai lagi yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung.
Kehidupan seorang pemegang saham yang terbesar sekali di syarikat kadang kala membataskan dirinya untuk bersama dengan isteri tersayang. Ada masanya juga Syahril terpaksa membiarkan isterinya pulang seorang diri, atau pun dia lebih rela menghantar isterinya kemudian kembali semula ke pejabat untuk menyiapkan tugas sebagai pemilik syarikat yang terbesar.
Namun tanggungjawabnya terhadap isteri, mama, adik-adiknya serta ibu mentua tidak pernah di abaikan. Sesibuk manapun kerja yang dilakukan, Syahril tetap memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Khadeeja Dirani, isteri yang sangat di cintainya. Mempunyai seorang isteri yang sangat memahami dan bertanggungjawab membuatkan Syahril merasa dirinya begitu bertuah biarpun pada mulanya dia tidak bersetuju dengan jodoh yang ditetapkan oleh mamanya, Datin Jasmine.
Syahril termenung mengingatkan semula pertemuannya dengan Khadeeja Dirani. Tercetus rasa geli hatinya apabila mengenangkan sikap semulajadi isterinya. Walaupun isterinya seorang yang berani namun sifat pemalu dalam dirinya tetap tidak hilang sampai sekarang. Kejadian dimana telah merapatkan dirinya dengan Dirani tidak pernah dilupakan. Jika bukan disebabkan perpisahannya dengan bekas kekasihnya Diana, Syahril dan Dirani pasti tidak akan bersatu.
Tok….tok….., tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Syahril memberikan arahan untuk masuk.
“assalamualaikum bos,” sapa Akim setelah masuk ke dalam bilik Syahril.
“waalaikumussalam…..” Syahril membalas salam yang diberi oleh Akim.
“kau nie kenapa, dari luar lagi kau nampak kau macam tengah fikirkan sesuatu. Kau ada masalah ke?” soal Akim ingin tau.
“apalah kau nie, asal aku termenung je kau kata aku ada masalah,” balas Syahril.
“dah tu, aku tengok kau macam ada masalah je,” kata Akim lagi.
“aku takde apa-apa lah. Cuma kadang-kadang tu aku kesian jugak kat bini aku tu, yelah nama je keje setempat, tapi kau taulah kan keje aku macam mana,” luah Syahril kepada teman rapatnya Akim.
“ooo….aku ingatkan kau ada masalah negara tadi,” ujar Akim berseloroh.
“banyaklah kau masalah negara,” kata Syahril sambil ketawa mendengar kata-kata dari mulut kawannya itu.
“kau dari mana nie?” sambung Syahril lagi.
“aku baru balik dari Klang, melawat tempat projek kita kat sana. Tulah, kebetulan aku lalu depan bilik kau nie, aku tengok kau termenung je. Aku ingat kau ada masalah tadi, tu yang aku masuk kacau kau nie,” jawab Akim dengan panjang lebar.
“aku ok je. Haa…macam mana ngan projek kita di sana?” tanya Syahril lagi.
“semuanya ok, cuma bahan-bahan seperti batu, kayu dan simen tidak mencukupi buat masa nie. Tapi kau jangan risau, aku dah uruskan semuanya. Pekerja-pekerja kat sana pun dah boleh buat keje seperti biasa,” Akim memberitahu tentang masalah yang melanda di tempat projek.
“kalau macam tu oklah. Kau dengan Stacy macam mana?..hmmm…maksud aku Umairah,” soal Syahril kepada Akim.
“aku dengan tunang aku tu ok je, tkde apa-apa masalah pun.” jawab Akim.
“maksud aku tadi bila kau nak langsungkan majlis perkahwinan kau tu?”
“oooo….lain kali kau cakaplah terang-terang. Insya allah, akhir tahun nie kami ingat nak langsungkan majlis tu. Aku tak naklah bertunang lama-lama. Banyak dugaan masa bertunang nie,” jawab Akim.
“maknanya kau dah comfirm nak langsungkan hujung tahun nie?” tanya Syahril dengan kurang pasti.
“yup, cuma aku belum dapat tarikh yang sesuai lagi. Apa-apa pun aku ngan Stacy memang dah rancanglah,” kata Akim.
“harap-harap dapatlah aku makan nasi minyak kau hujung tahun nie,” kata Syahril bersahaja.
“alahh…tak payah lah nk tunggu hujung tahun nie, sekarang pun kau boleh makan nasi minyak.”
“boleh ke?. kat mana?” soal Syahril.
“kat mana lagi, kat kedailah kawan. Takkan kat pejabat nie pulak, apalah kau nie!”
“kau nie, buat lawak lah pulak. Aku bukan nak makan nasi minyak yang kat kedai, aku nak makan nasi minyak kat majlis kau tu nanti,” balas Syahril dengan geram.
“hahaha…aku gurau jelah. Kau sabar jelah, hujung tahun nie kau dapatlah makan nasi minyak aku ngan Stacy.”
Akim keluar dari bilik Syahril sejam kemudian. Syahril pula menuju ke bilik isterinya untuk mengajak isterinya keluar makan tengah hari. Pintu bilik isterinya diketuk perlahan.
“assalamualaikum sayang……….” ucap Syahril dengan lembut tanpa menyedari Stacy jugak turut bersama-sama dengan Dirani didalamnya.
Stacy tersenyum melihat wajah Syahril yang sedikit terkejut melihatnya bersama Dirani. Dengan segera dia keluar dari bilik Khadeeja Dirani dengan alasan tidak mahu mengganggu mereka berdua.
Syahril segera duduk di atas kerusi berhadapan dengan isterinya.
“waalaikumussalam abang……” jawab Dirani setelah Stacy keluar dari biliknya.
“sowie, abang tak sedar Stacy ada ngan sayang sekali tadi,” ujar Syahril.
“hmm…tulah abang. Abang ada hal ke masuk Dira ni?” Soal Dirani.
“takkanlah ada hal baru abang boleh masuk bilik sayang nie!”
“takdelah, abang kan jarang masuk bilik Dira. Tut..tut ari nie abang tetiba je ada kat dalam bilik Dira,” balas Dirani lembut.
“abang laparlah, jom temankan abang makan. Lagi pun sayang tentu tak keluar makan lagikan?” tanya Syahril.
“macam mana abang tau Dira belum keluar makan lagi?” soal Dirani hairan.
“mestilah abang tau sayang belum keluar makan lagi. Sayangkan masih ada dalam bilik nie ngan Stacy, kalau sayang dah keluar, dah tentu sayang takde kan dalam bilik nie,” ujar Syahril dengan tersenyum.
“oklah, tapi Dira kemaskan meja Dira dulu, pastu baru kita keluar k!” kata Dirani sambil tangannya menyimpan kertas-kertas yang berselerak di atas mejanya.
Syahril memberhentikan keretanya di depan restoran. Dirani mengikut Syahril keluar dari pintu kereta.
“kita nak makan kat mana nie?” soal Dirani kepada Syahril.
“jom, abang bawak sayang makan Laksa Johor. Sesekali rasa masakan kampung, mesti sedap.” ajak Syahril sambil menarik tangan Dirani.
Dirani terdorong ke hadapan dengan langkah kaki yang pantas menurut Syahril. Mereka singgah di sebuah restoran tempatan.
“macam mana? sedap tak?”
Syahril menolak mangkuk yang sudah kosong ke hadapan. Kemudian dia menyedut air tembikai di dalam gelas sepuas mungkin.
Dirani hanya menguis-nguis laksa yang masih bertimbun di dalam mangkuk. Matanya beralih kepada wajah Syahril. Ada sesuatu diriaknya yang mahu ditunjukkan kepada suaminya. Tekak Dirani tidak boleh terima!. Tetapi Syahril buat-buat tidak faham.
“sedap, kan? abang suka makan laksa nie tau. Nanti sayang kena belajar cara nak buat. Bolehlah sayang masakkan untuk abang,” Syahril berkata.
Dirani mengangguk lemah. Laksa itu mula disuapkan ke mulutnya perlahan-lahan. Memaksa diri untuk telan.
“hei, janganlah paksa diri kalau sayang tak suka.”
Syahril menarik sudu dari tangan Dirani. Segera ditolak mangkuk laksa itu menjauhi isterinya. Dirani sedikit tersentak. Cepat-cepat menoleh ke arah Syahril. Lelaki itu hanya mengeluh.
“kenapa sayang tak cakap pada abang yang sayang tak suka? kan abang boleh pesan menu lain untuk sayang,” Suara Syahril sedikit marah.
“Dira….”
“sayang ingat abang paksa sayang makan laksa nie ya?”
Dirani tertunduk.
“tekak Dira tak boleh nak terima,” beritahu Dirani perlahan.
“hisy….sayang nie!. Jangan jadi macam lalang. Ikut semua cakap orang. Orang ke sini, sayang ke sini! Orang ke sana, sayang ke sana! Sesekali, kita nak ada pendirian sendiri jugak. Faham?”
Dirani mengangguk.
“sudahlah, biar abang habiskan laksa tu. Membazir kalau dibiarkan macam tu aje. Abang pesan menu lain untuk sayang, ye?” tanya Syahril lembut.
Syahril menarik mangkuk laksa itu dekat dengannya. Dirani menggeleng. Segera mencapai gelas air di atas meja lalu disedut tetapi perbuatannya terhenti apabila terpandang mata Syahril sedang merenungnya.
“kenapa?” soal Dirani.
“tak ada apa-apalah,” ujar Syahril sambil menyuap kembali mee ke dalam mulutnya sambil tersenyum.
Dirani semakin hairan. Kenapa dia tersenyum?. Dirani meraba-raba sekitar mulutnya. Tiada apa-apa yang melekat. Matanya meliar ke sekeliling meja. Tiba-tiba Dirani terasa wajahnya diserbu rasa panas. Gelas di tangan perlahan-lahan diletakkan semula ke atas meja. Dirani tersalah ambil gelas.
“abang….sori, Dira tersalah minum air abang,” kata Dirani dengan wajah yang kemerahan.
“apa salahnya sayang minum air abang?” Syahril menjawab selamba.
“suami isteri yang makan berkongsi pinggan, minum berkongsi cawan akan sentiasa diberkati ALLAH. Apatah lagi kalau berkongsi straw.” Syahril mengusik.
Dirani terdiam. Namun hatinya tercuit dengan kata-kata Syahril yang terucap tadi. Dia tersenyum di dalam hati.
“betul sayang tak nak makan laksa nie. Abang suapkan nak?” tanya Syahril lagi melihat apabila isterinya hanya meminum air.
“takpelah, abang makanlah.” Dirani menolak dengan lembut.
……………………………………….
Setelah siap berpakaian, Syahril keluar dari bilik air. Ketika itu Dirani masih meneruskan keje pejabat yang di bawa balik petang tadi. Syahril menghampiri isterinya yang asyik membuat kerja. Syahril meletakkan kedua-dua tangannya pada bahu isterinya. Tangannya rajin memicit bahu milik isterinya.
“terima kasih” ucap Dirani dengan nada yang manja.
“sama-sama sayang….” Syahril membalas ucapan dengan senyuman yang manis.
“banyak sangat ke keje sayang tu?” soal Syahril lembut.
“tkdelah, sikit je nie. Lagi pun Dira saje bawak balik keje nie kat rumah,” jawab Dirani sambil menoleh ke wajah suaminya.
“dah lah tu. Takkan kat rumah pun nak buat keje pejabat jugak. Abang tak nak sayang sakit nanti,” luah Syahril lembut terhadap isterinya.
“tinggal sikit je lagi nie, abang duduklah dulu.” kata Dirani.
Syahril berlalu duduk di atas katil. Dia mengambil surat khabar yang terletak di atas almari kecil di sebelah katilnya. Helaian demi helaian muka surat khabar di beleknya. Tiada apa yang menarik untuk di baca. Syahril kemudiannya meletakkan kembali surat khabar ke tempat asal.
Dirani kemudiannya melangkah ke katil dimana suaminya berada. Dia duduk di sisi Syahril.
“dah siap?” soal Syahril kepada Dirani yang telah berada disisinya.
“dah…” jawab Dirani ringkas.
“esok kita tak keje kan. Abang bawak sayang jalan-jalan kat KLCC, okey?. Abang bawak sayang tenang-tenangkan fikiran,” Syahril memberitahu kepada Dirani.
“abang takde jumpa ngan sape-sape ke besok?” tanya Dirani.
“tklah. Dah lama abang tak berdua-duaan dengan sayang. Takkan sayang nak abang keje je, penat lah abang,” balas Syahril seraya mencuit hidung kecil milik Dirani.
“yelah tu, sejak balik dari rumah tok ngan opah, abang asyik sibuk je memanjang. Selalu buat keje time ari minggu,” Dirani seakan mengadu kepada Syahril.
“nak buat macam mana, abang kan pemegang saham terbesar di syarikat tu. Kenalah keje lebih sikit daripada yang lain,” ujar Syahril sambil mengelus lembut pipi Dirani.
“Dira faham, lagi pun Dira tau keje abang macam mana kan. Cuma Dira tak nak abang keje kuat sangat, Dira takut abang jatuh sakit nanti,” luah Dirani sambil memandang tepat wajah suaminya.
“sayang jangan risaulah. Abang……..” ayat itu terhenti di situ. Wajah Syahril tiba-tiba bertukar warna. Dirani terkejut melihat Syahril yangs edang menahan sesuatu keluar dari mulutnya.
“kenapa bang?”
Dirani mulai risau. Tingkah laku Syahril nampak panik. 
“abang rasa tekak abang loya tiba-tiba. Nak termuntah,” beritahu Syahril sambil menyandarkan badannya pada sisi badan Dirani.
“apa yang abang makan?. Mesti benda yang merepek-repek nie.” Dirani mengurut belakang Syahril.
“mana ada! Abang makan nasi macam biasalah. Entah tekak abang nie rasa something. Tetiba je rasa nak makan Laksa Penang.”
“Laksa Penang?. kan tengah hari tadi abag dah makan Laksa Johor. Takkan nak makan Laksa Penang pulak,” kata Dirani hairan.
“manalah abang tau, tiba-tiba je abang rasa macam nak makan laksa tu,” balas Syahril. Kenapa ya?”
Syahril mengerutkan dahi. Dirani tidak mengerti. Terus merenung wajah Syahril yang memandangnya. Syahril tersenyum nakal.
“sayang mengandung kot?” tekaan Syahril membuatkan Dirani terdiam. Tidak tertelan air liurnya.
“tak mungkinlah! Apa pulak sampai ke situ. Dira sihat je nie. Abang yang rasa lain macam. Bukan Dira.” Dirani cuba memprotes.
Syahril cuba merenung mata Dirani yang redup di sisi. Wanita itu terus tunduk. Seolah-olah tidak mengerti dengan pandangan mata suaminya.
“kalau sayang ada rasa semacam cakap cepat-cepat tau?”
“apa abang nie! Ke situ pulak perginya.” jawab Dirani dengan nada geram.
“apa salahnya?. Kalau jadi pun, anak kita jugak.”
“Dira tengah sihat walafiat je nie. Takde apa-apa tanda pun. Abang yang tak sihat, nak kaitkan dengan Dira pulak.”
Dirani tetap berusaha menafikan. Memang tiada apa-apa tanda yang membolehkan dia meneka yang dia tengah mengandung. Dia tidak ada pula rasa mengidamkan sesuatu. Tidak juga badannya lemah dan tekaknya loya seperti yang dialami oleh orang lain yang mengandung.
“hei, sekarang nie kan zaman siber! Isteri yang mengandung, suaminya yang mengidam. Sayang tak pernah dengar tentang tu?” soal Syahril sengaja mengusik.
Dirani menggeleng laju.
“itulah….tak banyak bergaul dengan orang. Tengok abang nie, macam-macam yang abang tau. Ada sorang kawan abang tu, isterinya mengandung dia yang muntah-muntah, nak makan benda yang masam-masam. Macam abang lah kot.”
“yelah tu, boleh percaya ke cakap abang nie,” ujar Dirani dengan mengerutkan dahinya.
“betullah, takkan sayang tak nak percaya ngan cakap abang nie!”
“bukan tak nak percaya, cuma……”
“Cuma apa?” soal Syahril.
“takde apa-apalah….abang dah ok ke nie?” tanya Dirani lagi.
Syahril menganggukkan kepalanya menandakan dia sudah okey.





BILA HATI BERBICARA - BAB 29

BAB 29
Suasana pagi yang nyaman. Dirani bersiap-siap untuk keluar dari biliknya. Syahril masih lena di atas katil selepas menunaikan solat subuh. Kedengaran suara-suara dari arah dapur rumah Hajjah Mahanum dan Haji Zawawi. Dirani kemudiannya melangkah ke arah suara-suara tersebut. Kelihatan tok dan opah sedang bersembang mesra sambil mengadap sarapan pagi.
“assalamualaikum tokopah” kata Dirani dengan mesra.
“waalaikumussalam…..” jawab Hajjah Mahanum dan Haji Zawawi serentak.
“awal Dira bangun. Jom sarapan ngan tok dan opah sekali,” ajak Haji Zawawi.
“dah biasa tok,…opah masak apa nie?” tanya Dirani apabila melihat sarapan pagi sudah terhidang di atas meja.
opah cuma buat nasi lemak je pagi nie!” ujar Hajjah Mahanum.
“Syahril mana? Kenapa dia tak turun sekali ngan Dira?” soal Haji Zawawi sambil menghirup air kopi yang dibuat oleh isterinya.
“tadi dah bangun masa nak solat subuh. Lepas tu abang tido balik, ngantuk katanya,” jawab Dirani.
“masa Dira keluar tadi pun abang belum lagi,” sambung Dirani lagi.
“Dira duduklah dulu, makan sekali ngan tok dan opah!” ajak Hajjah Mahanum lembut.
“yelah opah…wahhh!! nampak sedap je nasi lemak nie. Dah lama Dira tak makan nasi lemak,” kata Dirani lalu duduk mengambil tempat berhadapan dengan Hajjah Mahanum.
“ishhh kamu nie Dira, belum makan lagi dah kata sedap!” balas Hajjah Mahanum.
“Dira yakin mesti sedap nasi lemak buatan opah nie” ujar Dirani ikhlas.
“haaa….kalau macam tu, kena makan banyak sikitlah. Tak gitu toknya?” kata Hajjah Mahanum kepada Haji Zawawi.
“betul kata opah kamu tu. Tok tengok kamu nie kurus je, Syahril tak bagi kamu makan ke?” soal Haji Zawawi.
“takdelah tok..opah. Dari dulu lagi badan Dira macam nie, makan banyak pun tetap kurus jugak,” Dirani memberitahu Hajjah Mahanum dan Haji Zawawi.
Sedang leka Dirani berbual-bual dengan tok dan opahnya, Syahril yang baru keluar dari biliknya terus menuju ke arah dapur.
“assalamualaikum….tok, opah,” ucap Syahril lembut.
“waalaikumussalam….” jawab mereka serentak.
Syahril menghampiri Dirani dan duduk di sebelahnya.
“selamat pagi sayang….” kata Syahril kepada Dirani dengan lembut.
“selamat pagi! ‘awal’ abang bangun?” tanya Dirani dengan sinis.
“hehehe…abang ngantuk sangat tadi. Tu yang abang sambung tido balik,” jawab Syahril dengan tersengih.
“mana tak mengantuk, kalau tengah-tengah malam pun belum tido lagi,” kata Haji Zawawi seakan memperli Syahril.
Dirani dan Syahril berpandangan sama sendiri. Terbit senyuman di bibir antara mereka berdua selepas itu.
“dahlah toknya. Syahril…Dirani, makan dulu. Nanti kan sejuk pulak nasi tu,” ujar Hajjah Mahanum.
…………………………….
Syahril sedang berehat di pangkin kayu berdekatan dengan pokok mangga. Angin petang yang beritpu sepoi-sepoi bahasa menenangkan fikirannya.
Tiba-tiba Dirani melabuhkan punggung di sisinya sambil meletakkan Nescafe panas di atas diatas meja. Syahril terkejut.
“assalamualaikum…..,” Dirani menyapa.
“waalaikumussalam…”jawabnya.
“Dira tengok abang asyik termenung dari tadi, kenapa?” soal Dirani cuba berbual. Tangannya menolak secawan Nescafe panas yang berasap-asap ke arah Syahril.
“takde apa-apalah sayang. Dah lama abang tak buat keje sambilan nie. Tiba-tiba terdetik pulak nak melayani fikiran. Layan jelah,”
“yelah tu, ntah-ntah abang ingat kat perempuan lain tak?” soal Dirani dengan nada cemburu.
“isshhh…merepek je sayang nie. Takkanlah abang nak ingat kat perempuan lain pulak.” balas Syahril dengan senyuman di bibir.
“manalah Dira tau kan!,” kata Dirani ringkas.
“takde maknanya abang nak ingat kat orang lain. Dari abang ingat kat orang yang abang tak kenal, baik abang ingat kat isteri kesayangan abang nie,” ujar Syahril sambil tangannya menarik hidung milik Dirani.
“yelah tu…..besok kita dah nak balik kan?” tanya Dirani kepada Syahril.
“ye, kenapa, sayang nak duduk kat kampung nie lagi ke?” tanya Syahril kembali.
“Dira rasa tak puas lagi duduk kat kampung nie. Sekejap je dapat berbual-bual dengan opah dan tok,” luah Dirani sambil mengeluh kecil.
“sayang nak tinggal kat sini?” tanya Syahril sambil menggenggam tangan isterinya lembut.
“boleh ke Dira nak duduk ngan tok dan opah kat kampung nie?”
“mana boleh!” jawab Syahril ringkas.
“habis tu, kenapa abang tanya Dira samada nak tinggal kat sini tadi!. kata Dirani dengan nada geram.
“kalau sayang tinggal kat kampung nie dengan tok dan opah, sape nak temankan abang tido?. sape nak buat keje-keje sayang di ofis tu?. sape yang temankan abang makan?. nanti abang nak bermanja ngan sape kat rumah tu?” Syahril memberikan banyak alasan.
“mengada-ngada betul abang niekan!” kata Dirani masih lagi dengan nada geram.
“ehem….ehem…..” tiba-tiba ada suara lain yang berbunyi.
Syahril dan Dirani pantas menolah ke arah suara tersebut.
“assalamualaikum kawan………..”Daus menyapa mesra.
“waalaikumussalam….Daus!” balas Syahril lalu bangun dan memeluk sahabatnya itu.
“bila kau sampai?. aku tak sedar pun!” kata Syahril dengan gembira kerana tidak sangka dapat berjumpa kembali dengan sahabat lamanya di kampung itu.
“aku baru je sampai. Macam mana kau nak sedar, asyik tengok bini kau je kat sebelah,” balas Daus selamba.
“kau nie, dari dulu sampai sekarang asyik nak sakat aku je,” kata Syahril lagi.
“biasalah kawan, takkan kau tak kenal ngan aku lagi!”
“kau datang ngan sape nie?” soal Syahril.
“aku datang ngan bini akulah. Anak aku ada sekali tu,” ujar Daus seraya jari tangannya menunjuk ke arah isterinya Ema dan anaknya Ratu.
“laa….asal kau tak ajak dia datang sini. Kau nie, duk biarkan anak ngan bini kau duk tengah panas buat apa?” kata Syahril sambil melihat ke arah isteri dan anak Daus.
“aku ingat nak kejutkan kau tadi. Tu yang aku lupa nak ajak anak bini aku sekali tadi,” selamba Daus menjawab.
“kejap, aku pergi panggil anak bini aku dulu,” sambung Daus lagi.
“abang, sape tu?” soal Dirani menghampiri suaminya.
“kalau sayang nak tau, tulah kawan abang kat kampung nie. Yang abang tanya kat tok masa kita sampai ari tu,” Syahril memberitahu isterinya.
“oooo…..kata Dirani ringkas.
Daus dan Ema menghampiri Syahril kembali. Daus mendukung anaknya Ratu bersama dengannya.
“haaa….Syahril nielah isteri aku Ema. Dan yang duduk di dukung aku nie, nama dia Ratu, anak pertama aku. Baru nak masuk 2 tahun.” Daus memberitahu kepada Syahril.
“tak sangka aku kau dah dapat anak rupanya. Dah lama kita tak jumpa kan?” soal Syahril.
“tulah kau, bukan nak balik kat kampung nie. Kalau tak pasal opah dan tok kau kat kampung nie, tentu kau takkan balik sini lagi kan!” kata Daus seakan memperli Syahril.
“alah…aku sibuklah kat pejabat tu. Eh! lupa pulak aku nak kenal kan isteri aku. Yang nielah isteri aku, Dirani.” Syahril memperkenal isterinya kepada Daus.
“sayang…. yang tu Ema, isteri Daus, kawan abang,” kata Syahril dengan mesra.
“hai!!....Dirani menegur Ema dan bersalam dengannya.
“hai!!...Ema membalas teguran Dirani dengan senyuman manis.
“jomlah naik kat atas. Panas kat sini nie, kesian kat baby kau tu,” Syahril menjemput Daus sekeluarga naik ke rumahnya.
“elok jugak tu, dah lama aku tak sembang ngan kau nie!” kata Daus menerima ajakan Syahril.
Daus, Ema, Syahril dan Dirani berjalan menuju ke rumah opahnya.
“jemputlah duduk, nanti Dira buatkan air!” kata Dirani dengan mesra lalu melangkah ke dapur opahnya.
“dah lama ke kau kawin dengan bini kau tu??” soal Daus.
“hmm…dah dekat setahun jugak,”balas Syahril ringkas.
“baru lagi rupanya, patutlah aku tengok macam orang tengah honeymoon je tadi. Sampai tak berkelip mata tengok bini kau tu,” ujar Daus dengan ketawa.
“hahaha……kau nie, tak habis-habis nak kenakan aku!. nie, camner kau tau aku da kat kampung?”soal Syahril.
“tengah hari tadi aku ada jumpa ngan opah dan tok kau. Diorang lah yang cakap kat aku kau ada kat kampung.” Daus memberitahu kepada Syahril.
“oooo….”balas Syahril ringkas.
Dirani melangkah kembali ke ruang tamu dengan membawa dulang berisi jag air dan beberapa biji cawan. Dia kemudiannya meletakkan dulang di atas meja kecil yang berada di tengah-tengah antara kerusi. Selepas menuangkan air ke dalam cawan, dia kembali duduk di sisi Syahril.
“comel anak akak!” kata Dirani memuji anak Ema yang dipanggil kakak.
“ye?. comel ikut ibu dia,” jawab Ema dengan ketawa.
“boleh Dira pegang anak akak?” tanya Dirani lembut.
“boleh je!” jawab Ema.
Dirani pantas bangun dan menuju ke tempat Ema duduk bersama-sama dengan Ratu. Dirani mengambil Ratu dari riba Ema dan kemudiannya kembali ke tempat duduknya di sebelah Syahril.
“yang kau ni Ril, bila lagi nak ada anak?” tanya Daus apabila melihat mesra anaknya berada di riba isteri Syahril.
“belum ada rezeki lagi lah kawan. Lagi pun sape yang tak nak anakkan! Buat masa nie biarlah aku sorang je yang bermanja ngan isteri aku. Nanti kalau aku dah ada anak, mana boleh aku nak bermanja lagi ngan sayang aku nie, ” kata Syahril dengan berseloroh.
“kau nie kan, agak-agaklah sikit. Dah besar panjang pun masih nak bermanja ngan bini kau lagi,” balas Daus bersahaja.
“eleh, kau tu dengki sebenarnya ngan aku. Yelah, Ema lebih suka layan anak kau daripada dia melayan kau tu,”
“hahahaha………”Daus akhirnya ketawa besar.
Daus dan Ema meminta diri untuk pulang apabila hampir 2 jam berada di rumah opah dan tok Syahril. Syahril gembira dapat bertemu sahabat lamanya.
 “Syahril, Dirani…..dah siap kemas kan baju-baju kamu tu?” soal Haji Zawawi kepada cucu-cucunya yang berada ruang tamu.
“dah tok….awal-awal lagi kami dah siapkan,” jawab Syahril.
“pukul berapa kamu nak bertolak esok?” tanya Haji Zawawi lagi.
“kalau takde apa-apa pukul 9.00 pagi esok kami bertolak tok, opah,” Syahril memberitahu kepada Haji Zawawi dan juga Hajjah Mahanum.
opah rasa edih nak berpisah ngan cucu baru opah nie,” luah Hajjah Mahanum dengan memeluk mesra Dirani.
Dirani membalas pelukan Hajjah Mahanum lembut.
“Dira pun sedih jugak nak berpisah ngan opah. Belum sempat Dira nak merasa kasih sayang tok dan opah lebih lama,” balas Dirani dengan linangan air mata.
“sudah-sudahlah tu opahnya….ada masa nanti cucu-cucu awak nie balik semula kat kampung nie.” kata Haji Zawawi menenangkan perasaan isterinya.
“alah opah….nanti Syahril bawak isteri Syahril balik kampung lagi. Opah janganlah sedih-sedih macam nie!” balas Syahril dengan menggenggam tangan Hajjah Mahanum dengan lembut.
“dah-dah, Syahril bawak isteri kamu masuk tido. Esok kamu nak berjalan jauh, pergi masuk berehat dulu,” arah Haji Zawawi.
“yelah tok, opah….kami masuk tido dulu ye!” kata Syahril.
………………………………….
Keesokkan paginya kelihatan Syahril sedang meletakkan beg pakaiannya di dalam bonet kereta. Dirani, Hajjah Mahanum dan Haji Zawawi masih lagi berada di beranda rumah mereka. Syahril menghampiri isteri dan opah juga toknya.
opah….tok, kami pergi dulu ye,” kata Syahril sambil bersalaman dengan Haji Zawawi dan Hajjah Mahanum.
“hmmm…yelah, Hati-hati bawak kereta tu Syahril,” pesan haji Zawawi.
opah….tok, Dira balik dulu ye. Insya allah, kalau ada masa Dira ngan abang balik lagi kat kampung nie,” ujar Dirani seraya menyalami tangan kedua-dua orang tua itu.
“Dira…opah ngan tok tak ada apa-apa nak bagi kat kamu, cuma nie saja yang mampu opah ngan tok bagi,” kata Hajjah Mahanum sambil meletakkan kotak kecil yang berbalut kemas di telapak tangan Dirani.
“apa nie opah….tok?” tanya Dirani hairan.
“hadiah untuk perkahwinan kamu dan cucu tok, Syahril,” jawab Haji Zawawi bagi pihak isterinya.
“tapi Dira tak nak apa-apa pun, cukup sekadar restu dan doa opah ngan tok untuk Dira dan juga abang,” ujar Dirani ikhlas.
“kami sentiasa merestui dan berdoa untuk kebahagiaan kamu, dan juga Syahril. Pemberian nie ikhlas dari opah dan juga tok. Dira terimalah ye,” pinta Hajjah Mahanum.
“Dira jaga diri baik-baik. Sampaikan salam tok dan opah pada mama dan juga adik-adik kamu ye,” sambung Hajjah Mahanum lagi.
“insya allah opah…..” jawab Dirani ringkas.
Hajjah Mahanum dan Haji Zawawi menghantar cucu mereka sampai ke pintu kereta.
“ingat Syahril, hati-hati bawak kereta tu. Jangan pandu laju sangat, ingat isteri kamu ada kat sebelah kamu tu,” Haji Zawawi berpesan sekali lagi kepada Syahril.
“yelah tok, Syahril ingat pesanan tok tu,” balas Syahril sambil menutup pintu keretanya.
Perlahan-lahan kereta milik Syahril meninggalkan kawasan rumah kampung Hajjah Mahanum dan juga Haji Zawawi.

BILA HATI BERBICARA - BAB 28

BAB 28
Pada sebelah malam, Syahril mengikut Haji Zawawi menunaikan solat mahgrib dan isyak di  surau berdekatan ngan rumah mereka. Dirani menunaikan kewajipannya di rumah. Kebiasaannya Hajjah Mahanum mengikuti sekali suaminya Haji Zawawi ke surau, tetapi pada malam itu dia hanya menunaikan kewajipannya di rumah bersama-sama dengan cucu barunya Dirani.
Selesai solat, Hajjah Mahanum berehat di ruang tamu, manakala Dirani terus ke dapur untuk membuat air. Dia kemudiannya kembali ke ruang tamu dengan membawa dulang berisi air yang dibuatnya serta beberapa keping biskut yang diletakkan di dalam piring.
Dirani meletakkan dulang di atas meja kecil dan duduk di sebelah Hajjah Mahanum.
opah, jemputlah minum…..” kata Dirani kepada Hajjah Mahanum.
“terima kasih…opah susahkan Dira pulak,” luah Hajjah Mahanum.
“mana ada opah susahkan Dira. Lagi pun Dira dah biasa buat semua nie kat rumah ibu Dira,” Dirani memberitahu Hajjah Mahanum.
“Dira tak minum sekali ke?” tanya Hajjah Mahanum lembut.
“kejap lagi, Dira tunggu abang balik dulu!” balas Dirani.
“biasanya tok balik dari surau pukul berapa opah?” sambung Dirani lagi.
tok Dira tu kalau tak berbual-bual ngan kawan-kawan dia kat surau tu, cepatlah sampai kat rumah nie. Tapi kalau dah jumpa, jangan haraplah dia nak sampai kt rumah masa nie,” jawab Hajjah Mahanum.
“ooooo…….” balas Dirani ringkas.
Matanya tiba-tiba beralih pada gambar yang terletak di sudut kecil di atas almari bersebelahan dengan kerusi tempat dia duduk. Dirani kemudiannya bangun dan bergerak kea rah gambar tersebut. Tangannya mencapai frame yang terletak di atas almari itu dan kemudiannya kembali duduk di sebelah Hajjah Mahanum.
Hajjah Mahanum yang sudahdapat mengagak akan pertanyaan Dirani hanya tersenyum manis.
opah, nie gambar sape?” soal Dirani hairan
“sape lagi kalau bukan Syahril,” balas Hajjah Mahanum.
“lainnya……” kata Dirani ringkas.
“kalau tak silap opah, masa tu umur dia baru 6 tahun. Dah lama sangat gambar tu, memanglah Dira nampak lain,” balas Hajjah Mahanum seraya bangun dan menuju ke dalam bilik tidonya.
Tidak lama kemudian, Hajjah Mahanum keluar dan membawa bersama album di tangannya. Dia menghulurkan album tersebut kepada Dirani.
“dalam tu ada gambar Syahril dan adik-adik dia masa kecil. Dira tengoklah,” ujar Hajjah Mahanum.
Dirani membuka satu persatu helaian gambar yang ada di dalam. Sesaat dua terdengar halus ketawanya apabila melihat sekeping gambar yang ada di dalam album itu.
opah, nie gambar abang masa dia masih ‘baby’ lagi ke?” tanya Dirani dengan senyuman di bibirnya.
“yang mana kamu tengok?” soal Hajjah Mahanum kembali.
“yang nie…..!” sambil jari tangannya menunjukkan kepada sekeping gambar yang mencuit hatinya.
“oooo……aaahh, tulah gambar suami kamu masa ‘baby’ lagi,” Hajjah Mahanum memberitahu kepada Dirani.
“assalamualaikum……………..”
Sedang asyik Hajjah Mahanum dan Dirani bersembang, tiba-tiba kedengaran suara orang memberi salam dari arah luar.
“waalaikumussalam…..opah rasa tok ngan suami kamu dah balik tu,” ujar Hajjah.
Pintu yang tadinya tertutup rapat kini di buka sedikit demi sedikit. Kelihatan Syahril dan Haji Zawawi yang baru balik dari surau melangkah masuk ke dalam rumah.
“allahu akbar…..” kata Haji Zawawi sambil duduk di kerusi bersebelahan dengan isterinya.
“ramai orang kat surau malam nie bang?” soal Hajjah Mahanum kepada Haji Zawawi.
“Alhamdulillah, ramai jugak jemaah malam nie kat surau tu,” jawab Haji Zawawi.
Syahril mengambil tempat di sebelah isterinya..
“abang nak air?” tanya Dirani pada Syahril yang baru balik dari surau.
“hmm…boleh jugak,” jawab Syahril ringkas.
Dirani menuangkan air ke dalam cawan dan menghulurkannya kepada Syahril yang duduk di sebelahnya.
Syahril menyambut lembut gelas tersebut dari tangan Dirani. Dia kemudiannya meneguk air untuk menghilangkan dahaga.
Dirani memandang suaminya dengan tersenyum. Apatah lagi dengan melihat gambar suaminya yang masih ‘baby’ ketika itu membuatkan Dirani geli hati. Syahril yang merasa hairan dengan senyuman isterinya terus bersuara.
“yang sayang tersengih-sengih pandang muka abang nie kenapa?” soal Syahril hairan.
“takde apa-apa lah. Kenapa, tak boleh ke Dira nak senyum kat abang?” tanya Dirani pada Syahril.
“takdelah, sayang kalau senyum macam tu mesti ada sebabkan?” soal Syahril yang masih tidak berpuas hati dengan jawapan Dirani sebentar tadi.
“mana ada apa-apa….Dira saje nak tengok muka abang tu!” balas Dirani selamba.
Syahril yang masih hairan dengan senyuman isterinya masih terus bertanyakan soalan yang sama kepada Dirani. Dan jawapan yang sama jugak diberikan oleh Dirani kepada Syahril. Tiba-tiba mata Syahril terpandang akan sebuah album yang ada di riba isterinya.
Dirani cuba mengambil kembali album itu gagal kerana pegangan tangan Syahril pada album itu lebih kuat dari pegangan tangannya. Syahril kemudiannya membuka album itu untuk melihat isi di dalamnya. Dia kemudiannya terkejut melihat gambarnya yang masih ‘baby’ berada di satu sudut di dalam album tersebut.
Matanya beralih pada raut wajah isterinya.
“ooo…patutlah sayang senyum semacam je kat abang. Rupa-rupanya sayang tengok gambar nie ye!” kata Syahril sambil memandang isterinya yang masih lagi dengan senyuman di bibir.
Dirani tidak dapat lagi menahan ketawa. Akhirnya ketawa yang ditahan tadi terburai di depan Syahril, tok dan opah.
“sayang nie!!...opah, kenapa opah bagi sayang Syahril tengok album nie?” soal Syahril dengan geram.
“kenapa pulak?” kamu nak malu buat apa?” tak salah kalau opah nak bagi Dira tengok gambar kamu masa kamu kecil,” jawab Hajjah Mahanum yang turut sama ketawa melihat air muka Syahril.
opah pun sama, suka ketawakan Syahril.” kata Syahril dengan nada geram.
“kiut je Dira tengok muka tembam abang masa tu,” ujar Dirani sambil mengusik suaminya.
Haji Zawawi turut sama ketawa bersama Hajjah Mahanum dan juga Dirani.
Usikan Dirani pada Syahril tidak berhenti di situ sahaja. Malah semasa Syahril sedang menukar baju tido masih lagi kedengaran tawa Dirani. Album yang mengandungi gambar-gambar Syahril semasa kecil masih lagi ditatapnya. Sesekali Syahril memandang geram kepada Dirani.
“tak habis lagi ke ketawakan abang?” soal Syahril dengan nada geram.
“bila pulak Dira ketawakan abang?” tanya Dirani kembali.
“habis, senyuman di bibir sayang tu apa?” bukan senyuman untuk ketawakan abang!” kata Syahril sambil melangkah ke sisi isterinya.
“laa….Dira senyum pun salah jugak ke. Kejap lagi kalau Dira buat muka masam, abang kata apa pulak,” balas Dirani sambil menjeling suami di sebelahnya.
“macam lah abang tak tau, dari luar lagi sayang sukakan abang. Kenapa, ‘comel’ sangat ke muka abang waktu abang kecik tu?” soal Syahril selamba.
“eehhh…perasannya dia. Dira tak kata pun abang comel, Dira cuma kata muka tembam abang masa kecik tu kiut je.”
“tembam? Mana, abang nak tengok,” kata Syahril lalu mengambil album di riba isterinya.
Dirani menunjukkan gambar yang dikatakannya.
“betul tak Dira kata muka abang tembam?” tanya Dirani sambil melihat wajah suaminya di sisi.
“takdelah, sayang je yang nampak macam tu,” kata Syahril menafikan kenyataan Dirani.
“yelah tu, opah pun cakap yang sama dengan Dira,” Dirani memberitahu Syahril.
“dahlah, tak payah lah nak tengok gambar abang lagi,” ujar Syahril lalu menutup album di tangannya.
“tapi Dira belum habis lagi tengok semua gambar tu,” kata Dirani dengan geram.
“tak payah…sayang tu kalau tengok je gambar abang, mesti nak ketawakan!”
Syahril bangun dari sisi isterinya dan melangkah ke almari lalu meletakkan album di tempat yang tinggi.
“tingginye abang letak album tu. Macam mana Dira nak ambik?” soal Dirani.
“tak payah ambik, tak payah tengok!”
“kedekut betul abang nie. Orang baru je nak tengok,” ujar Dirani dengan nada geram.
“yelah tu nak tengok, bukan nak ketawakan abang?” soal Syahril sambil menjeling isterinya.
“Dira bukan ketawa, Dira cuma senyum je,” balas Dirani.
“banyaklah sayang punya senyum. Dah-dah, jom tido,” kata Syahril sambil menarik tangan isterinya ke katil.
Syahril berbaring di sebelah isterinya. Dirani tido berbantalkan lengan suaminya. Kedua-duanya hanya berdiam sahaja. Tidak ada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut mereka berdua. Mata yang belum mengantuk terbuka luas memandang siling di atas.
Namun tidak lama selepas itu, Dirani memusingkan badannya ke arah Syahril. Niatnya hanya ingin mengusik suaminya yang leka memandang ke atas.
“abang….abang dah tido ke?” soal Dirani walaupun dia nampak mata suaminya masih terbuka luas.
“aaahh…abang tengah tido nie. Kenapa?” Tanya Syahril selamba.
“aikk!....dah tido pun boleh bercakap lagi ke?” soal Dirani lagi.
“boleh…..sayang tak pernah tengok ke orang yang dah tido tapi masih boleh bercakap?”
“abang nie, Dira tanya betul-betul nie!” kata Dirani sambil mencubit hidung suaminya.
“laaa…..betullah apa yang abang kata. Sayang nak tanya apa lagi?” tanya Syahril lalu memusingkan badannya ke sebelah kiri mengadap wajah isterinya.
“hmmm…..Dira teringin sangat nak tengok,” luah Dirani perlahan.
“sayang nak tengok apa? Laut?. Atau Tasik?” soal Syahril.
“bukan….Dira tak nak tengok laut, tak nak tengok tasik,” jawab Dirani.
“dah tu, sayang nak tengok apa?” tanya Syahril lagi.
“ermmm……Dira nak tengok…..”
“nak tengok apa, bagi tau je kat abang,” kata Syahril dengan ikhlas sambil tangan kirinya mengelus lembut rambut milik isterinya.
“tapi Dira takut abang tak bagi pulak?” luah Dirani.
“laaa….sayang belum cakap lagi kat abang, mana sayang tau abang tak bagi?” soal Syahril sambil mengerutkan dahinya.
“Dira tau, memang abang takkan bagi Dira tengok punya,” kata Dirani.
“sayang nie!....sayang nak tengok apa sebenarnya?.”
“hmmm……” Dirani menarik selimut didadanya. Tangannya tidak lepas dari memegang kain selimut. Bersedia sedialah katakan.
“baik sayang cakap cepat!” kata Syahril seakan mengugut isterinya.
“Dira nak tengok gambar abang yang tadi tu!,” kata Dirani dengan ketawa besarnya lantas menutup mukanya dengan kain selimut yang dipegang sedari tadi.
“haaahh!”.....Syahril terkejut.
Syahril menarik kain selimut yang menutupi wajah Dirani. Dirani tetap tidak melepaskan pegangan tangannya dari kain itu.
“oooo….sayang mainkan abang ye. Cepat bukak kain tu, kalau tak abang…….” Syahril tidak meneruskan percakapannya.
“kalau tak abang nak buat apa?” tanya Dirani yang masih lagi menutup mukanya dengan kain selimut. Suaranya sedikit berubah.
“kalau tak……………” Syahril menggeletek pinggang isterinya.
Dirani yang tidak tahan terus bangun dari tidonya. Tangan yang sedari tadi menggenggam kain selimut di lepaskan. Ke kiri ke kanan pergerakannnya. Tangan Syahril masih lagi berada di pinggang isterinya. Masih terus menggeletek pinggang isterinya walaupun telah berkali-kali disuruh berhenti.
“abang….abang……! dah lah tu, Dira dah tak tahan nie,” Dirani memberitahu kepada Syahril.
“pandai sangat ketawakan abang tadi. Haa…..rasakan,” kata Syahril dengan nada geram.
“ampun…ampun…Dira janji takkan ketawakan abang lagi,” pinta Dirani yang sudah tidak tahan.
“janji sayang tak ketawakan abang lagi?” soal Syahril.
“ye…ye…Dira janji takkan ketawakan abang lagi,” ujar Dirani.
Syahril berhenti dari perbuatannya. Dirani menarik nafas dengan perlahan. Dia kemudiannya berpusing ke belakang mengadap muka Syahril. Dia memandang geram melihat suaminya yang tersengih-sengih.
Dirani menarik nafas sekali lagi sebelum memulakan percakapannya. Syahril tersenyum melihat isterinya yang termengah-mengah di depannya.
“tak baik tau abang buat kat Dira macam tu!” kata Dirani dengan nada geram.
“habis sayang ketawakan abang tu, baiklah?” tanya Syahril.
“hehehe……Dira gerammmm tengok muka ‘baby face’ abang tu. Rasa macam nak cubit-cubit je,” jawab Dirani.
“yelah tu! kata Syahril dengan sinis.
“betul, Dira tak tipu,” balas Dirani dengan ikhlas.
“agak-agak sayanglah kan, kalau kita ada anak nanti muka dia sama tak ngan muka abang masa abang kecik?” tanya Syahril sambil tangannya melingkari pinggang isterinya.
“hmmm…abang rasa macam mana?” soal Dirani kembali.
“abang rasa kan, mesti anak kita tu nanti ikut muka cam abang. Yelah, dah lah kiut, comel jerk abang kan,” balas Syahril.
“ooo….habis muka Dira tak comel lah, tak kiut?” tanya Dirani geram.
“sape kata?. comel sangat-sangat, tapi anak kita tu nanti lebih comel dari sayang,” jawab Syahril dengan selamba.
“abang…………….!” Dirani menjerit geram.
“Syahril, Dira, apa yang bunyi bising tu?” tanya Haji Zawawi yang mendengar jeritan dari bilik Syahril.
“takde apa-apa tok, sayang Syahril nie tiba-tiba mengigau,” jawab Syahril dari dalam bilik. Tangannya pantas menutup mulut Dirani dengan tangan kanannya.
 “apa sayang nie, jerit kuat sangat. Tengok, kan tok dah dengar,” ujar Syahril dengan nada geram.
Dirani turut sama memegang tangan Syahril yang sudah berada di mulutnya. Dia cuba untuk meleraikan tangan kasar suaminya.
“huhhh…erkkk…..hmmm…..”
“sayang cakap apa?. Abang tak fahamlah!” kata Syahril sambil mengerutkan dahinya.
Dirani masih lagi cuba meleraikan tangan suaminya. Namun masih jugak tidak dapat. Dirani menunjukkan jarinya pada tangan Syahril. Syahril yang baru mengerti, segera melepaskan tangannya yang berada di mulut isterinya.
“sakitlah bang mulut Dira!” kata Dirani dengan menyentuh lembut mulutnya.
“sowie-sowie, abang tak sengaja. Sayang jerit kuat sangat tadi. Tengok, kan tok dah dengar. Nasib baik tok ngan opah tak ketuk pintu bilik nie tadi,” ujar Sayhril.
“abang tulah, sesedap je kata kat Dira,” balas Dirani geram.
“alahhh….abang gurau jelah. Sayang abang nie sentiasa comel….kiut….”
“yelah tu…dah lah, malas Dira nak layan abang. Dira nak tidolah,” kata Dirani terus berbaring dan menarik selimut menyelimuti badannya.
“alah, abang belum ngantuk lagi. Temanlah abang berborak kejap.” pinta Syahril sambil menggoyangkan badan isterinya.
“xmo, Dira nak tido,” balas Dirani selamba sambil pura-pura memejamkan matanya .
“sayang…..sayang….” panggil Syahril lagi.
Dirani tetap tidak menyahut panggilan Syahril.
“ouch….”tiba-tiba Syahril menjerit perlahan.
Tangan kirinya menekan perut. Sekejap-sekejap Dirani terdengar suaminya menjerit. Tanpa mengesyaki apa-apa, Dirani membuka matanya. Dia melihat Syahril menahan sakit dengan muka yang berkerut.
Dirani pantas bangun dari baringnya.
“abang kenapa nie?” soal Dirani dengan cemas.
Syahril tidak menjawab panggilan isterinya. Tangannya masih lagi menekan perutnya dengan lembut.
“abang, kenapa nie? abang sakit apa?” soal Dirani lagi.
Syahril masih lagi diam. Dirani yang mahu melangkah turun dari katil tiba-tiba terasa tangannya di tarik oleh seseorang. Badannya kembali ke belakang. Lebih tepat lagi berada di riba suaminya. Dirani terjerit kecil. Mukanya di paling kan ke muka suaminya. Dahinya berkerut memandang wajah Syahril yang sedang tersengih di depannya.
“abang sakit ke tak nie?” soal Dirani hairan.
“abang tak sakit pun!” balas Syahril ringkas.
“yang abang jerit tadi tu apa?” tanya Dirani lagi.
“saje, sebab sayang tak nak borak ngan abang!” Syahril berkata dengan selamba.
“isshhh….geram betul Dira ngan abang nie.”
“geram-geram pun suami sayang jugakkan!”.
“dah lah, jom tido.” ajak Syahril kepada Dirani.
“hah!”
“jom tido,” kata Syahril lagi seraya meletakkan kepalanya di atas bantal.
Dirani melabuhkan badannya di sebelah tubuh Syahril.
“sayang…..selamat malam,” ucap Syahril lembut sambil mencium dahi isterinya.
“selamat malam abang,” balas Dirani.
Manja betul suami aku nie. Tu belum kami ada anak lagi. Jangan-jangan dia lagi manja dari anak kami nanti sudah, tak terlayan pulak.”omel Dirani dalam hatinya.