AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Ahad, 29 Mei 2011

BILA HATI BERBICARA - BAB 27

BAB 27
Usai menunaikan solat zohor berjemaah dengan Syahril, Dirani dan Syahril keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Dirani yang tadi haya menjadi pemerhati kini telah menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu Hajjah Mahanum di dapur. Terasa menyusahkan opah pulak dengan kenyataan Syahril tadi. Syahril memberitahu Hajjah Mahanum bahawa mereka berdua tidak makan tengah hari lagi. Syahril ingin menikmati hidangan yang disediakan oleh opahnya.
Dirani mula membantu Hajjah Mahanum di dapur. Syahril yang turut berada di dapur bersama-sama dengan Haji Zawawi hanya menikmati kopi panas dengan baulu cermai. Tidak ada langsung tanda-tanda mahu membantu. Hajjah Mahanum meminta Dirani memarut kelapa. Mujurlah Dirani tahu memarut kelapa menggunakan mesin. Dirani pernah belajar menggunakannya semasa di restoran ibu suatu ketika dulu. Tidaklah malu sangat bila opah Syahril mahukan bantuan.
Semua lauk dihidangkan di atas meja. Aroma yang enak membuka selera. Ikan patin masak gulai tempoyak, kerabu mangga, ikan kembung goreng, sambal belacan dan jantung pisang rebus. Walaupun hidangan lauknya tidak sebanyak mana, cukup untuk membuka selera penghuni rumah itu.
Haji Zawawi, Hajjah Mahanum, Dirani dan juga Syahril menikmati hidangan yang tersedia. Syahril makan dengan bersungguh-sungguh sekali. Gaya makan Syahril seolah-olah dia tidak pernah menikmati langsung makanan itu.
“Syahril, lapar sangat ke kamu tu?” soal Haji Zawawi apabila melihat kesungguhan cucunya itu makan.
“uhuk…uhuk…”Syahril tersedak tiba-tiba.
Dirani menghulurkan gelas berisi air suam kepada suaminya.
“tulah abang, makan tak ingat orang sekeliling,” kata Dirani sambil memandang wajah Syahril di sebelahnya.
“hehehe….abang lapar sangat. Lagi pun dah lama tak makan masakan opah nie,” balas Syahril selepas meminum air yang dihulurkan oleh Dirani.
Selesai makan, Dirani membantu Hajjah Mahanum membasuh pinggang. Walaupun sudah dilarang keras oleh opah Syahril, namun Dirani tetap juga membantu.
“tak payahlah Dira tolong opah. Pergi je berehat kat luar tu dengan Syahril.” ujar Hajjah Mahanum.
“takpelah opah, lagipun nie pertama kali Dira datang rumah opah. Takkan Dira nak duduk je, tak buat apa-apa,” jawab Dirani sambil tangannya lincah menyabunkan pinggang di dalam sink.
“laaa…kamu kan dah tolong opah masak tadi,” balas Hajjah Mahanum.
“takpelah opah, biar lah Dira tolong opah kat dapur nie,” kata Dirani yang masih lagi ingin membantu opah Syahril.
“hmmm….yelah, kamu tolong opah bilas pinggang-pinggang nie ye,” kata Hajjah Mahanum kepada Dirani di sebelahnya.
“ooo….ok!” jawab Dirani ringkas.
Syahril dan Haji Zawawi sudah berada di beranda di luar rumah. Entah apa yang dibualkannya sehinggakan kedengaran tawa mereka sampai ke dapur.
“Syahril tu kalau dah jumpa ngan tok dia, macam tulah jadinya,” Hajjah Mahanum memberitahu Dirani.
“kat rumah mama pun macam tu jugak, tapi tkdelah abang suka sampai macam tu sekali,” balas Dirani.
“kalau Dira nak tau Syahril nie memang manja, terutama sekali ngan mama dia.” Sambung Hajjah Mahanum lagi.
Setelah selesai membasuh pinggang, Hajjah Mahanum mengajak Dirani duduk kat luar bersama-sama dengan Haji Zawawi dan juga Syahril.
“apa yang abang suka kan tu. Sampai kat dapur saya dengar.” Soal Hajjah Mahanum kepada suaminya Haji Zawawi.
“takde apa-apa. Awak bukan tak tau perangai saya bila dah dapat jumpa ngan cucu saya nie,” jawab Haji Zawawi yang masih lagi dengan ketawanya.
Dirani mengambil tempat di sebelah Syahril.
“Dira dah lama ke kenal ngan Syahril nie?” soal Haji Zawawi dengan mesra.
“taklah lama tok. Dira kenal ngan mama dulu, baru Dira kenal ngan abang. Tu pun masa Dira jumpa mama kat restoran dengan kakak angkat Dira,” Dirani memberitahu kepada Haji Zawawi.
tok ngan opah mintak maaf, sebab tak dapat hadir masa Dira kawin ngan cucu tok nie,” kata Haji Zawawi.
“takpe, Dira tak marah pun. Lagi pun abang dah bagitahu kat Dira yang tok ngan opah pergi mengerjakan Haji masa kami kawin ari tu,” balas Dirani lembut.
“bertuah Syahril dapat isteri macam Dira nie. Dahlah cantik, sopan santun, berbudi bahasa, suka tolong nenek, yang paling penting pandai masak.” Hajjah Mahanum memuji cucu barunya.
opah jangan puji sangat sayang Syahril nie, kang dibuat tak tido malam pulak,” kata Syahril dengan mengusik Dirani.
Dirani menjeling manja suami di sebelahnya.Tangannya pantas mencubit peha milik Syahril.
“aduhh…..apa sayang nie! suka sangat cubit peha abang.” Syahril menggosok pehanya yang di cubit oleh Dirani tadi.
“abang tu yang pandai-pandai usik Dira, kenapa?” tanya Dirani dengan geram.
“alahh….abang main-main je. Lagi pun bukan senang nak usik sayang depan opah ngan tok nie. Tangan sayang tu cepat sangat, dah macam ketam, tau tak.”
Hajjah Mahanum dan Haji Zawawi tersenyum melihat kemesraan antara Syahril dan juga Dirani.
“elehh…tangan Dira macam ketam pun, abang tetap sayang kat Dira jugak kan!” balas Dirani dengan selamba di depan kedua orang tua itu sambil melentok manja kepalanya pada bahu Syahril.
opah ngan tok tengoklah, macam manalah Syahril tak sayang kalau dia nie asyik nak bermanja je ngan Syahril,” Syahril membalas usikan isterinya.
“lama ke kamu duk sini Syahril?” tanya Hajjah Mahanum yang masih lagi dengan senyuman di bibirnya.
“takdelah opah. Pagi Isnin kami dah bertolak balik KL. Kalau ikutkan memang Syahril nak duduk lama kat kampung nie, tapi keje kat pejabat tu banyak. Takde sape yang nak handle. Akim pulak sibuk ngan keje-keje dia kat ofis tu,” Syahril memberitahu kepada Hajjah Mahanum.
“lain kali kalau nak datang bagi tahulah dulu kat tok ngan opah. Boleh jugak kami siapkan apa-apa yang patut,” kata Haji Zawawi.
“yelah tok, lain kali kalau Syahril nak balik kampung, Syahril telefon tok dulu.” Balas Syahril lembut.
“haaaa….kalau nak datang sini lagi, jangan lupa bawak sekali cucu opah yang sorang nie,” ujar Hajjah Mahanum sambil menyentuh lembut tangan Dirani.
Dirani hanya tersenyum memandang wajah orang tua di depannya.
……………………………..
Pada sebelah petang pula, Syahril dan Dirani lebih selesa berehat di pangkin kayu di bawah pokok mangga bersebelahan dengan pokok cermai. Hajjah Mahanum dan Haji Zawawi keluar ke pekan, katanya ada hal.
“abang…..” Dirani memanggil mesra suaminya.
“ye, sayang nak apa?” dengan nada mengusik.
“hmmm….abang ambik buah mangga tu untuk Dira boleh?” pinta Dirani dengan senyuman di bibir.
Syahril memandang wajah isterinya…
“kenapa pulak abang tengok Dira macam tu?” tanya Dirani hairan.
“yang sayang tiba-tiba nak makan buah mangga nie, kenapa?. sayang mengandung ek?” soal Syahril dengan tersengih.
“isshhh abang nie!..mana ada, Dira tengok buah mangga tu sedap je. Tu yang Dira suruh abang ambik,” balas Dirani geram.
Syahril memandang ke atas pokok mangga tersebut.
“tinggi sangat lah sayang, takkan abang nak panjat pokok mangga tu,” kata Syahril sambil matanya masih lagi melihat ke atas pokok mangga tersebut.
“habis? takkan Dira yang nak kena panjat pulak,” ujar Dirani.
“sayang pandai ke nak panjat pokok nie?” tanya Syahril.
“kalau Dira pandai panjat pokok, takdelah Dira suruh abang. Baik Dira sendiri yang panjat pokok ambik buah mangga tu,” luah Dirani dengan nada yang masih geram.
“sayang betul ke nak makan buah mangga tu?” soal Syahril lagi.
“takdelah, Dira ingat nak buang je buah mangga tu,” balas Dirani selamba.
“hahahaha……” Syahril ketawa mendengar jawapan dari isterinya.
“takpe ke abang panjat pokok mangga tu, sayang tengoklah sendiri. Dahlah banyak kerengga kat atas tu” Syahril masih lagi memberi jawapan.
“takpe, bukan abang masuk hospital pun kalau kena gigit di kerengga tu,” ujar Dirani lagi apabila suaminya masih belum bergerak dari pangkin kayu.
“yelah-yelah…..abang nak panjat lah nie,” ujar Syahril lalu bangun dan menuju ke arah pokok mangga bersebelahan tempat duduknya.
Dirani hanya duduk di bawah sambil menunggu suaminya turun dari pokok tersebut. Mulutnya tidak berhenti-henti menyuruh Syahril memilih buah mangga yang elok. Serba tak kena Syahril dibuatnya. Pilih yang tu salah, pilih yang nie salah.
“isshhh….susah betullah minah nie, dah lah suruh aku panjat pokok mangga. Boleh pulak dia arah-arah aku,” omel Syahril sendiri.
“abang cakap ngan sape?” Tanya Dirani apabila melihat mulut suaminya terkumat-kamit seakan sedang membaca doa.
“abang cakap ngan ‘kawan’ abang kat atas pokok nie,” Syahril membalas dengan selamba.
Isshhh…bini aku nie. Nampak sangat ke mulut aku nie tengah kata kat dia,” kata Syahril dalam hati.
Sedang asyik Dirani melihat Syahril yang sedang memetik buah mangga kat atas pokok, tiba-tiba dia terdengar deruman enjin motor memasuki halaman rumah opah dan tok. Dirani tersenyum melihat Hajjah Mahanum dan Haji Zawawi.
Setelah memakirkan motosikal, Hajjah Mahanum dan Haji Zawawi bergerak menuju ke tempat cucu-cucunya berada.
“Dira tengok apa kat atas tu?” soal Haji Zawawi lembut apabila melihat Dirani asyik memandang ke atas pokok mangga tersebut.
tok, opah……” panggilnya dengan mesra.
“Dira tengok abang petik buah mangga kat atas tu!” jari kanannya menunjuk ke arah Syahril yang masih berada di atas pokok mangga.
“sayang….cukup tak nie?” tanya Syahril dengan menunjukkan isi plastik kepada isterinya.
“dah banyak tu, abang turunlah.” pinta Dirani.
Syahril turun dari pokok dengan berhati-hati. Dahan yang keras dipilih untuk dipijak oleh kakinya. Seminit dua Syahril sudah berada di depan isterinya, Hajjah Mahanum dan juga Haji Zawawi.
Syahril menghulurkan plastik yang berisi buah mangga kepada Dirani. Dirani menyambutnya dengan gembia. Geli hati Dirani apabila melihat gelagat Syahril yang digigit kerengga ketika memetik mangga.
“apa senyum-senyum?” tanya Syahril kepada Dirani.
“kan senyum tu satu sedekah!” Dirani memberikan jawapan.
“yelah tu……” Syahril berkata sinis.
“kalau kamu tak balik, takde sapelah yang nak ambik mangga tu Syahril.” kata Haji Zawawi kepada cucunya Syahril sebaik sahaja Syahril turun ke bawah.
“kenapa tok tak jual je buah mangga nie, dapat jugak hasil,” Syahril memberikan pendapatnya.
“hmmm….nak jual rasa serba salah pulak. Lagi pun bukan banyak mana buah mangga tu,” jawab Haji Zawawi.
“Dira nak makan macam tu je ke mangga tu?” soal Haji Zawawi.
“takdelah tok, Dira ingat nak buat kuah rojak untuk dicecah,” balas Dirani.
“elok jugak tu. Dah lama tok tak makan rojak mangga nie,” luah Haji Zawawi kepada Dirani.
“hai toknya, dulu kalau saya nak buat, abang kata tak payah. Bila cucu baru abang nie nak buat, kata dah lama tak makan pulak.” kata Hajjah Mahanum seakan memperli suaminya.
“takpelah Num oii…..dapat jugak saya merasa kuah rojak buatan cucu saya nie,” jawab Haji Zawawi sambil tersenyum melihat Hajjah Mahanum.
Dirani dan Syahril ketawa melihat gelagat tok dan opahnya.




BILA HATI BERBICARA - BAB 26

BAB 26
“mama….Syahril ingat nak bawak Dira balik kampung hujung minggu nie,” Syahril memberitahu Datin Jasmine yang tengah melayan Mia.
“balik kampung?” soal Datin Jasmine.
“yelah,dah lama Syahril tak balik kampung jumpa opah ngan tok. Lagi pun masa Syahril kawin dulu kan diorang tak dapat datang,” jawab Syahril.
“elok jugak tu, Dirani belum kenal lagi opah dan tok kat kampung. Bila Syahril nak balik kampung?” tanya Datin Jasmine lagi.
“hmmm……Syahril ingat nak bertolak petang Jumaat nanti. Dapat duduk lama sikit kat kampung. Boleh jugak Syahril bawak Dira jalan-jalan.”
“Dirani dah tau ke pasal kamu nak bawak dia balik kampung?” soal Datin Jasmine.
“belum lagi mama, malam nantilah Syahril gtau kat Dira,” jawab Syahril.
“along, Mia nak ikut jumpa tok ngan opah!” kata Mia dengan tiba-tiba.
“adik nak ikut along balik kampung?” tanya Syahril apabila Mia tiba-tiba bersuara.
“yelah…boleh tak Mia nak ikut along balik kampung?” tanya Mia lagi.
“tak payah lah Mia. Lagi pun along nak balik sekejap je kat kampung. Nanti ada masa mama bawak Mia ngan kak Aishah balik kampung jumpa tok ngan opah,” balas Datin Jasmine dengan memberikan cadangan kepada anak bongsunya itu.
“mama janji?” kata Mia sambil menyuakan jarinya kepada Datin Jasmine.
“ye, mama janji sayang…………”
Syahril yang baru keluar dari bilik air terus menuju ke arah isterinya yang duduk di atas kerusi panjang di hujung katil. Niatnya untuk memberitahu tentang rancangannya menziarahi nenek dan atuknya yang berada di kampung.
“sayang…..” panggil Syahril.
“hmm……ada apa bang?” soal Dirani.
“hujung minggu nie sayang ada apa-apa rancangan tak?” Syahril menanyakan isterinya.
“hujung minggu nie? Dira rasa takde apa-apa. Kenapa?.”
“abang ingat nak ajak sayang balik kampung. Nak kenalkan sayang dengan opah dan tok abang kat kampung.” Ujar Syahril.
opah dan tok? Abang tak cakap pun kat Dira yang opah ngan tok abang ada kat kampung.”
“habis sayang tak tanya, takkan abang nak jawab,” balas Syahril selamba.
“yelah tu. Kalau Dira tak tanya, abang tak nak bagi tau lah,” kata Dirani dengan nada geram.
“abang ingat sayang tak nak kenal ngan tok dan opah abang, sebab tulah abang tak gtau kat sayang tentang mereka,” selamba Syahril menjawab.
“yelah tu…..ke abang takut opah ngan tok abang sayang Dira lebih dari abang?” tanya Dirani dengan senyuman dibibir.
“ehh sayang nie. Abang tak takutlah, tkpe, sampai kat kampung nanti kita tengok sape yang tok ngan opah lebih sayang. Tapikan comfirm abang rasa diorang sayang abang lebih dari diorang sayang sayang………”
“ok…..tapi abang jangan nak nangis pulak ye,” masih lagi dengan senyuman di bibirnya.
“sayang nie kan…………”
Syahril menarik isterinya rapat dengan tubuhnya. Hidung milik isterinya bertemu dengan hidung milik Syahril. Dirani terkedu seketika. Wajahnya segera ditunjukkan ke bawah. Syahril tergelak kecil melihat wajah terkejut isterinya.
………………………..
“sayang, cepat lah turun. Dah lambat nie, nanti jem pulak jalan tu,” Syahril memanggil Dirani dari tingkat bawah.
“tunggulah kejap,” terdengar suara Dirani dari dalam bilik.
5 minit kemudian Dirani keluar dari bilik dengan membawa beg yang berisi pakaian. Dia turun ke bawah dengan menarik muka masam.
“laa…yang sayang nie tiba-tiba masam muka nie kenapa?” soal Syahril geli hati.
“abang tulah, banyak sangat letak baju dalam beg nie. Berat, tau tak,” balas Dirani sambil menjeling suaminya.
“hehehe…ye ke berat?. Abang tak perasan pulak. Syahril mengambil beg pakaian dari tangan isterinya.
“dah lah tu, dah pukul berapa nie. Nanti lambat pulak sampai kat kampung,” Datin Jasmine memberitahu kepada Syahril dan Dirani.
“oklah, mama. Syahril pergi dulu ye.” ujar Syahril sambil menyalami tangan Datin Jasmine.
“yelah, nanti Syahril sampaikan salam mama pada opah dan tok kat kampung ye,” pesan Datin Jasmine.
“ok…”
“mama, Dirani pergi dulu ye.” ucap Dirani dengan menyalami tangan ibu mentuanya.
Datin Jasmine mengangguk. Tangannya lembut menyentuh wajah menantu kesayangannya.
“Syahril, jaga isteri kamu elok-elok. Jangan bawak kereta laju sangat,” pinta Datin Jasmine sebelum Syahril Dan Dirani masuk ke dalam kereta.
“insya allah, mama.”
Kereta Peugeot 308 putih memulakan perjalanan. Haruman Ambi Pure menusuk ke dalam hidung.
“abang, jauh tak rumah opah ngan tok abang?” Dirani memulakan perbualan.
“takdelah jauh mana. Adalah lebih kurang 2 jam perjalanan. Kenapa, sayang mengantuk ke?” soal Syahril.
“takdelah, saje Dira tanya. Hmmm….tok ngan opah abang tu garang tak?” tanya Dirani lagi.
Syahril ketawa mendengar soalan yang keluar dari mulut isterinya.
“abang nie!!...orang tanya, dia ketawa pulak.”
“yelah, kelakar sangat soalan sayang tu. Sebab tu abang ketawa.” kata Syahril yang masih lagi dengan ketawanya.
“mana lah tau, sampai je kat sana nanti opah ngan tok abang uji Dira. Macam mana Dira nak jawab,” luah Dirani dengan nada perlahan.
“isshhh…opah ngan tok abang ok je. Diorang tak macam tulah. Kalau sayang nak tau, diorang nak sangat kenal ngan sayang waktu kita kawin dulu. Tapi diorang tak dapat nak datang sebab waktu tu diorang pergi mengerjakan Haji.” ujar Syahril.
“oooo…….” balas Dirani ringkas.
Syahril membelokkan keretanya memasuki kawasan Giant. Katanya dia ingin membeli sesuatu. Dirani hanya menurut langkah Syahril. Troli di muka pintu dicapai dan ditolak masuk ke dalam pasar raya tersebut. Satu demi satu barang dapur dicapai dan dimasukkan ke dalam troli. Tidak ketinggalan juga barang-barang keperluan yang lain, turut diletakkan di dalam troli itu. Hampir penuh satu troli barang-barang yang dicapainya.
“kata tadi nak beli sesuatu. Kalau dah satu troli bukan sesuatu lagi namanya,” kata Dirani memperli Syahril.
“kalau sayang nak ambil apa-apa, ambillah. Nanti abang bayarkan,” kata Syahril ikhlas.
“Dirani hanya mencebik ke arah Syahril.
Beberapa minit kemudian, kereta Syahril telah pun memasuki lebuh raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Dirani sekadar menjadi pemerhati jalan. Sekali lagi suasana sunyi menyelubungi mereka.
“berapa kilometer dah sayang kira?” tanya Syahril memecah kesunyian.
“berapa kilometer apa bang?” tanya Dirani yang kurang jelas dengan maksud Syahril.
“yelah, dari tadi khusyuk pandang jalan aja. Mesti kira dah berapa kilometer yang kita lalui. Abang yang duduk kat sebelah nie tak nak tengok, jalan tu jugak yang dia nak tengok.” kata Syahril sambil tersenyum memandang Dirani.
“Dira tak sempat nak bawak pengukur jalan sekali tadi,” kata Dirani sambil tersenyum.
Mereka berdua ketawa akhirnya.
Setelah hampir 2 jam perjalanan, akhirnya Syahril membelokkan keretanya ke sebuah perkampungan di Salak Tinggi. Sebuah perkampungan yang damai pada penglihatan mata kasar. Kawasan perkampungan yang masih belum tercemar. Syahril membelokkan keretanya ke kanan jalan dan menaiki jambatan kayu.
Kereta Syahril akhirnya berhenti di hadapan sebuah rumah kampung. Rumah yang agak besar binaannya. Halaman rumah yang bersih. Tiada daun-daun gugur di halam rumah. Pokok bunga ros menghiasi laman rumah tersebut. Di sebelah kanan pula kelihatan pokok mangga dan pokok cermai yang besar. Terdapat pangkin di bawah pokok cermai tersebut.
Syahril mengejutkan isterinya yang sedang tido di sebelah tempat duduknya.
“sayang…..sayang….” Syahril menggerakkan tubuh isterinya dengan perlahan.
“hmmmm……….” Dirani tersedar dari tidonya. Matanya terus terbuka luas.
“kita dah sampai. Jom keluar jumpa tok ngan opah,” ajak Syahril.
Dirani menganggukkan kepala. Dia kemudiannya membaiki tudung yang terselit kemas di kepalanya. Syahril keluar dari pintu kereta dan menuju ke bonet belakang untuk mengeluarkan beg pakaian dan barang-barang yang dibelinya tadi.
Dirani membantu Syahril membawa barang-barang yang dibeli oleh suaminya sebelum bertolak ke kampung. Dia kemudiannya mengikut langkah Syahril menuju ke rumah tersebut.
“assalamualaikum……….opah….tok!” kata Syahril sambil memandang pintu rumah yang terbuka luas.
Tiada sahutan yang kedengaran. Dirani pastinya menduga bahawa inilah rumah opah dan tok Syahril.
“mana pulak diorang pergi nie!. Sayang tunggu kejap kat sini, abang pergi cari opah ngan tok kat belakang.” pinta Syahril sambil berlalu pergi.
Tidak lama kemudian Syahril kembali semula ke tempat isterinya.
“kat belakang pun takde jugak. Diorang pergi mana nie, pintu kat depan nie tak ditutup.” ujar Syahril sedikit risau.
“abang jangan riaulah. Kejap lagi diorang baliklah.” kata Dirani bagi mengurangkan kerisauan di wajah suaminya.
Syahril dan Dirani hanya duduk di tangga. Tidak sampai 5 minit, mereka melihat sebuah motor memasuki halaman rumah.
“sape pulak yang datang rumah kita tu Num?” tanya Haji Zawawi yang memberhentikan motosikalnya di sebelah kereta milik Syahril.
“manalah saya tau bang Haji oii!!..cuba awak pergi tengok. Entah-entah ada orang sesat kot,” jawab Hajah Mahanum.
“Syahril dan Dirani bergerak menuju ke Haji Zawawi dan Hajjah Mahanum.
“assalamualaikum, tok….opah,” kata Syahril sambil menyalami tangan kedua orang tua itu.
“waalaikumussalam…..” jawab Haji Zawawi dan Hajjah Mahanum sentak.
“laa…kamu Syahril. Kenapa tak telefon dulu nak balik kampung?” soal Haji Zawawi.
“tulah toknya, kalau tak boleh juga saya masakkan lauk kegemaran Syahril nie,” kata Hajjah Mahanum.
Dirani yang ada disebelah Syahril hanya berdiam diri.
“yang nie mesti cucu baru tokkan?” tanya Haji Zawawi kepada Syahril apabila Dirani berada bersama dengan Syahril.
“alahh…abang lupa nak kenalkan sayang ngan tok dan opah abang. Sayang, nielah tok dan opah abang yang abang cerita kat sayang dulu.” Syahril memperkenalkan Dirani kepada Haji Zawawi dan Hajjah Mahanum.
“assalamualaikum….tok, opah.” kata Dirani dengan menyalami tangan kedua orang tua itu. Ajaran ibu supaya menghormati orang yang lebih tua, sentiasa diingati.
tok, opah….. Nielah isteri Syahril, Khadeeja Dirani. Tapi Syahril panggil Dira je.”
cantik, pandai Syahril pilih,” kata Hajjah Mahanum melihat cucu barunya.
“hehehe….bukan Syahril yang pilih opah, mama yang carikan untuk Syahril,” Syahril memberitahu Hajjah Mahanum dengan tersenyum manis menerima pujian untuk isterinya.
“haaa…mama ngan adik-adik kamu tak ikut sekali ke?” tanya Haji Zawawi.
“tak tok, mama kirim salam kat tok ngan opah. Mama cakap kalu ada masa nanti mama bawak Mia ngan Aishah balik kampung.” Syahril menyampaikan pesanan dari Datin Jasmine.
“dah-dah lah tu abangnye, kesian kat cucu baru saya nie. Takkan nak tercegat je kat bawah nie,” ujar Hajjah Mahanum sambil tangannya menarik lembut tangan Dirani menuju pintu masuk.
“ya, allah….terlupa pulak abang. Tulah, asyik sangat duk sembang ngan Syahril nie.” balas Haji Zawawi sambil menepuk dahinya.
“marilah masuk Dira, buat macam rumah sendiri. Lagi pun rumah nie pun rumah Dira jugak, jangan malu-malu.” Hajjah Mahanum mempelawa cucu barunya untuk masuk ke dalam rumah.
“hai opah, takkan isteri Syahril je yang opah jemput. Habis Syahril nie duk kat luar jelah,” kata Syahril dengan nada buat-buat merajuk.
“Syahril kan dah biasa datang sini. Cucu baru opah nie baru pertama kali datang kat sini, dah tentulah opah jemput cucu baru opah nie dulu,” ujar Hajjah Mahanum dengan senyuman dibibir.
“dah-dah, tak payah lah kamu nak merajuk Syahril. Kamu tu dah besar panjang, dah ada isteri pun. Kamu tak malu ke tengok isteri kamu tu?” tanya Haji Zawawi.
“jom kita masuk dalam, panas kat luar rumah nie,” sambung Haji Zawawi lagi.
Syahril membawa beg pakaiannya masuk ke dalam rumah dan meletakkannya ke dalam bilik tidonya.
“bilik kamu tu opah tak sempat nak bersihkan. Macam dulu jugaklah, kalau opah tau kamu nak balik bolah jugak opah tolong bersihkan,” kata Hajjah Mahanum yang duduk di ruang tamu.
“tak payah susah-susahlah opah, lagi pun Dira kan ada. Nanti Dira tolong kemaskan. Dira tak kisah sangat keadaan bilik tu macam mana. Dapat tido dah alhamdulillah,” balas Dirani ikhlas yang berada disebelah Hajjah Mahanum.
Syahril keluar dari bilik dan menuju ke tempat tok, opah dan isterinya berada.
tok…….” panggil Syahril.
“hmmm…kamu nak apa?” soal Haji Zawawi.
“Daus ada balik tak kat kampung nie?” tanya Syahril kepada Haji Zawawi.
“oooo….dah 2 hari dia ngan isteri dia balik kat sini. Kalau dia tau kamu ada kat rumah tok nie dah tentu dia singgah kat sini nanti.” Balas Haji Zawawi.
“lama Syahril tak jumpa ngan Daus. Kalau tak silap 3 tahun lepas, tu pun masa Daus nak kawin,” ujar Syahril.
“kamu masuklah berehat dulu. Bawak isteri kamu nie, tentu dia penat. Kejap lagi dah nak masuk waktu zohor. Lepas kamu solat nanti, boleh lah kita makan.” Kata Hajjah Mahanum kepada Syahril dan Dirani.
“eloklah tu, tok pun nak ke surau jugak lepas nie. Syahril….Dira, pergilah masuk bilik, berehat.”

BILA HATI BERBICARA - BAB 25

BAB 25
Dirani meletakkan novel DIA YANG KAU PILIH karya Fauziah Aashari di atas almari kecil. Cuti yang di ambil digunakan dengan sebaik-baiknya. Bukannya dia malas untuk bekerja, cuma dia ingin berehat di rumah sahaja. Syahril yang pada mulanya mengesyaki isterinya kurang sihat ingin membawa Dirani ke klinik. Tetapi Dirani mengatakan dia sihat-sihat sahaja. Syahril ke pejabat seorang diri pada hari itu.
Dirani melangkah ke tepi tingkap. Menyelak langsir yang berterbangan ditiup angin petang. Dia bersendirian di dalam bilik selepas Aishah dan juga Mia turun ke bawah sejam yang lepas. Selepas menunaikan solat Asar, Dirani memeluk tubuh sambil mengadap tingkap yang terbuka luas. Dari bilik dia dapat melihat taman mini Vila Shahira.  Aishah dan Mia ada  di situ. Mungkin sedang berbual-bual. Dirani tersenyum. Kemesraan adik iparnya begitu mencuit hati. Keramahan Datin Jasmine pada awal pertemuannya sehingga dia menikahi anak lelaki wanita itu telah menyemarakkan kasih sayangnya pada insan itu. Dan cinta Syahril kepadanya membuatkan Dirani terawang-awang ke dalam dunia rekaannya.
Dirinya asyik melihat gelagat adik iparnya di taman mini. Langsung tidak menyedari akan kelibat suaminya yang berada dibelakangnya.
Dirani berpusing.
“haaa!” Satu suara menyergah.
Berderau darah Dirani. Segera menutup mata dan menyandar di dinding tingkap. Terasa bagaikan hendak gugur jantungnya. Tiba-tiba ada bunyi ketawa meletus di dalam bilik itu. Dirani kenal benar dengan suara itu.
Perlahan-lahan dia membuka mata. Apabila kelopak matanya dibuka, tubuhnya terus diraih ke dalam pelukan. Dirani terkedu. Bunyi ketawa itu masih kedengaran. Malah semakin dekat di telinga.
“sayang terkejut ke?” soal Syahril seraya melepaskan pelukan.
Dirani merengus kecil. Dia kenal dengan kehangatan tubuh Syahril. Dia terus membalas pandangan mata Syahril sekejap. Syahril menghentikan ketawa. Melahirkan senyuman manis di bibirnya. Niatnya ingin mengucup pipi Dirani tetapi pantas dihalang apabila Dirani meregangkan lagi jarak antara mereka. Syahril mengerutkan dahi.
“kenapa?. abang rindu sangat kat sayang tau? sampai tak sabar-sabar abang nak balik dari pejabat tadi. Tulah, sape suruh sayang tak pergi pejabat ari nie,” ujar Syahril sedikit kecewa. Tetapi Dirani bersikap selamba. Seolah-olah tidak mengerti kata-kata Syahril.
“abang nie, dah berapa kali Dira pesan. Kalau nak masuk bilik kena buat apa?”
“tau, kena bagi salam.”
“habis tu? Dira tak dengar pun! buat terkejut orang je. Entah bila dia menyelinap?”
“elehh, dia yang termenung sampai tak sedar. Abang nampak sayang bertenggek dekat tingkap ni masa abang lalu kat taman mini tadi. Sayang yang tak perasankan abang,” Syahril menjawab.
Dirani memusingkan tubuhnya. Selamba tindakannya sehingga menimbulkan niat nakal di hati Syahril. Dengan pantas, Syahril memeluk pinggang Dirani.
Dirani hampir menjerit dengan tindakan deras itu. Cuba dilonggarkan tangan itu tetapi Syahril sengaja mengetatkan lagi rangkulannya.
“mana sayang nak lari?. Pintu tu abang dah kunci. Dan kuncinya ada dalam poket seluar abang nie. Kalau sayang berani, seluklah dalam pokek seluar abang. Ambil sendiri.” Syahril bersuara dalam nada usikan.
Mula-mula Dirani terfikir juga mahu memprotes lagi tetapi lama kelamaan dia hanyut dalam pelukan itu. Dia hanya membiarkan pelukan tadi semakin erat di pinggangnya.
“abang dah lama sampai? Dira tak nampak pun,” tanya Dirani sambil mencari raut Syahril di belakangnya.
“adalah dalam setengah jam abang perhatikan sayang. Sayang fikirkan apa?” tanya Syahril perlahan.
Dirani terdiam. Terasa ada satu ciuman singgah di lehernya.
“abang nie controllah sikit. Tu, Aishah dengan Mia nampak nanti, malu tau! marah Dirani.
“apa yang susah? tutup jelah langsir tu. Tak ada orang nampak. Kita berdua je yang tau.”
Syahril sudah menarik Dirani. berkita-kira untuk menarik langsir menutupi tingkap.
Hei, abang jangan nak merepek-repek. Dah nak masuk maghrib nie! abang tu mandi pun tak lagi, dah ingat benda lain. Asarnya dah ke belum?” Dirani cuba menegur.
Syahril hanya tersenyum. Dirani tidak pernah lupa mengingatkannya tentang solat. Syahril bersyukur. Dirani telah membuka matanya besar-besar tentang kesempurnaan solat.
“abang dah solat dengan Akim tadi. Lepas appointment dengan client, kami terus singgah kat masjid.”
“abang nak makan apa malam nie?. nanti Dira masakkan,” Suara Dirani lembut. Tangannya disangkut ke bahu Syahril. Ada senyuman mesra lahir di bibirnya.
“sayang tak payah masaklah. Hari nie kita makan lauk yang mak masak,” ujar Syahril cuba mendekatkan lagi wajahnya. Dirani faham dengan maksud tingkah laku Syahril. Segera dia menahan wajah yang semakin hampir itu.
“abang pergilah mandi dulu. Balik dari pejabat nak peluk Dira. Peluh abang tu, Dira rimas.” Dirani menjatuhkan tangannya.
“peduli apa.”
Ciuman mesra itu tetap singgah di pipi Dirani dan kemudian melekat di dahinya pula. Dirani menampar lembut pipi Syahril yang tersengih.
Kemudian matanya terpandangkan rantai yang tersangkut di leher Dirani.
“apa yang abang tengok?” soalan Dirani membuatkan Syahril melebar senyuman.
“leher sayang tu geramnya abang tengok,” usik Syahril.
“abang jangan nak mengada-ngadalah. Mulalah tu nak cakap yang bukan-bukan.”
 Syahril terus ketawa. Wajah Dirani yang kemerah-merahan ditatap sepenuh hati. Rambut lurus isterinya yang berterbangan menutup sedikit wajahnya diselak lembut ke belakang. Dibelai dan diusap dengan senyuman.
“rambut sayang nie cantik. Hidung sayang, pipi sayang dan segala-galanya milik sayang, abang nampak cantik. Dan satu lagi……….mata sayang tu, lagi cantik,” sambung Syahril lagi.
Dirani tersenyum. Syahril memandang senyuman itu.
“janganlah senyum menggoda macam tu! hati abang tak tahanlah.”
Dirani mematikan senyumannya.
“abang nie,” marah Dirani.
“betul! sayang betul-betul mampu buat abang hilang akal tau,” kata Syahril dengan romantis.
“ye ke?” bukan Diana yang buat abang hilang akal?” Dirani sengaja menduga hati suaminya.
“sayang cemburukan?” soal Syahril.
“takde masa Dira nak cemburukan Diana.”
“betul nie sayang tak cemburu?. kalau abang keluar ngan Diana macam mana?” tanya Syahril dengan selamba.
“kalau abang berani buat macam tu, Dira balik rumah ibu. Dira tinggal abang sorang-sorang kat sini.” jawab Dirani geram.
Syahril ketawa mendengar jawapan daripada isterinya.
“sayang jangan tinggalkan abang ye?” kalau sayang nak tengok abang masuk Tanjung Rambutan, beranilah buat macam tu. Puas hati sayang agaknya tengok abang terkurung dalam bilik khas untuk pesakit jiwa yang kritikal.”
Dirani memandang wajah Syahril. Mata mereka berlaga seketika.
“dah tu, sape suruh abang sebut nama Diana?” tanya Dirani dengan nada yang masih geram.
“abang cuma sebut je, bukan betul-betul pun abang nak keluar ngan dia,” jawab Syahril.
“dahlah, malas Dira nak layan abang. Orang betul-betul sayang kat dia. Menyampah!”
“aikk….cemburu pulak?. Tadi bukan main sayang kata takde masa nak cemburu. Tiba-tiba nak marah nie kenapa?”
Syahril mencuit hidung Dirani.
Memang dia cemburu kerana nama perempuan lain disebut oleh Syahril. Walaupun dia kenal ngan perempuan tu.
“dahlah tu, sekarang abang nak mandi. Sayang temankan abang ye?” Syahril sudah menarik tangan Dirani menuju ke penyidai baju untuk mengambil tuala.
Dirani tersentak.
“eh, tak naklah. Abang mandilah sorang-sorang, Dira sediakan baju untuk abang.”
“sayang nie! dah jadi isteri abang pun nak malu-malu lagi. Suka hati sayanglah, abang nak mandi dulu. Nanti dah masuk waktu maghrib kita jemaah sama-sama.
Dirani menganggukkan kepalanya. Syahril berlalu masuk ke dalam bilik air.
…………………………………
Selesai menunaikan solat maghrib berjemaah, Syahril dan Dirani turun ke bawah. Syahril menggenggam tangan Dirani erat dan berjalan seiringan sehingga ke tangga bawah.
“ehem…ehemm…along nie, orang lain pun ada isteri jugak. Tapi takdelah sampai nak turun bawah pun berpimpin tangan jugak,” kata Aishah yang baru keluar dari dapur.
“mestilah, kalau sayang along nie jatuh tangga, macam mana?. Along jugak yang susah,” balas Syahril selamba.
“eeiii……geli lah along nie, kan kak long?”
Dirani tersenyum melihat gelagat Syahril dan Aishah.
“elehh….adik dengki ngan along kan. Yelah, takde sape yang nak pegang tangan adik masa nak turun tangga tu.” Kata Syahril dengan nada mengusik.
“wah…wah…sedapnya kata kat Aishah macam tu. Takpe, nanti Aishah dah ada teman lelaki, Aishah akan suruh dia pegang tangan Aishah masa nak turun tangga nanti.” Balas Aishah selamba.
“mak aii…belajar pun belum habis lagi, ada hati nak cari teman lelaki ye,” ujar Syahril sambil mencubit pipi adiknya itu.”
“apa along nie! suka sangat buat kat Aishah macam tu. Tentu kat kak long pun, along buat macam tu jugakkan?” Tanya Aishah kepada Dirani.
“abang Aishah nie memang macam tu, suka sangat cubit pipi kak long nie,” jawab Dirani sambil menjeling manja kepada suaminya.
“mana ada. Abang tak pernah pun cubit pipi sayang. Tak baik tau sayang fitnah abang kat depan adik abang nie,” kata Syahril seakan merajuk.
“eeiiii….gelilah abang nie, depan Aishah pun nak bersayang-sayang jugak. Kesian Aishah tengok kak long, dah merah muka dia. Dah macam buah epal Aishah tengok.”
“alahhh…kak long lagi suka along panggil macam tu kat dia, kan sayang,” Syahril sengaja menambahkan lagi rasa malu isterinya.
“dah lah bang. Aishah jangan layan sangat along Aishah nie, kalau di layan sampai esok pun tak habis lagi,” kata Dirani.
“betul tu kak long. Along nie kalau bercakap sampai pagi pun takpe,” balas Aishah.
“mama ngan Mia mana?. Kak long tak nampak pun dari tadi.”Tanya Dirani apabila tidak melihat kelibat mama dan adik iparnya yang kecik.
“mama ngan Mia ada kat luar. Tengah ambik angin malam, Aishah masuk nie pun sebab nak minum air kat dapur. Jomlah, kak long ikut Aishah duduk kat luar nak,” ajak Aishah dengan menarik tangan Dirani lembut.
“hmm…boleh jugak. Lagi pun boring jugak tak buat apa-apa kat dalam nie. Duduk kat luar tu boleh jugak tengok bintang-bintang yang ada kat langit.”
“habis, takkan sayang nak tinggalkan abang sorang-sorang kat dalam nie,” tiba-tiba Syahril bersuara apabila melihat isterinya sudah ditarik oleh adiknya.
Aishah dan Dirani geli hati melihat kelakuan Syahril. Masing-masing ketawa melihat Syahril yang seperti kanak-kanak ingin mengikut.
“alahh…kak long lupa lah Aishah. Suami kak long pun nak ikut jugak kita duduk kat luar,” ujar Dirani sambil melihat ke arah Syahril yang sudah membuat mimik muka yang masam.
“along tu bukan apa, dia sebenarnya tak nak berenggang ngan kak long. Aishah kenal sangat ngan perangai along nie, manja tak bertempat,” ujar Aishah.
“ikut suka alonglah, nak bermanja dengan sayang along nie,” kata Syahril sambil memaut bahu isterinya.
“dahlah, malas Aishah nak layan along. Aishah keluar dulu lah. Kak long jangan layan sangat perangai along tu,” pesan Aishah sebelum melangkah keluar.
Tawa Syahril tercetus apabila melihat Aishah terus keluar. Dia tau bukan senang adiknya nak mengalahkannya. Syahril memang seorang yang manja. Cuma sikapnya yang sebenar itu belum lagi ditunjukkan pada isterinya itu.
“kesian Aishah. Abang nie pun satu, depan Aishah pun abang nak buat macam tu,” ujar Dirani kepada Syahril yang tadinya asyik dengan ketawa.
“bukan selalu abang bergurau dengan dia macam tu,” balas Syahril ringkas.
“betul ke cakap Aishah tadi tu?” soal Dirani.
“Aishah cakap apa?” tanya Syahril kembali.
“yelah, Aishah cakap yang abang nie manja tak bertempat.”
“alahh…abang manja pun bukan dengan orang lain. Cuma dengan mama je abang buat macam tu,” kata Syahril.
“ooo…kiranya abang nie anak manja mama lah,” Dirani mengusik Syahril. Terbit senyuman yang manis di bibirnya.
“haa…kenapa sayang tiba-tiba senyum kat abang nie?” sayang perli abang ek?” tanya Syahril apabila melihat senyuman di wajah isterinya.
“mana ada Dira perli abang, Dira cuma tanya je. Abang tu cepat sangat nak tuduh yang bukan-bukan,” jawab Dirani.
“tapi abang dah tak boleh nak bermanja ngan mama lagi,” Syahril memberitahu Dirani.
“kenapa pulak?” soal Dirani hairan.
“hmm…abang kan dah ada isteri. Tentulah abang nak bermanja dengan isteri abang nie,” ujar Syahril.
“tak malu…..sape nak manja ngan abang!”
“elehh….abang tau, sayang nak abang bermanja ngan sayang kan?” tanya Syahril dengan nada yang manja.
“tak kuasa Dira nak layan sifat manja abang tu.” Balas Dirani.
“betul nie, sayang tak nak abang bermanja ngan sayang?” soal Syahril lagi.
“hmmm….” Dirani sekadar menganggukkan kepalanya.
“tkpe, kalau macam tu biar abang pergi bermanja ngan ibu.”
“abang jangan nak mengada-ngada pulak.” kata Dirani dengan nada marah.
“hahaha….abang tau, sayang camburukan abang nak bermanja ngan ibu!” ujar Syahril.
“mana ada!” Dirani menafikannya.
“dah tu, kenapa marah kalau abang nak bermanja ngan ibu sayang?” tanya Syahril sambil matanya merenung tepat ke wajah isterinya.
“dahlah, Dira malas nak layan abang. Baik Dira duduk ngan mama kat luar tu,” kata Dirani melangkah pergi.
“elehh…tak cemburu konon!..tapi marah bila aku nak bermanja ngan ibu mentua sendiri.” omel Syahril dalam hati.




BILA HATI BERBICARA - BAB 24

BAB 24
Dirani terkejut menerima pangggilan telefon daripada abang Aliff. Seingat Dirani abang Aliff tidak pernah menghubunginya di pejabat. Nada Aliff kedengaran begitu gembira sekali. Dirani pasti ada berita gembira yang ingin di sampaikan oleh abang Aliff. Aliff memberitahu kak Farina telah selamat melahirkan seorang anak perempuan. Dirani gembira kerana dia telah mendapat seorang anak angkat.
Dirani menelefon ibunya, Rozita untuk memberitahu berita gembira tersebut. Ibunya juga gembira dengan perkhabaran itu. Ibu mentua juga suaminya turut diberitahu.
Rozita memberi cadangan untuk melawat anak Farina di hospital.
Dirani menyambut gembira cadangan ibunya. Dirani dapat membayangkan seorang bayi perempuan yang comel di pangkuan kak Farina dan abang Aliff ketika ini. Dirani tersenyum sendiri bila mengenangkan yang dia kini telah mempunyai seorang anak angkat.
“kau nie kenapa, Dirani? senyum sorang-sorang?” tanya Stacy bila menjejakkan kakinya ke bilik Dirani.
“kenapa?” tanya Dirani kembali kepada Stacy.
“yelah, aku tengok kau nie semacam je! kau dah mengandung ek?” soal Stacy.
“isshh kau nie, ke situ pulak,” marah Dirani.
“dah tu, yang kau senyum sorang-sorang nie kenapa?” soal Stacy lagi.
“takde apa-apa…aku happy sebab baru je dapat anak angkat,” jawab Dirani.
“anak angkat?. sejak bila pulak kau ngan bos rancang nak ambik anak angkat nie?” soal Stacy bertalu-talu.
“bila masa pulak aku ngan suami aku nak ambik anak angkat?” soal Dirani kembali.
“habis tu, tadi kau jugak yang cakap kau dah dapat anak angkat,” balas Stacy dengan hairan.
“hahahaha…..bukan anak angkat yang tulah. Maksud aku tadi anak kak Farina. Kak Farina dah bersalin. Dapat baby perempuan. Dan secara automatik baby kak Farina tu akan jadi anak angkat aku, faham?” tanya Dirani kepada Stacy.
“ooo…lain kali kau cakap lah elok-elok. Aku ingatkan kau dah mengandung tadi,” ujar Stacy dengan senyuman.
“belum ada rezeki lagi,” luah Dirani perlahan.
“insya allah, tak lama lagi adalah tu,” kata Stacy kepada Dirani.
………………
Setelah melawat Farina di hospital, Syahril membawa isterinya makan malam di luar. Macam –macam perkara yang dibual kan semasa berada di restoran, termasuk perihal anak perempuan Farina. Sesekali Syahril mengusik isterinya bila Dirani asyik bercakap tentang baby Farina yang comel.
Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba Syahril memberhentikan keretanya secara mengejut di bahu jalan. Alasan Syahril berbuat demikian adalah kerana dia tidak mampu untuk terus memandu.
“sayang, abang tak boleh bawak kereta la,” kata Syahril memancing perhatian isterinya yang sedang kekenyangan.
Dirani memandang  wajah suaminya. Kerut-kerut di dahi Syahril kelihatan jelas.
“abang nie kenapa?” tanya Dirani cemas.
“entah, abang rasa sakit kepala………” Syahril menjawab dalam nada yang lemah.
“nak Dira picitkan?” tanya Dirani ikhlas.
“boleh jugak. Picitkan kat sini ye,” Syahril meletakkan jari jemari lembut Dirani di dahinya.
“sayang drive ya?”
“tak nak,” ringkas jawapan Dirani.
“kalau macam tu, nampaknya malam nie kita tidur dalam kereta.
“okey,” Dirani menjawab ikhlas tanpa rasa bersalah.
“isy, kenapa pula dengan Dira nie! tak nak drive ke? rela ke bermalam dengan pemandangan hutan di kiri dan kanan jalan nie?. takkan nak bermalam dalam kereta?. tak boleh jadi nie! kena tukar pelan. Guna pelan B pulak lah……….getus Syahril dalam hati.
Syahril tidak berniat untuk menipu, cuma itu sahaja caranya untuk memulihkan isterinya dari fobia kemalangan tempoh hari.
“sayang, betul ke nak tido dalam kereta? tak selesa tau!” Syahril mengingatkan.
Dirani tidak langsung memberikan sebarang reaksi. Sebaliknya jari jemari runcingnya masih menari-nari memicit kepala suaminya.
“sayang tak takut ke, tengok pemandangan kiri dan kanan kita?. hutan je yang nampak. Sayang tak takut ke?” Syahril masih memancing isterinya dengan soalan sedemikian.
“buat apa Dira nak takut. Abang kan ada dengan Dira,” balas Dirani dengan selamba.
Syahril tersenyum mendengar ayat yang terakhir dari mulut isterinya. Taulah, dirinya amat penting buat isteri kesayangannya.
Walaupun gembira mendengar penjelasan Dirani, Syahril masih buntu dengan jwapan Dirani yang selamba. Haruskah pelan C diteruskan?. Syahril hanya mengharapkan agar semuanya berjalan lancar. Dia juga risau jika lakonannya tidak berkesan.
“sayang……..” syahril memanggil dengan nada yang lemah.
“abang nie kenapa?. Tadi masa jumpa kak Farina ok je?. Masa kita keluar makan tadi pun ok jugak?” tanya Dirani sedikit risau. Dirani tidak tau harus meminta bantuan dengan siapa. Hendak menghubungi orang lain, sedangkan line telefon bimbit bagi mereka tiada di situ. Hendak menahan kereta yang lalu?. Dia sendiri takut, kerana keadaan sekeliling gelap gelita dan sunyi sepi.
Syahril tidak menjawab soalan isterinya. Malah dibiarkan sahaja soalan itu tidak berjawab.
“sayang, abang betul-betul sakit kepala nie. Kalau sakit macam nie selalunya abang perlu makan ubat tu. Tapi ubat tu ada kat rumah. Boleh tak sayang drive?” Syahril menuturkan dalam nada teramat perlahan dan tersangkut-sangkut. Secara tidak langsung ia menampakkan Syahril sedang menahan kesakitan yang teramat. Mata Syahril sempat menjeling melihat isterinya yang keliru.
“Ya, Allah…macam mana nie?..dah lah aku fobia nak bawak kereta. Yang suami aku nie pulak tiba-tiba nak sakit kat sini tu kenapa?. Takkan dia tak tau aku nie takut nak bawak kereta lagi?” omel Dirani dalam hatinya.
“sayang tak kesian ke kat abang? Betul sayang tak nak tolong abang?” Syahril tidak mahu mengalah. Sudah separuh jalan perjuangannya.
Dirani tidak menjawab. Hanya matanya tepat memandang ke arah Syahril yang sedang menahan kesakitan. Jauh di sudut hatinya, dia ingin membantu suaminya. Tapi, takkanlah dia kena bawak kereta malam nie.
“”tak apalah sayang. Abang tak nak paksa sayang. Biarlah abang terus sakit macam  nie. Tapi maafkan abang kalau abang ada buat salah kat sayang selama nie. Terutama sekali malam nie,” Syahril menuturkannya dengan nada yang lemah dan perlahan.
“apa abang cakap nie?. kenapa abang merepek tengah-tengah malam nie?” Akhirnya Dirani bersuara garang.
“sayang, halalkan segala-galanya yang telah berlaku antara kita, ya?” kata Syahril membuatkan Dirani terkedu buat kali kedua.
Lakonan Syahril memang berkesan sehingga Dirani menumpukan sepenuhnya kepada suaminya. Namun dia tidak terus menyatakan persetujuannya untuk memandu. Hati lelakinya tidak mungkin membenarkan diri nya tewas. Akhirnya Syahril memberi isyarat ke kanan.
Kereta mula bergerak perlahan. Dirani kehairanan. Syahril terus memandu. Pemanduannya seperti ular dipalu. Sekejap ke kanan dan sekejap ke kiri. Kereta dari arah bertentangan memberi lampu tinggi dan menyembunyikan hon sebagai amaran. Tangan kanan Syahril memegang sterang kereta, manakala tangan kirinya memicit-micit kepala.
Setelah melepasi kereta yang asyik menyembunyikan hon, Dirani merungut. Rungutan itu juga telah menampakkan cahaya kemenangan bagi Syahril.
“dah tau abang tak larat nak memandu, buat apa abang pura-pura kuat?. Kalau sakit tu buatlah sakit. Dah tak sayang nyawa ke?.” Dirani mendengus geram.
“sebab sayang nyawalah, abang cuba pandu kereta nie. Abang nak balik rumah. Nak makan ubat. Biar kepala nie tak sakit lagi,” Syahril menjawab dalam nada yang lemah.
Dirani akhirnya mengambil alih memandu kereta suaminya. Syahril yang duduk di sebelah gembira. Biarpun Dirani memandu dalam keadaan marah, tetapi isterinya sudah boleh memandu. Syahril berjaya memecah tembok fobia yang ada di dalam diri isterinya. Dirani hanya menjeling tanda tidak puas hati.
Tidak sampai setengah jam Dirani memandu, akhirnya mereka sampai ke vila. Dirani keluar dari pintu kereta dan menuju ke arah suaminya. Dia membantu suaminya yang sedang ‘sakit’ keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah. Dirani bersuara setelah Syahril berada atas kerusi di ruang tamu rumahnya.
“abang duduk sini, Dira pergi ambik ubat. Abang letak kat mana ubat abang tu?” soal Dirani.
Syahril tidak menjawab soalan isterinya sebaliknya hanya tersenyum.
“abang, Dira tanya nie, mana abang letak ubat abang. Biar Dira pergi ambik,” tanya Dirani sekali lagi bila tidak mendapat jawapan daripada suaminya.
“ubat?” soal Syahril.
“yelah, ubat. Takkan Dira nak ambik makanan pulak  bagi kat abang,” balas Dirani geram.
“hehehe…abang lupa lah kat mana abang letak ubat tu,” jawab Syahril dengan perlahan namun masih lagi dengan senyuman di bibirnya.
“abang nie, takkan ubat pun abang boleh lupa letak kat mana,” tanya Dirani dengan hairan. Dia mula mengesyaki sesuatu apabila sedari tadi Syahril tidak berbaring malah asyik dengan senyuman. Tidak pulak menahan sakit seperti di dalam kereta tadi.
“abang….baik abang mengaku cepat. Abang sebenarnya tak sakit kan?. Abang tipu Dira kan tadi?” soal Dirani bertalu-talu.
“hmm…..” hanya itu yang keluar dari mulut Syahril.
“abang memang….abang tipu je tadi kan,” kata Dirani dengan marah.
“syhhh…syhhh….,” Syahril menarik tangan isterinya dengan kuat.
Dirani terjatuh ke riba suaminya. Syahril tersenyum puas melihat wajah Dirani berubah menjadi warna merah.
“sayang, bising tau. Kesian kat orang dalam rumah nie nak tido,” kata Syahril dengan selamba.
“ooo…kesian kat orang dalam rumah nie. Habis kat Dira abang tak kesianlah, sanggup abang tipu Dira kan,” luah Dirani dengan perlahan.
“abang tak tipu sayang. Abang cuma nak sayang hilangkan rasa fobia tu,” balas Syahril lembut.
“takkan sampai macam tu sekali abang buat. Kalau betul-betul abang sakit tadi macam mana?” soal Dirani dengan nada yang masih geram.
“kalau betul-betul tadi nampaknya abang tak sempat lah nak jumpa mama, ibu dan yang lain-lain,” kata Syahril sengaja menakutkan isterinya.
“Dira tak suka abang cakap macam tu. Dira tak nak abang tingggalkan Dira,” balas Dirani sambil menyentuh pipi suaminya.
“abang takkan tinggalkan Dira sehingga ajal yang memisahkan abang ngan Dira,” ucap Syahril.
“jadi abang memang tak sakit lah nie?” tanya Dirani lagi dengan mimik muka yang masam.
“hehehe….abang tak sakit. Sori sayang, abang tipu sayang. Tapi tipu untuk kebaikan sayang jugak,” kata Syahril sambil mencuit hidung isterinya.
Dirani membalas dengan jelingan manja.
“sayang……..” panggil Syahril lembut.
“apa dia? Abang sakit lagi?. Nak suruh Dira picitkan kepala abang ke?” tanya Dirani sengaja mengenakan suaminya.
Syahril tersenyum mendengar ejekan daripada isterinya.
“abang…..abang sebenarnya dah tak tahan,” Syahril memberitahu isterinya.
“abang tak tahan apa?” tanya Dirani.
“abang dah tak tahan nak riba sayang lagi. Sayang berat sangat,” jawab Syahril sambil ketawa.
“sape yang pandai tarik tangan Dira tadi?” soal Dirani dengan selamba. Dia kemudiannya bangun dari ribaan suaminya dan duduk di sebelah Syahril
“dah sayang cakap kuat sangat, abang takut mama bangun nanti. Manalah tau dia ingat sayang ngan abang gaduh ke?” jawab Syahril selamba.
“tulah….sape suruh abang tipu Dira.”
“tu namanya ‘tipu sayang’,” balas Syahril ringkas.
“banyaklah abang ‘tipu sayang’.
“betul, abang baru je tau ‘tipu sayang’ tu ‘ada’, sebab tu abang tipu sayang tadi,” kata Syahril dengan selamba.
“abang……”panggil Dirani lembut selepas kedua-duanya berdiam diri seketika tadi.
“ya….” jawab Syahril ringkas.
“comel kan anak kak Farina. Kalau Dira ada anak nanti tentu anak Dira comel jugak kan,” kata Dirani.
“hehehe…sayang teringin nak ada anak macam anak kak Farina ke?” soal Syahril yang sudah mula tersengeh-sengeh.
“mestilah Dira nak kalau dapat anak macam anak kak Farina,” jawab Dirani selamba.
“jomlah….” ajak Syahril sambil menarik tangan lembut isterinya.
“abang nak pergi mana pulak nie?. Kita kan baru je sampai kat rumah,” tanya Dirani hairan.
“sape kata kita nak keluar?” Syahril menyoal isterinya.
“dah tu, abang nak ajak Dira pergi mana?”
“tadi sayang jugak cakap nak ada anak,” ujar Syahril dengan menahan ketawa.
“”yelah, habis tu apa kena mengena nak ada anak dengan ajakan abang tadi?” tanya Dirani lagi.
Syahril tidak dapat menahan tawa apabila melihat wajah isterinya yang kebingungan. Akhirnya tersembur jugak ketawa yang di tahannya tadi. Dirani yang semakin pelik melihat ketawa suaminya yang tidak berhenti-henti terus mencubit pinggang Syahril.
Syahril menjerit mengadu sakit……