AINIEYRINDUAYAH@BLOGSPOT.COM

Rabu, 11 Mei 2011

EPILOG CERITERA CINTA SHAHIRA


EPILOG CERITERA CINTA SHAHIRA…………..
Adira yang duduk berehat di kerusi taman hanya memerhati gelagat Shahir dan Aira Qaleesya. Minuman koko panas dan kuih baulu dihidang di atas meja bulat. Adira menunggu suami dan anaknya untuk menikmati minum petang bersama-sama.
Shahir pula kelihatan masih sibuk membersihkan sangkar arnab peliharaan anaknya yang berusia 3 tahun setengah itu. 3 ekor arnab di lepaskan oleh Shahir ke taman sementara sangkarnya dibersihkan.
Aira Qaleesya berlari-lari mengejar arnab putih yang dibelanya 2 bulan yang lalu. Tawa terbit dari mulut kecil Aira Qaleesya bila melihat arnab yang diagah dan di kejar berlari laju. Keceriaan dan kegembiraan terpancar jelas pada wajah Aira Qaleesya.
Sebaliknya kegembiraan itu akan hilang bila arnab itu datang padanya. Aira Qaleesya pula berlari mendapatkan perlindungan dari papanya. Berani dalam takut perangai Aira Qaleesya. Telatahnya Aira Qaleesya membuatkan Adira dan Shahir tersenyum.
Aira Qaleesya petah sekali berkata-kata. Shahir dan Adira suka melayan Aira Qaleesya yang semakin pandai bercakap. Adira merasa sangat terhibur dengan telatah anak sulungnya. Ada sahaja soalan yang keluar dari mulut anak kecilnya.
Shahir              : Papa….papa!!!..( berlari laju menghala kea rah papanya dan memeluk erat
                         papanya ).
Shahir              : Kenapa?.
Aira Qaleesya: Aira takut…arnab tu ikut Aira ( sambil jari telunjuknya diarahkan kepada
                         arnab yang telah ada di tengah papanya ).
Shahir              : Aira, awk kan lebih besar dari arnab tu!!!...jadi Aira jangan takut…( kata
                         Shahir ).
Aira Qaleesya berlari kembali bila hilang seketika rasa takutnya. Dia kemudiannya berlari pula mendapatkan mamanya yang duduk di kerusi kayu.
Aira Qaleesya: Mama…Aira nak inum..
Adira               : Nah!! ( sambil menghulurkan cawan yang berisi air koko suam kepada anknya ).
Aira Qaleesya yang ingin meneguk air yang diberi, terhenti seketika bila Adira menghalangnya dengan kata-kata..
Aira Qaleesya: Aira upa nak baca…..Bismillahirohma nirrahim ( ucap Aira Qaleesya ).
Setelah hilang dahaga, Aira Qaleesya kembali berlari di taman bersama 3 ekor arnab yang ada di situ.
Kedengaran jelas bunyi van yang menjual aiskrim menghampiri kawasan rumah mereka. Aira Qaleesya mendapatkan mamanya , kebetulan Shahir yang telah selesai membersihkan sangkar arnab turut datang duduk menyertai isterinya.
Aira Qaleesya: Ma, van askim dah atang. Aira nak li askim…
Adira               : Aira takde duit, macam mana nak beli?.
Aira Qaleesya: Aira ada uit. Nie uit Aira..( sambil mengeluarkan sekeping duit lima ringgit
                         dari kocek seluar panjang yang dipakainya ).
Adira               : Mana Aira dapat duit nie?.
Aira Qaleesya: Ma, anti van askim epas. Aira nak li ulu..( pinta Aira Qaleesya ).
Terlalu sukar Shahir melihat isterinya yang ingin bangun dari duduk dalam keadaan mengandung 5 bulan itu. Shahir menawarkan diri.
Shahir              : Sayang duduk sini je…biar abg pergi teman Aira ( sambil mengikut ke mana
                         Aira Qaleesya menarik jari kelinkingnya ).
Setelah aiskrim berjaya di beli menggunakan duit lima ringgit tadi, Aira Qaleesya yang didukung oleh papanya menuju ke meja bulat untuk mendapatkan mamanya.
Adira               : Mana Aira dapat duit beli aiskrim, papa bagi ye?.
Aira Qaleesya: Aira umpa kat alam umah, masa Aira olong mama emas umah tadi…
                         ( jawapan yang dituturkan dalam lenggok yang masih pekat ).
Adira               : Kat mana Aira jumpa?.
Aira Qaleesya  : Aira umpa alam oket euar papa..
Aira Qaleesya berlari kembali setelah aiskrimnya habis di makan.
Shahir              : Pandai sayang ajar anak kita. Boleh pulak jumpa duit dalam kocek seluar abang,
                         ya?.
Adira               : Takde lah….Adira tak perasan pun…( kata Adira dengan senyuman dibibir ).
Shahir              : Tkpelah, yang penting anak kita pandai mengaku…ye!!!.
Adira               : Terima kasih abg…( jawab Adira dalam senyuman menggoda ).
Shahir              : Sama-sama sayang…( lalu menghampiri isterinya dan menghadiahkan
                         ciuman di dahi Adira )…


TAMAT………………

CERITERA CINTA SHAHIRA BAB 34


BAB TIGA PULUH EMPAT…….
Masing-masing membuai perasaan ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Segala kenangan manis di Bukit Tinggi Colmar Tropicale akan di simpan di kotak ingatan. Hanya alunan lagu menemani lamunan mereka petang itu. Cenderahati untuk keluarga dan rakan-rakan  turut di beli oleh Shahir dan Adira.
Di kediaman Shahir dan Adira…….
Adira               : Abg!!!....banyak lagi tau keperluan baby nie yang belum di beli, bila-bila masa
                         je perut nie akan meletup dan baby nie akan keluar. Cepat lah bang kita pergi
                         beli, nanti tak sempat pulak ( sambil megusap-usap perutnya yang semakin
                         membulat )…
Shahir tidak menjawab sebaliknya hanya ketawa ceria….
Adira               : Abg nie kenapa tiba-tiba je ketawa?..
Shahir              : Takdelah…abg rasa kelakar pulak bila sayang sebut meletup. Ingatkan bom je
                         yang meletup tapi, perut sayang pun boleh meletup jugak…hahaha…( masih
                         ketawa ).
Adira               : Malaslah nak kawan ngan abg nie..org serius, dia main-main pulak. Geram tau..
Shahir              : Alahhh…abg gurau je. Petang nanti kita pergi shopping barang baby ye..
Adira               : Betul??.
Shahir              : Ya!!!...tapi, sayang nak lahirkan baby nie nanti kat mana?...nak berpantang
                         kat mana?. Kat sini ke atau pun kat kampung?..
Adira               : Kalau rezeki baby nie dilahirkan di kampung, alhamdulillah….tapi, kalau baby
                         nie lahir kat sini pun, alhamdulillah jugak..sebabnya nanti mesti mak ngan ayah
                         Adira dan mak ngan ayah abg akan datang dan tinggal kat rumah nie untuk
                         jangka masa yang lama. Kak Ema, abg Daus dan Sue pun akan datang sini…
                         Mesti best kan??..
Shahir              : Betul jugak tu…
Adira               : Pandai tak Adira?.
Shahir              : Mestilah sayang abg nie pandai..tgklah sape suami dia..
Adira               : Elehhh…abg pun nak jugak. Tak malu betul…hehehe
Shahir              : Hahahaha….
xxxxxxxx…
Untuk melahirkan anak pertamanya di kampung tidak menjadi kenyataan apabila perut Adira tiba-tiba berasa sakit walaupun jangka untuk beranak tinggal 1 minggu je lagi, menyebabkan Shahir bertekad untuk membawa Adira ke hospital. Berita terkejut dan gembira itu sampai ke pengetahuan keluarganya dan keluarga mertua…..
Semua tetamu beransur pulang setelah masa melawat tamat. Pak Zawawi, Mak Hanum, Pak Suhaimi, Mak Senah, kak Ema, abg Daus serta anak mereka yang berusia 1 tahun dan juga Suaidah turut meminta diri kerana ingin menbiarkan Adira dan Shahir bersama. Mereka semua akan tinggal di rumah Shahir dan Adira buat sementara waktu. Bilik yang tadinya riuh kini menjadi sunyi. Kini hanya tinggal mereka berdua di dalam bilik itu.
Adira leka melihat anak yang ada di dalam dakapannya. Shahir juga turut leka memandang anak mereka. Tangan kecil itu dicium berkali-kali oleh Adira. Rambut lebat bayi yang dinamakn Aira Qaleesya itu diusap perlahan. Hati Adira terasa tenang, damai, gembira, bertuah bila memandang Aira Qaleesya yang ada dihadapannya. Sekali lagi Adira mencium Aira Qaleesya.
Shahir              : Takkan baby je yang dapat ciuman?. Nie dah dikira tak adil…
Adira segera memandang Shahir disisinya…………..
Adira               : Nak cium kat mana?.
Shahir              : Kat sini….( sambil menghalakan jari telunjuknya kearah pipi ).
Satu ciuman mesra Adira hadiahkan buat suaminya. Dari merenung baby sebentar tadi, Adira telah beralih memandang raut wajah suaminya. Adira tersenyum. Shahir yang perasan akan senyuman yang terbit di bibir Adira terus menyapa…
Shahir              : Nie kenapa sayang tiba-tiba senyum?.
Adira               : Tiba-tiba Adira rasa kelakar pulak….
Shahir              : Kenapa?.
Adira               : Asal abg nie buat-buat kuat masa Adira nak melahirkan baby nie?
Shahir              : Sebenarnya abg nak kongsi pengalaman ketika sayang melahirkan baby nie…
                         So, abg buat keputusan untuk berada di sisi sayang semasa bersalin. Abg nak
                         berikan kekuatan pada sayang…
Adira               : Yelah tu…tapi doktor tak galakkan abg pun. Abg tu yang tetap berkeras untuk
                         temani Adira….ye kan??. Doktor cakap seminit dua, abg masih bertahan, tapi
                         bila anak kita dilahirkan, abg yang ada di sisi Adira tak kelihatan lagi. Abg
                         pengsankan?..
Shahir              : Aaaahhh…( sambil tersengih ).
Adira               : Tangisan pertama nak kita tidak didengari langsung oleh abg kan yang tiba-tiba
                          pengsan??.
Shahir              : Aaahhh…tapi, siapa yang angkat masa abg pengsan?.
Adira               : Abg diangkat keluar oleh beberapa jururawat yang bertugas. Adira cemas bila
                         tengok abg pengsan…tapi nasib baik doktor yang betugas menenangkan Adira.
Shahir              : Ye ke??...kesian isteri abg ( sambil menghadiahkan ciuman di dahi Adira ).
Adira               : Doktor beritahu bukan abg sorang je yang pengsan ketika melihat
                         kelahiran anak mereka, tetapi berlaku bapa-bapa yang lain. Masa tu, Adira
                         kembali tenang bila mendengar pengakuan daripada Doktor Ain.
Shahir              : Syukurlah sayang kembali tenang kan??..kalau tak mesti dengan syg2 yang
                         pengsan…
Adira               : Urhmmm….tapi boleh Adira tanya sesuatu tak?.
Shahir              : Tak boleh….( sebenarnya dia boleh agak soalan yang akan ditujukan untuknya ).
Adira               : Alahhhh, boleh lah…( meminta lembut ).
Shahir              : Apa dia?..
Adira               : Kenapa abg pengsan dalam bilik bersalin tadi?.
Shahir              : Sebab banyak sangat darah yang abg tengok!!!....( sambil tersenyum ).
Adira               : Kata nak bagi semangat konon!!!!..
Shahir              : Sebab banyak semangat yang bagi kat sayanglah, abg jadi kurang semangat
                         sampai pengsan tu!.( berkata dengan selamba ). Tapi tgk lah, bila anak kedua
                         ke ketiga ke nanti mesti abg tak pengsan lagi.
Adira               : Aik, anak nie baru beberapa lahir dah rancang untuk anak kedua pula.
                         ( seraya merenung ke dalam anak mata suaminya ).
Shahir              : Tak salah kalau kita buat perancangan awal….( sambil mencuit hidung Adira ).
Pasangan yang baru bergelar mama dan papa itu tersenyum gembira dengan kelahiran cahaya mata sulung mereka. Kenangan yang paling gembira dirasai dan dikongsi bersama.
Setelah tujuh hari usia Aira Qaleesya, Shahir dan Adira membuat majlis akikah di rumah mereka selepas Shahir dan Adira berbincang dengan keluarga masing-masing. Rambut Aira Qaleesya ditimbang.
Keluarga Adira dan keluarga Shahir benyak membantu semasa majlis akikah berlangsung. Ramai juga kenalan yang hadir untuk menumpang kegembiraan menyambut orang baru….
Anum              : Adira, comelnya anak kau??...( puji Anum ikhlas ).
Adira               : Terima kasih……..tapi, kalau nak puji pun pujilah aku sekali. Takkan Aira
                         je kot..
Nad                 : Kau nie pun Anum….asallah kau puji Aira saje, pujilah sekali Adira nie..
                         ( sambil memeluk bahu Adira ). Aira nie kan anak Adira, mesti wajah dia
                         seiras Adira. Kalau Aira comel mestilah ikut mamanya tapi kalau tak berapa
                         comel…………
Anum              : Ikut papa dia!!!!!!!!!...hahahaha
Nad                 : Aaahhh…betul tu!!...hehehehe..
Adira telah betul-betul habis pantang. Adira kini lebih sibuk melayan karenah Aira yang baru berusia 1 bulan 14 hari. Shahir pula sentiasa sibuk kerja di pejabatnya setelah dia dinaikkan pangkat.
Bulan ramadhan ini, rezeki Shahir semakin bertambah. Walau Shahir sibuk di pejabat, masa tetap diluangkan untuk berbuka puasa dan solat terawih bersama isteri. Kehadiran anak sulung juga turut mewarnai keceriaan Shahir dan Adira.
Berita gembira yang diperolehi daripada Ema dan Daus pasti membuatkan Hari Raya Aidilfitri kali ini disambut dengan meriah sekali. Tahun ini semua ahli keluarga akan berkumpul sama iaitu di kampung unuk meraikan hari yang mulia ini.
xxxxxxxxx…
Di Kampar Perak………..
Hari ini, Mak Senah menghulurkan bantuan untuk menjaga Aira Qaleesya di rumah sementara Shahir dan Adira keluar untuk membeli kelengkapan untuk menyambut Hari Raya. Baju raya yang telah ditempah sebulan yang lalu juga akan diambil hari ini.
Pagi ini Shahir mengikut langkah Adira tanpa banyak ragam. Sebagai seorang lelaki, dia semestinya faham akan naluri seorang perempuan yang suka membeli – belah. Tambahan pula membeli-belah unuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semuanya nampak menarik.
Baju kebaya yang digayakan oleh patung di sebalik cermin butik menarik minat Adira.
Adira               : Abg, cantikkan baju kebaya tu??.
Shahir              : Aik, tangan abg nie dah penuh dengan barang-barang yang diberi. Takkan
                         nak lagi kot??...
Adira               : Alah, kita singgahlah kejap. Adira nak lihat dengan lebih jelas lagi akan
                         fabrik dan gaya potongannya. Cepatlah kita masuk!!!!.
Shahir              : Yelah-yelah….
Shahir menemani langkah Adira masuk ke dalam butik.
Shahir              : Abg duduk sini jelah….sayang jelah yang pergi..( sambil duduk dikerusi
                         yang telah disediakan ).
Shahir              : Ok!!!!!.....
Adira pergi membelek-belek baju kebaya yang dilihatnya di luar cermin tadi. Hampir beberapa minit Adira membeleknya, tetapi keputusan untuk membeli tidak juga wujud. Adira nampak Shahir datang ke arahnya. Adira pasti suaminya akan berkata sesuatu. Telinganya ditadah unutk mendengar.
Shahir              : Peliklah dunia hari ini…( menyuarakan pendapatnya ).
Adira               : Kenapa pulak??.
Shahir              : Orang yang tak puasa penuh punya persediaan lebih lengkap daripada orang
                         berpuasa penuh ( menuturkan sindiran buat isterinya ).
Adira               : Maksud abang?.
Shahir              : Abg yang puasa penuh nie pun cuma sepasang dua je baju raya. Tapi sayang
                         tak puasa penuh lebih banyak baju daripada abg, kan!! ( terang Shahir ).
Adira               : Sape kata Adira tak puasa penuh?..abg ada bukti?.
Shahir              : Ada. Yang abg nampak sayang makan pukul 3 petang hari tu, apa?.
                         ( sambil memandang Adira ).
Adira               : Mana ada!!!!...( sengaja menafikan walaupun kejadian itu benar berlaku ).
Bila hampir waktu berbuka, barulah mereka sampai ke rumah. Ramadhan yang membawa seribu kenangan dan pastinya Syawal membawa seribu pengertian buat mereka berdua.






CERITERA CINTA SHAHIRA BAB 33


BAB TIGA PULUH TIGA……..
Kini hampir setahun usia perkahwinan Shahir dan Adira. Bermakna usia kandungan Adira telah berusia 7 bulan….Shahir banyak menghabiskan masanya pada hujung minggu di rumah untuk bersama-sama dengan isteri kesayangangannya…Shahir merancang unutk membuat kejutan pada isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama…
Shahir              : Jom kita pergi bercuti!!!...dah lama kita tak pergi bercuti bersama. Kita pergi
                         jauh dari kesibukan kota.
Adira               : I don’t know…dengan keadaan Adira macam  nie, boleh ke jalan jauh-jauh?.
Shahir              : Kenapa pulak tak boleh?. Sedangkan orang lain tengah besar perut pun masih
                         boleh turun naik kapal terbang, takkan lah sayang tak boleh?..
Adira               : Mengarutlah abg nie?.
Shahir              : Kita cuma pernah bercuti sekali je, kan sayang?. Habiskan masa berdua sahaja..
                         ( tubuh Adira dirangkul perlahan-lahan ).
Adira               : Abang ada rancangan nak bawak Adira jalan-jalan ke?.
Shahir              : Aaahhh….
Adira               : Nak pergi berapa lama?.
Shahir              : 3 hari dua malam, cukup tak?.
Adira mengangguk. Adira kucup pipi Shahir dengan penuh kasih sayang. Dan mereka berpandangan seketika…
Shahir              : Sayang lah tu?..( usiknya ).
Adira               : Kalau tak bawak jalan pun, Adira sayang kat abg jugak..
Shahir semakin mengeratkan kedudukannya dengan Adira. Dia mengurut perut Adira yang semakin membulat itu. Sejak kebelakangan ini, pakaian yang biasa di pakai oleh Adira semakin mengetat dan tidak selesa…
Adira               : Abang nak bawak adira ke mana?.
Shahir              : Jauh dari sini…( bisiknya perlahan..kucupannya sudah mengenai pipi Adira
                         kini ).
Adira               : Ke mana?...( tanya Adira dengan suara yang teramat jauh akibat dari sentuhan
                         Shahir yang mula menghangat itu. Perasaan luar biasa itu kembali lagi
                         dengan kehangatan yang semakin membara ini…
Shahir              : Kanada…..( jawabnya perlahan ).
Adira               : Hahhh….??..( dengan nada terkejut ).
Shahir              : Tak lah….tersasul cakap pulak. Kita bercuti di Bukit Tinggi Colmar Tropicale…
Adira               : Apa?...( soal Adira sambil menolak tubuh Shahir daripadanya sekuat mungkin.
                         Namun, Shahir lebih cepat mematikan perbuatannya dengan memeluknya lebih
                         erat lagi ). Dan saat itu, Bukit Tinggi Colmar Tropicale terus lenyap dari
                         fikirannya.
xxxxxxxxxx
Bercuti di Bukit Tinggi Colmar Tropicale memang sesuatu yang tidak Adira jangkakan. Berada di kawasan peranginan di bukit tinggi seperti itu memberikan satu perasaan yang sungguh bermakna, apatah lagi bersama suami dan anak dalam kandungannya ini….
Adira               : Cantiknya tempat nie…..Adira tak pernah tau pun ada tempat secantik macam
                         nie. Pandai jugak abang pilih tempat untuk kita.
Shahir              : Ini kali kedua kita bercuti. Do you think I want to spoilt it?...( balas Shahir
                         sambil mencuit pipi Adira ).
Adira tersenyum dan kembali mengamati keindahan suasana sebelum Shahir memasuki kawasan penginapan di situ. Shahir mengheret inggage yang beroda itu menuju ke tingkat 1. Mereka menaiki lif untuk ke kaunter reception di lobi.
Shahir              : Are you ok, sayang?..( tanya Shahir perlahan ).
Adira               : Fine…( ujar Adira sambil mengangguk ).
Shahir tersenyum puas hati. Sambil menghulurkan tangannya pada Adira…
Shahir              : Kalau penat, beritahu je..
Adira               : Adira ok je….( bohong Adira, tidak mahu merisaukan Shahir. Jarinya sudah
                         berada dalam genggaman tangan Shahir. Sentuhannya mampu melenyapkan
                         kepenatan yang baru bermula ini ).               
Adira               : Wow!!!....bilik nie betul-betul lain dari yang lain..( Adira melangkah masuk
                         sebaik sahaja pintu bilik dibuka ).
Adira memerhatikan keadaan bilik yang agak luas. Di dalam bilik tersebut terdapat sebuah katil four posture dan di hiasi dengan cadar yang berwarna ungu lembut berbunga halus. Tidak terdapat penghawa dingin, yang ada hanyalah sebuah kipas siling. Dindingnya dicat dengan warna kuning lembut dan perabot yang digunakan pula bagaikan sudah bertahun tidak berganti. Suasana disini amat berlainan dengan penginapan di hotel lain dan memberi satu pengalaman yang berbeza untuk kami berdua.
Shahir              : Ok lah, janji ada katil untuk kita tidur..( komen Shahir dan melabuhkan dirinya
                         di atas katil yang besar itu…
Adira               : Ada tv….( balas Adira sambil berjalan ke arah tingkap lantas membukanya
                         luas-luas )..boleh berdiri kat balkoni tengok-tengok orang lalu lalang.
Adira berjalan semula ke arah sofa kemudian Adira mendapatkan Shahir untuk turut sama berkongsi keselesaan di sisinya. Suasana hening. Shahir memeluknya erat.
Shahir              : Why are we here?..( Shahir tersenyum meleret ).
Adira               : Ada sesuatu yang adira tak tau ke?.
Shahir              : Because tomorrow is our anniversary sayang…yang pertama. Sayang tak ingat
                         ke?.
Adira               : Ye ke bang?..
Shahir              : Abg tak salahkan sayang kalau sayang tak ingat…( balasnya dengan perlahan.
                         Tangannya sudah merayap ke tubuh Adira ).
Adira               : Kenapa Adira tak boleh ingat tarikh tu?...sedangkan tu tarikh yang menyatukan
                         kita bersama…kenapa Adira boleh lupa tarikh tu bang?...knp?...
Shahir              : Sayang…..abg tak kisah pun kalau sayang tak ingat tarikh tu. Abg faham,
                         mungkin sayang letih sangat kot..yelah, kalau orang dah mengandung memang
                         macam tu..abg kan ada, abg boleh ingatkan untuk sayang kan!!!.( sambil
                         menghadiahkan kucupan di pipi Adira ).
Adira               : Tapi, tarikh tu satu tarikh yang sangat bermakna dan merupakan tarikh yang
                         tidak semua orang di dunia nie yang akan meraikannya.
Shahir              : Abang tau…
Adira               : Tarikh tu sepatutnya Adira ingat dan simpan dalam kepala.
Shahir              : Abang tau…
Adira               : Abang tau….abg tau…..apa yang abg tau?.. dari tadi cuma ayat tu je yang
                         keluar dari mulut abang. Geram tau….( sambil buat-buat merajuk ).
Shahir              : Alahhh…janganlah merajuk!!!...memanglah sekarang sayang tak ingat tapi
                         mungkin lain kali sayang akan ingat dulu sebelum abang..
Adira               : Tapi Adira tetap rasa bersalah!!!!....
Shahir              : Sayang tau tak macam mana nak hilangkan rasa bersalah tu….( tanya Shahir ).
Adira               : Tak tau…macam mana caranya??.
Shahir              : Temankan abg tido…abg ngantuk sangat nie
Adira               : Siang-siang macam nie pun mengantuk jugak ke?.
Shahir              : Aaahh…sape yang tak mengantuk kalau dapat tidur ngan isteri. Mata yang tak
                         mengantuk pun boleh jadi mengantuk ngan tiba-tiba tau…
Adira               : Yelah tu…
Shahir              : Betul!!!...
Adira               : Ada-ada je abang nie…semua tu alasan abg je kan?..nak buat citer pulak.
Shahir              : Alah sayang cepatlah, abg letih sangat nie…teman lah abg tido sekejap. Petang
                         nanti baru kita keluar jalan-jalan ok..
Adira tidak membalas sebaliknya hanya mendiamkan diri sahaja…….
Shahir              : Selalunya orang yang diamkan diri maknanya dia setuju…sayang setuju ye??..
                         Cakaplah, jangan buat-buat malu..
Adira               : Dah lah, abg nie ada-ada je.
Shahir              : Cepatlah…..( sambil menarik tangan Adira ).
Adira               : Tap………
Shahir              : Jangan cakap apa-apa..
Petang itu Shahir dan Adira menghabiskan masa di dalam bilik. Di sebabkan Adira tidak ada aktiviti untuk dilakukan pada masa itu, dia mengambil keputusan untuk menemani suaminya sahaja di dalam bilik…
xxxxxxxxxxx….
Keluasan di tempat Shahir dan Adira bermalam ini bukanlah satu tempat yang luas. Ianya boleh dilihat sebagai 2 buah bangunan di mana di antara ke 2 buah bangunan tersebut terdapat 1 lorong untuk bersiar-siar atau pun bersantai dan menikmati makanan di kafe @ restoran yang terdapat di situ.Puas mengambil angin petang dan membeli sedikit cenderahati, Adira dan Shahir kembali semula ke bilik penginapan…
Mereka solat bersama bila waktu maghrib berkumandang. Dan selepas itu kembali berehat dengan keadaan yang lebih selesa dan pakaian bersih setelah selesai mandi petang.
Shahir              : Penat ke?..kalau penat sayang pergilah tido ( ujar Shahir ketika mereka sedang
                         menonton televisyen ).
Adira               : Adira tak penat pun…jangan  risau sangat pasal Adira. Kalau Adira penat,
                         Adira tido lah nanti..
Shahir              : Betul nie??.
Adira               : Aaahhh…tapi abang tak rasa mengantuk ke?..yelah, esok kan abg kena bangun
                         awal lagi…lepas tu kena memandu pulak
Shahir              : Abg tak kan rasa letihlah…
Adira               : Mana abg tau yang abg takkan rasa letih?.
Shahir              : Yelah, kan sayang sentiasa ada di sisi abg dari kita bertolak pagi besok sampai
                         kita sampai kat rumah dengan selamat..
Adira               : Amin….insyaallah, kita akan sampai kat rumah dengan selamat…abg!!!..
Shahir              : Hmmm…ada apa nie?..
Adira               : Abang bahagia tak beristerikan Adira?.
Shahir              : Kenapa sayang tanya abg mcm tu?.
Adira               : Abg jawab jelah pertanyaan Adira tu…
Shahir              : Hmmmm…..abg nak jawab apa?..
Adira               : Abg bahagia tak dapat isteri mcm Adira nie?. Cepatlah jawab….
Shahir              : Ye sayang….abg bahagia sangat dapat isteri mcm Adira nie.
Adira               : Abang sayang adira tak?.
Shahir              : Mestilah abg sayang kat sayang…
Adira               : Banyak mana abg sayang kat Adira?.
Shahir              : Banyak…..abg sayang syg lebih dari abg sayangkan nyawa abg sendiri…kenapa
                         sayang tanya mcm tu?.
Adira               : Takde apa…Adira sayang kat abg sangat-sangat…time kasih sebab abg sudi
                         terima Adira dalam hidup abang…
Shahir              : Sama-sama sayang….abg pun sayang sangat kat isteri abg nie…( sambil
                         mengelus lembut pipi Adira )..sayang dah ngantuk?.
Adira               : Urhmmmm ( sambil menganggukkan kepalanya ).
Shahir              : Jom lah kita tido….
Adira               : Jom…
Setelah mendengar jawapan dari Adira, Shahir terus mencempung isterinya menuju ke katil…
Shahir              : Beratnya sayang sekarang nie…..
Adira               : ( sambil ketawa )..mestilah, abg tak tgk ke keadaan badan Adira sekarang nie..
Adira dibaringkan di atas katil. Shahir segera merebahkan dirinya di sebelah Adira. Lampu tido di sebelah Shahir dipadamkan…
Shahir              : Selamat malam sayang….
Adira               : Selamat malam abang….